Hari ini, hari raya

 Isnin, 17 Syawal 1444 Hijrah.

Selepas hantar anak-anak ke sekolah, saya dan suami sempat berlarian di padang Astaka, Sitiawan. Lama dah tak beriadah di sini. 


Larian pagi tadi, sejauh 6.63 kilometer. Alhamdulillah. Nampak ada awan hujan di langit, tapi hujan tak turun-turun. Mula-mula berjalan laju sambil bersembang. Lepas tu, bila cuaca sudah mulai panas, saya tinggal pakcik tu, pecut laju sikit, nak bagi lepas 10 ribu langkah. Hehe...


Oh.. gitu. Ada waktu riadah di sini. Boleh gunakan waktu yang tertera di papan tanda di atas untuk jogging. Selain waktu itu, kena minta kebenaran nombor yang tertera. Patut saya selalu nampak pihak tentera naik turun, naik turun helikopter di sini. Baik. Baru nampak papan tanda ni. Dulu-dulu parking belah sana. Cuma hari ni, parking di pagar masuk di tengah padang. Parking belah sana penuh. Ramai orang Sitiawan beriadah. Yang berlari di padang ramai, geng taici ramai, geng senam joget-joget-sambil-pegang-tali pun ramai. 


Biasanya hari Ahad, saya cuti masak. Tapi semalam sebab puasa, saya masak juga la. Malas nak buka puasa di luar. Saya beli burger Ramly, saya masak di rumah. Ha, ambik. Tebalnya tomato saya potong. Dari pengamatan saya, berbanding pembelian sebelum ini, burger ayam sudah semakin mengecil. Burger daging pula semakin tebal. Hehe..

Syukur Alhamdulillah. Sudah selesai ganti hutang puasa dan puasa 6 sekali. Jadi, apa lagi? Hari raya, maaa.... kita makan la....!


Ya Allah, nikmatnya makan di siang hari. Sedap bebenor rasa kuah mi rebus makcik under the tree. Sambil pejam-pejam mata menghirup kuah, slurrrppp... sluuurrpppp....


Nasi impit cicah kuah kacang ❌

Cucur cicah kuah kacang  ✅

Hehe... enak sungguh cucuq makcik ni! Sama je rasa dia dari dulu. Walaupun cucuq biasa, bukan ada udang pun. 

Lepas sarapan, ada urusan sat, nak pos barang. Lepas tu, singgah kedai kopi 989, beli kopi.


Saya sudah kurang minum kopi. Berbanding dulu, satu hari sampai 2-3 cawan kopi saya minum. Sekarang, saya minum air suam saja. Kali terakhir saya minum kopi, masa raya pertama hari tu, di kampung suami, itu pun kami kongsi. Hari ni, saya bawa balik kopi americano panas, tanpa gula. Alhamdulillah. Boleh minum, takde rasa sakit perut ke, gastrik ke. 

Semoga segala urusan anda dipermudahkan, ye. Selamat bekerja. 

Jumpa lagi... 😊

Cerita Sabtu dan Ahad

 Ahad, 16 Syawal 1444 Hijrah.

Semalam, Sabtu, saya lari dalam rumah saja. 


Lari selama 1 jam 35 minit, dengan jarak 10 kilometer. Lari dalam rumah tak berapa panas. 

Gambar di atas adalah kuetiau goreng kerang, yang saya makan berbuka puasa hari Jumaat. Sedap kuetiaunya. 😋 Beli di sebelah Padang Astaka, Sitiawan. 


Gambar cokodok, yang saya goreng, petang Sabtu.


Ini pula bihun goreng buat berbuka semalam. Banyaknya bihun dia... suami tolong habiskan. Dia beli kat kedai tomyam Bukit Permata.

Saya rasa macam bulan puasa. Tak tahu nak masak apa dah. Suami kata, takpe, nanti dia bangun, masak untuk sahur. Tadaaa...


Nasi goreng suami masak, menggunakan perencah nasi goreng kampung Seri Aji. Hehe... Alhamdulillah.

Kacau Miau tengah tido..

Walaupun puasa, saya keluar juga lari di luar. Bosan lari dalam rumah. Tapi takde la lari sangat pun. Sebab ada pertandingan memancing la pulak, di tempat saya berlari. Larian pagi tadi, sejauh 7.3 kilometer.


Tengok.. ramainya orang memancing... 

Masa saya baru sampai, pukul 7 pagi, takde ramai orang lagi. Saya terdengar bunyi 'gedebush' di belakang. Saya toleh, tengok mat saleh ni tengah gosok-gosok lutut dia, sambil tengah terduduk lagi. Alamak, camne nak tolong ni. Badan dia agak besar, dan dia nampak lebih tua dari saya. Lelaki pulak tu. Saya patah balik, tengok dia boleh bangun berdiri. Haa.. ok pun. Saya tanya, dia ok tak?

Dia jawap, ok. Salah dia. Dia tersadung batu. Terima kasih.

Sebenarnya, lokasi omputih tu jatuh, saya juga pernah terjatuh juga. Same spot. Jatuh terjerembab. Koyak seluar saya, dua-dua belah di bahagian lutut. Memang situ tak boleh berlari. Banyak batu. 


Yang saya musykil tu, banner yang diikat di situ kata, pertandingannya minggu depan. Awat pula berlangsung hari ni? Kalau saya tahu, takde la saya lari sini pagi tadi. Baik saya pergi tempat tak ramai orang. Tengok tu, hadiah pertama dia, lumayan, kan....


Usaha betul mereka ni. Yang datang dalam kumpulan ada. Yang datang bawa anak isteri pun ada. Anak bini bentang tikar, piknik kat tempat teduh berhampiran. Tempat parking pun penuh. Ada beberapa meja jualan dibuka, yang jual barang mancing, yang jual air, meja urusetia. 

Begitu lah cerita semalam dan hari ni saya.

Apa rancangan anda hari ni? Ada jemputan rumah terbuka ke?

Orait. Jumpa lagi.