Hamper jajan

 Rabu,  26 Syawal 1444 Hijrah.

Alhamdulillah, saya sudah sihat. Sebelum subuh pagi tadi, saya masuk dapur. Dah 2 hari suami masak sarapan untuk anak-anak pi sekolah. Hari ni, biarlah saya yang masak. Suami pun balik lambat semalam, dia ada kerja luar di Gurun.

Nasi goreng kicap untuk sarapan.

Eh, suami bawa balik hamper la.


Ha, kan dah cakap, pakcik ni bila ada cabutan bertuah je, nombor dia mesti naik. Suami pergi jamuan raya  ofis  dia, di Gurun semalam. Kali ni, dapat hamper berupa barangan makanan atau jajan la. Ada kacang, biskut ada 3 jenis, dan air berkarbonat. Alhamdulillah.... Bakul hamper tu, saya chop, nak buat tempat simpan benang kait saya. Hehe...

Masa nak pergi hantar anak ke sekolah, tengok macam ada sesuatu dalam peti surat rumah. Ooo... risalah dari Pizza Hut.


Pembaca sekalian ada cuba tak, pizza spicy krunch di atas, yang atas pizza ada mamee? Saya tengok macam pelik pulak. Camana nak makan tu? Macam-macam idea kreatif kedai makan nak menarik pengunjung ye. 

Walaupun nampak macam risalah bulan ramadan, tapi bahagian belakangnya ada voucher yang boleh diguna pakai sehingga akhir Jun.

Saya tengok gambar pizza tu pun dah rasa kenyang dah. Sudah la atas pizza ada maggi dan meatball, dalam pizza pula ada cheese. 

Si Oyen ni pun tertarik nak tengok risalah pizza 

Tadi tengahari, hujan tau, kat sini. Alhamdulillah. Dah lama sangat tak hujan. Camana cuaca di tempat anda?

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

Pening

 Selasa,25 Syawal 1444 Hijrah.

Tak berapa sihat pulak. Hari ni baru ok. Alhamdulillah. 

Last sekali berlari, hari Ahad lepas.


Pergi lari di padang Astaka, Sitiawan, dengan suami dan anak bongsu. Sempat buat 7 kilometer.

Gambar di atas adalah semasa jamuan raya yang saya ada tulis ceritanya di sini

Lepas lari, balik rumah, mandi apa semua, saya dan suami pergi Ipoh, saja jalan-jalan di Mydin.

Balik dari Ipoh, saya ok lagi.

Cuma malam tu, dalam pukul 10 atau 11, saya rasa pening. Tak pernah pening macam tu. Kalau sakit kepala tu, lain. Ini, pening yang pusing. Pusing pulak, sampai saya kena pegang kepala saya, ya Allah, tolonglah berhenti pusing. 

Selain pening, saya cerry-berry juga dan muntah. Cerry-berry 3 kali. Lepas muntah, baru boleh tidur. Itu pun, kena kawal pergerakan, slow-slow. Bila baring mengiring je, pening. Jadi, saya kena tidur terlentang. Tak suka posisi macam ni, lebih suka mengiring, tapi apa nak buat.

Esoknya, hari Isnin, iaitu semalam, saya ke klinik. Tekanan darah saya rendah. Doktor ada bagi ubat. Kalau tak baik juga, kena datang check semula.

Semalam, masa solat zohor, saya cuma mampu sampai rakaat ketiga. Masa sujud, rasa bilik berpusing. Jadi, semalam, memang saya tak buat apa-apa. Cuma baring je, rehat. Bangun untuk makan dan makan ubat, lepas tu, sambung rehat.

Hari ni, Alhamdulillah, saya rasa sudah ok. Saya sudah boleh solat subuh. Takde rasa pening.

Tak tahu la kenapa. Itu yang doktor kata, kalau dia kacau hidup, kena datang periksa semula. Puncanya, boleh jadi dehidration. Atau boleh juga,  jadi sebab ada sakit lain. 

Lepas tu saya ingat yang hari Ahad tu, biasa sebelum lari, saya minum air dulu. Tapi hari tu, saya boleh terlupa bawa botol air saya. Tak minum air pun. Nak kata saya kena strok haba, saya berpeluh, malam Ahad tu. Kalau strok haba, saya baca, tidak berpeluh.

Alhamdulillah, hari ni sudah ok. Tapi hari ni saya rileks, tak keluar berlari. 2-3 hari ni, doktor cakap, jangan nak laju sangat la, buat kerja tu. Slow-slow je. Baiklah.

Orait. Semoga anda semua sihat-sihat belaka. Jumpa lagi, ye. 😊