Selasa, 18 Syawal 1444 Hijrah.
Petang semalam, saya makan malam di luar, dengan suami.
Dinner Isnin, maggi celup |
Saya makan maggi celup di kedai tomyam. Walaupun dia ada bagi bahan tambahan seperti chilli flakes, cili jeruk, garam dan gula, dalam bekas hijau dalam gambar di atas, tapi saya tak tambah satu apa pun. Sebab saya rasa dah cukup rasa, maggi celup saya. Ada ayam dan daging juga. 😋
Pagi tadi, saya lari solo. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, saya pun pergi ke tempat lari, macam biasa.
Gambar matahari naik |
Cuaca pagi tadi, tak panas sangat. Berangin pula. Syok jugak, sebab layan angin kuat, sampai terlajak 10 kilometer, saya lari pagi tadi.
Balik rumah, saya siram pokok, basuh kain, bagi kucing makan, bersihkan litter box kucing, dan saya buat yoga sekejap.
Sesetengah pose yoga yang saya buat, rasa sangat selesa. Lebih kurang macam regangan badan. Rasa macam nak tertidur pun ada. 25 minit kemudian, bunyi mesin basuh selesai cuci baju. Jadi, saya pun pergi sidai pakaian dulu di ampaian. Waktu menunjukkan sudah lebih pukul 10 pagi, saya belum sarapan lagi. Rasa macam buat intermittent fasting pulak.
Selesai sidai baju, saya mandi. Bila badan sudah segar, tengok jam, sudah pukul 11. Elok saya masak dulu, sebab budak form 3 balik sebelum pukul 1 hari ni.
Saya tak masak nasi. Saya masak spagetti carbonara.
Spagetti carbonara |
Nampak kosong je spagetti carbonara saya. Saya gunakan bahan yang ada di rumah saja. Ada sikit daging cincang. Lepas tu, tambah sos spagetti cheese and herbs. Resepi sendiri je, campak-campak.
Selesai masak, suami pun sampai rumah, pukul 12.30 tengahari. Dia kerja shif malam. Suami bawa balik nasi dagang, 2 bungkus. Ya Allah, macam magic! Dah la saya belum makan pagi. Cantik betul aturan Allah. 😍
Sedap betul makan nasi dagang, lauk gulai ikan tongkol dan ada acar. Dah lama tak makan.
Kat rumah saya ni, kuih raya semua dah lama habis. Baguslah, saya fikir, boleh mula eat clean. Tengok-tengok, suami bawa balik kuih raya juga, ada orang bagi.
Apa nama kuih bentuk bunga tu? Dahlia ke? Entah, saya tak tahu, tapi bila makan, atas dia ada nestum. Sedap, empat-empat jenis kuih raya di atas. Almond london memang tak rasa lagi, tahun ni. Tart nanas dia, cukup rasa. Tart warna ungu tu, rasa macam anggur. Bila makan, tak boleh cakap. 😋😋
Alhamdulillah... rejeki hari ini. Berbaloi saya lari 10 keyem hari ni, dapat makan kuih raya sedap.
Ok. Tu je la. Jumpa lagi, ye.