Kerja dalam pembikinan

 Sabtu, 22 Syawal 1444 Hijrah.

Pagi ni, saya tak pergi lari. Saya pergi pasar pagi Bota. Jalan-jalan cari makan. 😁

Semalam, saya pergi lari. 

Tupai comel turun pokok

Semalam punya larian adalah sejauh 7.5 kilometer. Alhamdulillah.

Sudah lama saya tak share hasil kait saya, kan. Salah satu work-in-progress sekarang adalah granny square blanket.  


Boleh buat alas meja. Boleh buat sebagai sofa throw, ikut citarasa masing-masing la. Sudah lama saya mula. Tapi belum habis lagi. Setakat ini, baru boleh cover 2 seater punya sofa. Saya bercadang untuk besarkan lagi, sehingga dapat cover sofa 3 seater. Bila dijangka siap? Mungkin lagi 5 tahun kot. Hehehe.... 

Baiklah. Entri ringkas saja hari ni. 

Kalau rajin, petang ni, saya pergi berlari.

Kalau malas, petang ni, saya lepak depan tv.

Selamat hari Sabtu, semua... selamat pergi jemputan open house di hujung Syawal ni. 

Jumpa lagi, ye. 😊

Jamuan raya

 Jumaat, 21 Syawal 1444 Hijrah.

Semalam telah berlangsungnya jamuan raya anjuran ofis suami saya. Saya dan suami saja yang pergi, lepas maghrib. Anak-anak tak mahu ikut. Jamuan diadakan di Rumah Perak. 

Dulu, Rumah Perak ni, rumah orang. Saya selalu lalu kawasan perumahan situ bila ambil atau hantar anak sekolah masa dia orang sekolah rendah. Laluan short-cut, ikut kawasan perumahan. Sudah 3 tahun tak lalu jalan tu, sebab anak bongsu pun sudah sekolah menengah. Sekarang, Rumah Perak ni sudah dijadikan lokasi orang boleh sewa, untuk buat kenduri kawin, jamuan dan sebagainya. Memang akan perhati rumah ni setiap kali lalu, sebab ini satu-satunya rumah kayu di situ. Sebelah kiri dan kanan, berhadapan, semua rumah batu, satu-satu, lot banglo.

Rumah Perak dari luar.

Cantik tempatnya. Pertama kali kami datang ke Rumah Perak ni. Bagus juga jamuan dibuat malam. Tak la begitu panas banding siang.

Pandangan dari meja kami

Panjangnya meja hidangan raya.


Sesuai sangat buat majlis kahwin sini. Ada 2 stage. Sana dan sini. 

Pentas utama

Majlis dimulai dengan bacaan doa. Lepas tu, acara makan-makan la. Meh tengok, hidangan raya yang kami ambil.

Nasi minyak, lauk daging hitam, acar jelatah, rendang ayam berkuah, dan ayam masak merah.

Nasi ambil dua pinggan, mula-mula suami makan dulu, pastu saya pulak repeat.

Kambing golek bersama kentang goreng, roti bawang putih dan coleslaw.

Suami beratur di kiosk kambing golek. Minta 1 pinggan je, bagi pihak saya. Tapi dia bagi 2 pinggan. Suami tak makan kambing. Jadi, saya habiskan 2 pinggan kambing golek ini. Sedap! Daging kambing lembut.

Ayam bakar, sate, kuah kacang, lemang, nasi impit cicah rendang ayam

Yang ni saya suka! Sebab sudah 20 Syawal, barulah saya dapat merasa lemang dan nasi impit. Alhamdulillah, dapat juga makan. 

Apam polkadot, karipap, 2 ketul sosej dan kuih seri muka

Sambil makan, boss beri ucapan. Lepas tu, ada persembahan slide, menunjukkan aktiviti ofis masa bulan ramadan yang lepas. Turut diselitkan, cabutan bertuah dan acara penyampaian duit raya oleh bos besar kepada anak-anak kakitangan. Ruginya, anak-anak kami tak ikut. Dia orang acara majlis macam ni, tak suka ikut.

Mi kari

Mi kari kongsi makan. Perut sudah mulai gendut.

Teh panas dan laicikang

Teh panas untuk saya, dan laicikang suami punya. Teh dia tak manis sangat. Turut disediakan air mineral satu botol di setiap meja.


Pencuci mulut, aiskrim KitKat mini. Yummy... 😋

Tiba-tiba nombor suami saya dipanggil. Memang suami saya sejak dulu, kalau ada cabutan bertuah, dia selalu kena. 


Atas setiap meja juga, ada sebalang biskut florentine.


Dah rasa sikit. Sedap. Kami bawa balik yang atas meja kami. Itu gunanya bawa handbag besar ke jamuan raya sebegini. 🙈

Ada makanan yang kami tak ambil, seperti laksa penang dan spagetti carbonara, juga pencuci mulut, fruit cocktail. Perut sudah penuh.

Selain staff sekarang, ada juga kakitangan dari cawangan Gurun dan Segamat turut serta jamuan raya ni. Turut dijemput, kakitangan yang sudah bersara. Memang meriah. Saya juga dapat jumpa Kak Siti, yang sudah lama tak jumpa, sebab dia sudah pencen. 

Sebelum balik, pihak catering membungkus makanan yang tak habis ke dalam plastik, supaya sesiapa yang nak bawa balik, boleh lah ambil. Juga, turut diadakan sesi bergambar beramai-ramai.


Suami bergambar di depan Rumah Perak. Tangan kiri tu, bawa balik nasi minyak dengan lauk-lauk. Alhamdulillah. 

Eh, takde gambar saya pun? Ada, seorang kakitangan lelaki ni, jadi jurugambar, tapi dia belum upload, hari ni mereka sibuk, ada meeting. Nanti bila dia sudah kongsi gambar rasmi, saya share di sini, ye. Selfie? Sekeping pun saya tak ambil. Bila tengok makanan seperti lemang dan nasi impit, saya fokus makan ye. 

Oh, nak tahu suami saya menang hadiah apa untuk cabutan bertuah?

Tadaaaa....


Dapat hadiah cermin! Hehe... boleh gantung di bilik anak sulung. Sebab bilik dia, tak ada cermin lagi. 

Kami sampai rumah pukul 10 malam. Alhamdulillah... kegendutan ok! Terima kasih kepada pejabat suami yang menganjurkan jamuan raya setiap tahun. Saya tengok dari luar je, Rumah Perak ni. Tapi sebab pintu hadapan dibuka, nampak ada sofa di ruang tamunya. Malu pulak saya nak masuk ke dalam rumah. 

Baiklah. Sekian perkongsian saya. Jumpa lagi, ye. 😊