Kembali ke rutin biasa

 Rabu, 11 Jamadil Akhir 1444 Hijrah.

Setelah 10 hari saya tidak beriadah, akhirnya saya berlari semula semalam. Suka saya. Alhamdulillah. Bila sakit, baru rasa nikmatnya sihat. Teruja saya nak cerita aktiviti larian saya semalam. Hajat nak update blog di waktu malam, tapi akhirnya kroh kroh... depan tv. Alamak... letih bebenor. First day berlari setelah sekian lama. 

Laluan pejalan kaki di Taman Awam Teluk Batik.

Semalam, saya telah berlari sejauh 6.62 km. Hari pertama, jadi nak buat setakat 10 ribu langkah sahaja. Tapi sebab cuaca yang baik serta berangin, saya sambung berjalan sekejap, tengok pokok-pokok yang menghijau. Amannya jogging kat Teluk Batik ni. 

Tengah syok-syok berjalan perlahan-lahan, ada road block pula tengah jalan. Ada seekor beruk jantan besor, tengah dok lepak tengah laluan. Saya dah biasa tengok dia ni. Dia ni memang lain sikit. Bahu dia lebar, macam manusia. Hampir menyamai saiz chimpanzi, memang luar biasa saiz dia, tu yang saya boleh ingat dia. Habis tu, dah berapa banyak kali jogging sini, terserempak dengan dia sekor, memang dah boleh kenal dah la. Jadi saya pun buat pusingan U, kembali ke kereta, balik rumah. Tak berani la saya nak ambil gambar beruk jantan besor tu, sepantas kilat, cabut. 


Riadah semalam adalah 6.62 km jogging dan 0.56 km berjalan. 

Cerita hari ni pula, saya bawa kereta ke Esplanade Lumut pula. Jogging di sana.


Saja saya suka-suka tukar tempat. Jadi, kita boleh buat perbandingan mana tempat best untuk jogging. 

Hari ni, hajat nak lari sampai 7 km sahaja, tapi tengah nak kembali ke tempat parking kereta, ada 3-4 ekor anjing tengah galak pulak berlarian. Saya bila terserempak dengan anjing berlari, dan dan tu, jantung turun ke perut. Lantas saya buat U-turn ikut jalan jauh, kembali ke kereta. Terus lajak riadah hari ni sejauh 8.04 km.

Lagi satu, lagi ramai orang jogging di Esplanade Lumut, banding di Teluk Batik. Saya hampir terlanggar seorang runner tadi. Tak nampak, datang dari tepi, laju pulak tu. Nasib baik tak langgor.

Balik rumah, setelah mandi dan bersarapan, masak nasi goreng untuk hidangan tengahari.


Suami saya semalam mood rajin, dia goreng keropok, sampai 3 balang. 


Hari ni, sudah tinggal 1 balang. Makan dengan nasi goreng, krak kruk krak kruk... dap! 😋

Kome masak apa hari ni? Semoga hari anda hari ini berjalan dengan lancar.

Jumpa lagi, ye. 😊

Selamat tahun baru 2023

Saya dah beberapa hari sihat, Alhamdulillah. Ambil masa buat beberapa kerja rumah sikit, sementara anak-anak masih belum mula sekolah.

Hujung-hujung, merasa juga dapat makan nasi minyak, orang jemput. Doktor klinik yang jemput suami. Kenduri anak perempuan doktor, di hotel Ritz Garden, Manjung. Kalau tak sihat, memang kami biasa pergi klinik doktor ni. 

Saya pergi berdua dengan suami. 


Nasi minyak, lauk ayam goreng, rendang daging dan kuah dalca. Alhamdulillah. 

Bila sampai rumah dari kenduri, ada bungkusan di tembok pagar rumah.

Saya ada masuk cabaran di aplikasi BookDoc. Cabaran sebanyak 50 ribu langkah, bermula hari ini hingga 15 Januari 2023. Chinese New Year 2023 Charity Challenge nama cabaran ni. Belum habis tarikh dia, saya sudah terima hadiah dia. Advance betul penganjur dia, awal-awal dah pos. Tadaaa....


Rasa macam dia perli saya pun ada, sebab hari ni, saya tak pergi berlari. Malah, sudah 9 hari saya tidak berlari, ok! Hahaha... saya cuba kuatkan semangat untuk pergi lari esok, Insya-Allah. Hadiah cabaran ini adalah lotion Nivea 320 ml, besarnya! Quinoa Seed Oil and Shea Butter lip balm, deodorant Nivea Men Cool Kick 40 ml, dan krim pelembab Aqua Sensation Invigorating Day Cream. Wah... saya masuk cabaran ni, dengan bayaran RM19.90. Saya dapat semua ni yang nilai dia lebih mahal, kalau beli satu-satu di farmasi. Yang krim pelembab siang tu saje, harga dia dah RM33.50. 

Hehe... seronoknya! 

Selamat tahun baru kepada semua pembaca sekalian. Semoga tahun baru ini lebih baik kepada kita semua. 

Jumpa lagi.. 😊