Naik 3 kilo!

 Rabu, 15 Muharam 1445 Hijrah - Sudah masuk bulan Ogos. Cepat betul, kan... Seperti biasa, bila masuk bulan baru, saya akan kongsikan laporan larian bulan sebelumnya. Mari kita tengok, larian saya bulan lepas yang sendu.... 😅

Laporan Julai yang banyak rongak.

Pada bulan Julai yang lepas, jumlah jarak larian saya, cuma 133 kilometer, berbanding bulan Jun, jarak saya lari adalah sejauh 250 kilometer. Haha... memang malas betul lari di bulan Julai. 

Laporan Julai, compared to Jun.

Bulan Julai hanya ada 21 aktiviti larian saja, banding bulan Jun, saya ada 33 aktiviti larian.

Tapi memang dari awal saya sudah plan untuk berehat-rehat di bulan Julai, kerana bulan Ogos ni, saya ada 1 event larian fizikal dan 1 event larian virtual yang durationnya selama sebulan. 

Seperti biasa, setiap 1 haribulan, saya akan timbang berat. Nak tahu berat saya berapa?

63 kg!!!! 

Hahaha....padan muka, kat diri sendiri. Inilah apa yang kita dapat, kalau kita makan lebih banyak dari apa yang kita bakar. Hahaha.... carbo loading melampau. Sampai 3 kilo naik!

BMI jadi overweight

Padanlah rasa seluar macam kecik. Suami saya kata, itu tanda saya happy! 

Ye la, memang saya happy pun. Takde pantang-pantang. Pantang tengok makan sedap. 🙈 

Tapi, saya ok je. Sebab bulan Ogos ni, kena kerja keras, Runliga akan bermula pada 17 Ogos. Kumpul sebanyak mana mileage yang boleh, selama 1 bulan. Berusaha! 🏃

Sarapan hari ini

Sementara dekat rumah, bolehlah amalkan semula diet suku suku separuh. Haha... kembali ke pangkal jalan. Timun separuh pinggan, telur goreng suku pinggan, dan nasi goreng suku pinggan. 

Semoga bulan Ogos ni, membawa lebih makna dan kejayaan kepada anda sekalian. Cuba untuk berubah ke arah kebaikan, sikit demi sedikit. Cuba mana mampu. Nikmati hidup dengan sepenuhnya. Syukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah beri. 😊💓

Jumpa lagi, ye. 

22 comments:

  1. Yang pentingnya fizikal dan mental sihat

    ReplyDelete
  2. amiin2..semoga berjaya dlm larian fizikal & virtual..haritu window shopping di Hoka KLCC..tengok2 je dulu..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, nohas. Aminnn....
      Wah.... bila saya nak sampai KLCC ni, nak tengok Hoka jugakkk! ^_^

      Delete
  3. berat kita hampir sama...asyik dok menung, bila nk turun...tp eksasis nya non hado..alasan, x sempat...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bila free boleh la exercise. Buat apa termenung. Kita happy happy dah ler. Nikmat makan Allah kasi. Bila sakit, nak makan pun takde selera.

      Delete
  4. sama la...M tu besar but kena lawan jugas.. sesekali ok la...selalu cannot..caiyok caiyok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caiyok, mummy Ayu..!
      Semoga kita terus kuat melawan malas tu ye.

      Delete
  5. Hampir separuh jugak bezanya tu, Nur. Haishhh.. risau jugak sy baca Nur naik 3kg, sy ni naik berapa la agaknya, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tak yah risau la, SK. Bila agak-agak rasa baju seluar dah ketat, baru bole risau. Ni la masalahnya bila timbang, kita tahu naik berapa kilo.

      Delete
  6. Takpelah nanti turun balik. Kena ada stamina banyak untuk lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, NA. Tengok la camne. Saya pun dah start diet suku-suku separuh. Takde la makan banyak macam sebelum ni. Badan rasa ringan sikit. Semoga istiqamah.

      Delete
  7. Tak apa Nur. Naik turun berat badan perkara biasa. Raya hari tu saya naik 3 kg. Sibuk buat kerja sampai jatuh sakit. Timbang di klinik minggu lepas 60kg. Ni dah mula berselera makan dan asyik tidur, mungkin naik balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ringannya Amie, 60 kg je. Lebih ringan dari saya tu. Hehe...
      Tak yah timbang la, Amie. ^_^

      Delete
  8. Chaiyok2 Nur! Mesti senang je nak buang balik 3kg tu sbb byk aktiviti larian bulan ni 🏃🏻‍♀️

    ReplyDelete
  9. betul tu. naik berat badan tu tandanya happy. tak caya tgk laa lelaki lepas kahwin hehehehe

    ReplyDelete
  10. Tak apa kak, yg penting August ini dicoba lagi merutinkan larian 😄. Terkadang saya pun ada masa malas nak workout. Apalagi kalo badan masih pegal karena latihan sebelumnya. Tapi saya sering lawan. Jadi kalo kaki saya masih sakit karena leg workout, besoknya pilih latihan chest workout je lah , yg ga pake kaki 😂. Yg penting tetep konsisten

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fanny. Hidup kena lawan rasa malas tu, kan. Semoga kita terus rajin exercise ya, Fanny. :)

      Delete
  11. saya percaya boleh turun balik dalam 1.5Kg sebulan jika ikut petua yang saya guna...apa lagi jom mula...namun sejujurnya ok juga kalau perempuan gempal sedikit jika sudah berusia..yang langsing tu biarlah anak dara hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. baik, Encik Hanafi. Tapi saya ikut diet suku suku separuh ye. Saya tak kuat macam Encik Hanafi, tak makan nasi. :D Hehe.. betul cakap Encik Hanafi tu. Kurus-kurus pun, nanti nampak kedut semua, kalau tak de isi.

      Delete