Rabu, 4 Zulkaedah 1444 Hijrah.
Rasa nak lari, tapi tak ada motivasi?
Marilah join saya lari sama, dalam Runliga Malaysia Challenge 2023.
Tarikh event: 17 Ogos hingga 16 September 2023
Background
Tahun 2021, saya join.
Tahun 2022, saya tak join.
Tahun 2023, saya kembali join.
Gambar tahun 2021 |
Ini event virtual. Korang lari lah di tempat masing-masing. Lepas lari, submit run. Boleh secara manual atau boleh link kan aplikasi jam sukan dengan app Biib.
Saya pilih kategori 25 km. Jadi, selama sebulan, saya cuma perlu lari cukup 25 kilometer, untuk bergelar finisher. Tapi, saya kan giler lari. Pagi dan petang saya lari, sampai berat saya masa tu, turun ke 54 kilogram sahaja. Suami cakap, macam peluk tiang. Rasa tulang, isi dah takde.
E-certificate Runliga 2021 |
Jumlah jarak saya berlari adalah 415 kilometer. Sekaligus, rekod peribadi saya, paling banyak berlari dalam sebulan, seumur hidup saya.
Kenapa perlu join?
- Sebab bila kita dah bayar, dan daftar masuk, nak tak nak, kita akan ada rasa perlu lari.
- Dapat kenal ramai runners, yang baru mula, yang sudah berpengalaman, sebab ini adalah aktiviti berkumpulan. Bila daftar, anda perlu pilih pasukan.
- Tak semestinya berlari. Berjalan dan hiking juga boleh dikira jaraknya.
- Kalau submit manual, perlu ada peta. Jadi, aplikasi MAPMYRUN boleh digunakan. (Free je, download)
Cara untuk join:
Daftar online. Klik sini.
Klik Join As Team.
Ada 3 kategori untuk anda pilih. Sama ada 25 km, 150 km atau 550 km. Saya pilih kategori 25 km sahaja. Kena habiskan tau, sebab bila anda tak habis jarak yang anda pilih, satu team tak dapat title finisher. Gitew... apa yang penting? Kerjasama! 💪🏃
Pilih kategori team GRT - Casual/Grassroot Team & Others
Pilih team Malaysia Women Runners. Masukkan password "mwr23"
Isikan butiran peribadi anda.
Di bahagian Referral ID, masukkan NAZL50. Di bahagian Discount Code pun, masukkan NAZL50. Boleh dapat diskaun RM3, jika gunakan referral code saya.
Buat bayaran, dan settle.
Kalau sehari cuma lari atau jalan 1 km, 25 hari dah siap. Santai-santai. Ikut masa bila kita free, larilah.
Jika anda berminat la ye. Benda ni, sangat bahaya. Sekali anda join, nanti akan rasa nak join lagi. Haha... tapi apa salahnya. Yang dapat manfaat, kita juga. Lari untuk sihat.
Ok. Itu saja saya nak war-warkan. Jemputan masuk event lari virtual.
Jumpa lagi, ye. 😊
P/S: Lelaki pun boleh join, berlari untuk team Malaysia Women Runners. Cuma, tak boleh masuk group wassap je. Hehe...