Khamis yang basah

 14 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Bangun pukul 4 pagi. Masuk dapur. Sediakan sarapan anak kedua ke sekolah sesi pagi. Masak nasi dan lauk sekali untuk sarapan dan makan tengahari. Teringin nak makan lauk simple, jadi baru hari ni dapat masak.

Telor goreng, 4 biji.

Ada 5 orang, tapi goreng telor 4 biji je. Anak kedua, selera dia unpredictable. Nanti dia balik sekolah kang baru tanya, apa dia nak makan. Kalau kita goreng terus untuk dia dan dia tak makan, membazir pulak. 


Ada lauk ayam goreng. Nampak macam 2 jenis ayam goreng. 3 ketul, ayam goreng ayamas frozen tu. Lagi 3 ketul, ayam goreng saya celup tepung bistari. Sayur kobis, kacang panjang dan carrot, masak stir-fry, pecah telor. Kemudian, ikan tamban goreng rangup, campur bawang dan cili kering. Huuu, ini feveret ni, sejak sebelum raya haji nak masak, tapi tak masak-masak. 

Dah ada telor goreng, goreng ayam pulak ye. Siapa makan telor, tak boleh amik ayam. Siapa makan ayam, tak boleh amik telor. Itu yang hidangan sarapan dan tengahari sekali. Dah siap-siap sediakan. Hehe, surirumah malas masuk dapur berulang kali. 

Masa lepas subuh nak pergi jogging, nampak kilat di langit. Tapi, pergi jogging juga. Suami masih cuti, jadi dia yang hantar anak ke sekolah.


Tengah lari, hujan pun turun. Mula-mula rintik je, pastu makin renyai. Sempat jogging sampai 8.27 km sahaja. Alhamdulillah. 

Gambar di atas adalah makan malam saya semalam, semangkuk kuetiau sup dengan teh o panas kosong.

Kena racun dengan kawan-kawan jogging. Balik rumah, tanya suami, nak tengok Mat Kilau tak. Dia kata, ok. Suami dari sebelum raya haji dah ajak, tapi saya agak keberatan. Kuat betul racun kawan-kawan jogging saya ni. Dia orang dah tengok. Dah beli tiket online untuk malam ni. Satu family pi. Tengok wayang on weekdays, esok sekolah. Hehe. Giler punya mak.

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

Lama tak update

 13 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Lamanya saya tak update blog. Last sekali entri blog saya, tarikh 30 Jun. Hehe. Adoi. Mood online ke laut. Macam ni la saya ni. Minta maaf ye, kepada pembaca yang saya hormati sekalian.

Hari ni sudah kembali ke rutin asal. Anak-anak sudah kembali ke sekolah.

Pagi tadi, saya pergi jogging semula.


Larian pagi tadi, adalah sejauh 8.18 km. Tak tahu la boleh masuk kategori lari atau tak, pace 10. Badan rasa berat dan gemuks. Makan daging banyak. Dengan sup tulangnya, nasinya. 

Saya dan keluarga pulang beraya di Tumpat, Kelantan. Kampung suami. Gambar di atas, 2 anak bujang, tengah lepak di Pantai Cahaya Bulan. Masa raya haji pertama. 

Tahukah anda, masa raya puasa, atau raya haji, hari pertama raya, semua pusat membeli-belah ditutup? Ha, only in Kelantan. Pergi la Aeon Mall ke, Lotus ke, KB Mall ke, semua tutup masa raya pertama. Dari dulu lagi macam tu. Memang raya pertama, kunjung mengunjungi rumah sanak saudara sahaja. Atau kalau tak mau makan daging, boleh pergi ke pantai. Masa kami pergi hari tu ke Pantai Cahaya Bulan, ada je kedai makanan laut macam bebola udang, dan segala jenis lagi tu, yang celup tepung yang dibuka. Tapi tak semua kedai dah buka. 

Masa nak pergi Kelantan, ambil masa lebih kurang 7 jam, bertolak lepas Subuh untuk tiba di kampung. Masa nak pulang semula ke Perak, ambil masa dalam 8 jam lebih untuk sampai. Walaupun kereta banyak, tapi trafik berjalan. Alhamdulillah. Dapat jumpa orang tua, kakak-kakak ipar, suami dapat tolong melapah daging korban.


I is takuts tengok lembu kena sembelih tu. Jadi, lepak rumah je. Dah pernah tengok dulu, cukup la. Orang sana korban kat rumah je, takde kat masjid pun. Satu family, 1 ekor. Alhamdulillah.

Macamana raya anda? Apa khabar pembaca sekalian? Sekarang musim orang demam. Banyak makan durian dan buah mata kucing. Hehe. Jaga diri ye.

Jumpa lagi. 😊

Larian 3 hari

 30 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Dah pun masuk hari terakhir di bulan Jun. Cepat betul masa tu. Kalaulah boleh stop sekejap masa tu. Nak termenung kejap. Nak pikio beberapa benda jap. 


Ini adalah larian pada 28 Jun, iaitu hari Selasa lepas. Suami off kerja. Saya ajak dia beriadah. Kalau tak ajak, huh... membina lemaks je. Jom keluor peluh sikit. Kami pi jogging kat padang astaka Sitiawan. Jauh sikit dari rumah. Dah lama saya tak ke sini. Kalau anda perasan, saya biasanya pace 9, pace 10, bila jogging. Tapi hari tu, saya boleh sampai pace 8. Kaki saya suka lari kat padang, banding atas jalanraya. Tapi penat lari di padang yang tak rata permukaannya. Macam trail running pulak. Sempuit den, nak buat 10 km. Cuaca baik, nak hujan, tapi tak hujan. Suami saya buat 6 km. Lari asing-asing. 😁

Keesokan harinya, iaitu semalam, suami saya off kerja juga. Pun saya ajak dia beriadah. Kali ni, pi jogging kat esplanade Lumut pulak.


Semalam dah semputs, heart rate dah tinggi. Ditambah pula dengan angin malas, takde la jogging sangat pun. Berjalan-jalan sahaja, tengok laut. Tak cukup 10 ribu langkah pun. Pi cari kedai makan la, perut rasa lapor sesangat. Bukan hari-hari kita rajin. Semalam adalah hari malas saya, encik. Buat 4 km sahaja.

Gambor semalam, kat Esplande Lumut.

Hari ni, suami sudah kembali bekerja. Saya kembali jogging dengan kawan-kawan.


Pagi tadi, jogging sampai 11.35 km. 

Gambar menunjukkan pokok sakura malaysia kat rumah. Daun semua dah gugur. Tinggal bunga je. Memang suami trim pokok ni, tak bagi tinggi sangat, nanti kacau wayar telefon kat atas tu. Ada ketika, daun pokok ni lebat, hijau dan merimbun, bila duduk kat kerusi simen tu, sejuk je. Sekarang musim kering, habis daun-daun gugur. 

Semalam, kereta suami rosak dalam perjalanan balik rumah dari tempat kerja. Tadi pagi saya ikut dia, pergi bawa kereta, ambik mekanik, pergi lokasi kereta rosak. Bawa ke bengkel. Sementara tunggu repair, suami ajak lepak ngeteh kat kedai makan berhampiran dengan bengkel.


Order kuetiau sup seperti dalam gambor. Saya suka kuetiau sup kat kedai ni. Lama dah tak singgah sini. Tuan kedai baru buka kedai semula, setelah sekian lama. Pagi dah sarapan bijirin cornflakes dengan susu analene. Pukul 11, makan kuetiau sup pulak. Huuu... nafsu makan bergelora. Astaghfirullahalazim.

Ok la ye. Jumpa lagi.

Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan. 

Labah-labah di udara

 29 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Kadang-kadang kan, bila tengah jogging, ada rasa terkena sarang labah-labah kat muka. Kalau hiking dalam hutan, biasa juga, lagi kalau pergi pagi-pagi, orang belum ada. Memang logik, dalam hutan, banyak pokok, banyak unggas dan serangga. Tapi kat tempat jogging pun boleh terkena juga. Macam pelik tau, bila muka diselaputi sarang labah-labah, sebab cuba anda bayangkan ye, di jalan 2 hala, jadi agak besar juga ye, bukan lorong kecil, tepi jalan, ada bahu jalan, jauh sikit lebih kurang 1-2 meter, baru ada pokok. Itu pun sebelah je. Lagi sebelah jalan, tak ada pokok. 

Walaupun selalu terkena sarang labah-labah, tapi tak pernah jumpa labah-labahnya. Sampai la pagi tadi, baru saya ternampak. Itu pun, kat rumah. Bukan kat tempat jogging. 

Ada labah-labah terapung di udara. Saya tak nampak sarangnya. Dia bergantung pada satu line je la. 

Tu, dot kecik tu, labah-labah.

Pokok jauh tau. Yang ada di kiri kanan, cuma wayar fiber tu, dan wayar telefon lama. Kalau kita tak perati, memang kita tak kan perasan si kecik spider tu.


Dia bergerak la, ditiup angin. Kejap ke atas, kejap ke bawah. Bila saya lalu betul-betul bawah dia, takde pula terkena sarang dia. Kat mana dia bergantung tu, maksud saya, sarang dia. Dia shoot kat mana, kita pun tak nampak.


Macam spiderman tu kan, dia boleh shoot sarang dia pergi jauh.


Tapi itu dalam movie. Ini, real punya labah-labah. Jauh tu, dia boleh lekat sarang dia. Hebat kan, ciptaan Allah. Subhanallah.

Ok la. Tu je nak cerita hari ni. Dulu masa pkp, jadi couch potato, tak bergerak, memang hidup macam diselaputi sarang labah-labah. Tapi, frasa tu dah tak boleh pakai, at least kat tempat saya ni. Sebab bila kita aktif pun, kita boleh juga diselaputi sarang labah-labah. Sekali jogging, terkena kat muka. 😁

Jumpa lagi, ye.

Makan, lari dan makan lagi...

 27 Zulkaedah 1443 Hijrah.

2 hari tak update blog. Sabtu dan Ahad, habiskan masa dengan keluarga, tak on computer. 😊


Gambar menunjukkan grill salmon, yang saya makan untuk makan malam, petang Jumaat lepas. Makan kat foodcourt Lotus. Harga, RM12.90. Alhamdulillah.


Pada pagi Sabtu, saya telah berlari sejauh 10.33 km. 

Gambar menunjukkan anak kucing comel. Comei tak, comei tak? Bukan kucing saya. Anak share gambar anak kucing ni.

Larian pagi Ahad pula adalah seperti berikut.


Larian Ahad adalah sejauh 10.27 km. 

Gambar menunjukkan sarapan saya pada hari Ahad lepas, iaitu wantan mee kicap bersama sup fishball dan white coffee panas. Alhamdulillah.

Petang pula, bawa komputer anak, pergi kedai, untuk upgrade. Pasang graphic card baru dan tambah space. Space komputer dia dah sampai 1 Terabyte. Anak kedua ni, dia tak makan kat sekolah. Satu hari, duit belanja RM5, dia simpan, bila dah cukup, dia cakap dia nak upgrade komputer dia. Termasuk duit raya dia, dia simpan. Banyak betul duit dia. Patut saya minta nak masuk dalam ASB, dia cakap, tak mau. Rupanya, dah lama dia simpan hajat. Ok ler. Sementara tunggu komputer siap, pergi lepak kat Secret Recipe.


Gambar menunjukkan strawberry milk shake yang saya minum. Belakang, air tembikai, suami minum. Gambar makan? Lupa nak ambik. Bila makanan sampai je, seranggggg..... tak ingat apa dah. 😂

Hari ni, hari Isnin, saya pergi berlari juga.


Larian Isnin adalah sejauh 12.61 km.

Gambar menunjukkan ikan keli bercili, yang saya masak hari ni. 

Saya pergi pasar lepas habis jogging pagi tadi. Saya beli ikan keli, ikan bawal, ayam seekor, sayur dan ikan bilis. Ayam seekor harga RM18.90. Ikan keli satu kilo harga RM8, ada 5-6 ekor. Potong 2 waktu nak masak. Ada anak suka makan ekor, tak suka bahagian kepala. 

Bagaimana hari minggu anda? Pergi jalan mana? Lupa pulak beli minyak masak. Orang dok pakat beli, nanti dah nak naik harga. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Terkonang semasa dulu...

 24 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Hujan lagi pagi tadi. Saya tetap pakai macam nak pergi jogging. Memang saya kena keluar rumah pun, untuk hantar anak kedua ke sekolah. Kadang pukul 7, hujan pun berenti. Menaruh harapan hujan berhenti supaya dapat jogging. Sudah hantar anak, saya pergi ke tempat jogging. Masih hujan, tapi hujan halus tu. Saya jogging je. Tengok whatsapp, ada kawan tanya, ada sapa turun ke. Bila saya cakap saya dah ada di tempat jogging, dia pun turun sama. 


Masa mula lari, hujan halus. Sekali makin lama, makin lebat. Tapi on and off. Orang gila lari, tengah-tengah hujan pun berlari. Bila hujan makin lebat, kami berhenti, balik rumah. Takut pula, sebab ada dengar bunyi guruh. Sempat la 8.62 km jogging pagi tadi. 

Gambar di atas adalah gambar masa lalu highway WCE, waktu petang. Cantiknya, bagi saya. Saya suka tengok sunset. Saya ada satu memori, bila waktu petang, rasa macam sayu, teringat dulu-dulu, waktu petang, naik bas, nak balik rumah, dari itm jengka, lalu highway karak, bila duduk tepi tingkap, tengok sunset. 

Jauh dah perjalanan kita. Alhamdulillah, happy dan syukur atas segala nikmat dan rezeki olehNya. Saya tengok gambar-gambar dalam external hard disk saya, bila tengok video anak-anak masa kecik, rasa, alahai, dah tua dah aku... 😂 

Meh tengok transformasi saya.


Gambar kiri, masa anak ketiga baby lagi. Rasa, macam masih dalam pantang, sebab baby masih berbedung. Masa raya ni. Pastu bengang la, sebab malam raya tu, bunyi mercun la, bom atom la, tengah-tengah malam. Baby tengah tidor pun terkejut, jaga, melalak.. Hehe.. anak ketiga dah cool sikit, masa anak pertama, meroyan dibuatnya. Hahaha.. eh, saya tak tipu, tau. Lepas saya beranak kali pertama tu, kepala otak saya tak berapa sihat, siap family saya bawa jumpa pakar psikiatri di hospital. Kena diagnosed post-partum blues, atau meroyan. Alhamdulillah, boleh baik. 

Jangan sekali-kali banding hidup kita dengan orang lain. Syukur je apa yang ada. Kita lebih kuat dari apa yang kita sangka. 

Gambar kanan, gambar baru ambik, dalam minggu ni. Alhamdulillah. Dah sedar diri. Masih cuba perbaiki diri dan istiqamah. 

Ok la ye. Jumpa lagi.

Ikan makan ikan

 23 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Semalam tak sempat nak update blog. Sibuk bayor bil online. Bayor itu, bayor ini, transfer sana, transfer sini, transfer kat orang tua, kerja sebagai secretary setiap bulan. Hari gaji suami : Duit masyuk banyak, duit keluar pun banyak. 😅 


Semalam jogging sejauh 11.62 km.

Pagi tadi, hujan lebat. Tak jogging. Masa nak hantar anak kedua ke sekolah, saya perasan ada ikan mati dalam akuarium.


Dah takde bentuk ikan dah. Kawan-kawan dia yang hidup, patuk dia, makan dia. Boleh camtu ye, ikan kecik ni.


Bila hujan je, jem. Sekolah kat kawasan perumahan je pun. Manusia ramai, sekolah menengah ada 1. Hai, entahlah.

Bila sampai rumah, tengok akuarium lagi.


Dah tinggal tulang kawan tu. Laa, saya tak tau ikan kecik ni boleh makan kawan dia jugak. Padahal dah bagi makan tu. Ish ish ish...

Kita riadah rumah saja pagi tadi.


Larat buat sampai 6.05 km saja. 

Alhamdulillah. Hujan rahmat. Semoga hari anda pada hari ini ceria-ceria belaka dan segala urusan dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye.

I choose to be happy

 21 Zulkaedah 1443 Hijrah.

Awal pagi tadi, saya masak nasi goreng ikan masin, lagi sekali.


Letak juga fishcake dan ayam. Makan untuk sarapan dan tengahari sekali. 

Lewat hantar anak kedua ke sekolah hari ni.

Jangan bagi anak minum milo kalau dia nak ke sekolah. Bila minum, dah rasa nak buang air besor pulak. Saya tak buat, anak bancuh milo sendiri. Huu.. pukul 7.10 masih dalam bilik ayor. Nasib baik trafik ok hari ni.


Pukul 7.30 pagi baru saya mula jogging. Matahari pun dah naik. Alhamdulillah, cuaca baik. Semalam boleh dikatakan hujan dan cuaca sejuk, kain baju tak kering. Larian hari ni adalah sejauh 10.09 km.

Saya rasa, ada seseorang sudah sentap dengan saya. Dia mendiamkan diri bila saya bercakap. Saya nasihat je, sebab memudaratkan hidup la, kalau dibiorkan. Tak tahu la. Mungkin lepas ni, kalau saya nampak orang nak masuk lubang, saya diam je la. Pilihan di tangan masing-masing, hidup masing-masing. Hmmm... malas dah saya. Saya jaga diri sendiri dan family sendiri sajalah. 

Saya pun pernah juga orang tegur. Manusia biasa, tak lari dari buat salah. Masa kena tegur, saya sentap juga. Sejam kemudian, (sejam tu... dah tua, ambik masa nak proses 😁) baru saya fikir dari sudut lain. Orang tegur kita, sebab dia sayang kita, kot. Dia tak nak ada apa-apa benda buruk berlaku kat kita. Dia nak kita baiki diri kita, jadi lebih baik.

Tapi hati saya rasa tak best pulak sebab orang yang sentap tu, dah tak bercakap dengan kita. Apa nak buat. Saya dah pun jalankan tugas saya menegur. Kalau orang tak boleh terima, yor lantak la. Sendiri tanggung. Kita diam-diam je la lepas ni. Hehe...

Ok la ye. Jumpa lagi.