Makan lagi best

 Rabu,  12 Syawal 1444 Hijrah.

Pergi lari    ❌

Pergi dating ✅

Hahaha.... Hari ini hari MALAS saya, encik! Jom kita pi sarapan! 

Suami pula off kerja hari ni, setelah kerja overtime sokmo, sejak 4 hari lepas. Selepas hantar anak ke sekolah, marilah kita pergi sarapan di Warung Roti Canai Pak Tam di Kampung Sitiawan. 😁


Ambil kuih lepat pisang, seri muka gula merah dan 2 biji karipap. Sebiji kuih, 50 sen.


Roti canai sorang sekeping. Kuah kari. Saya minum air suam, manakala suami minum nescafe o panas kurang manis. Harga sekeping roti canai, RM1.20.


Nasi lemak ikan bilis sorang sebungkus. Harga sebungkus RM1.50.

Alhamdulillah. Total sarapan untuk 2 orang pagi tadi adalah RM9.10. 

Sarapan kurang dari 10 ringgit, untuk 2 orang. Itu pun tamak, dah makan roti canai, nak nasi lemak lagi. Tak boleh la. Saya suka nasi lemak bungkus daun pisang. 😋

Lepas sarapan, pergi pasar.

Lepas tu, pergi bank, masuk duit dalam ASB. Sekarang saya sudah ingat kenapa saya dah lama tak masukkan duit dalam ASB. Sebab saya punya ibujari selalu ada masalah. Haha! Saya dah buat mykad baru tahun ni, pun ada masalah. Kaunter 1, sampai staf bank cabut, cucuk balik fingerprint scanner tu. Lepas tu, manager dia masuk campur. Test di kaunter luar, saya punya ibujari pass jer. Lepas tu, dia kata, nak buat manual. Tapi lepas tu, dia pass saya ke kaunter tengah, guna sistem juga. Baru lulus. Sejam lebih urusan untuk masukkan duit! Bukan keluarkan duit ribu riban juta juta pun. Masukkan duit jer. Kalau tahu, baik saya pergi pejabat pos. Atau saya masukkan duit dalam tabung haji. Dekat cash deposit mesin pun boleh buat. Hahahahadoiii..... Alhamdulillah, selamat masukkan duit. Suami suruh, lama sangat simpan duit kat rumah. Dia takut saya pakai duit shopping ler tu. Tapi takpe, jangan bagitau dia tau, saya dah ketepikan duit sikit, mana tahu, nak beli kasut lari baru. 🙈

Ok la, jumpa lagi... 

Selamat jalan, anakku...

 Selasa, 11 Syawal 1444 Hijrah.

Petang semalam, hantar anak sulung di hentian bas. Dia dah nak balik Dungun.


Bila lambai anak, muka ada senyum... tapi dalam hati, menangis, anak nak pergi jauh.

Anak sulung dah besor dah. Dia dah ada pendapat sendiri, perangai sendiri. Kita cuma mampu bagi nasihat. Kebanyakan masa, bukan nak ikut nasihat orang tua ni. Suka pilih jalan sendiri. Apa yang kita mampu buat? Doa dan redha. Itu hidup dia. Biarlah dia buat silap berdasarkan keputusan dia, supaya dia boleh rasa dan belajar sendiri. Dah tegur, dan sudah beritahu mana lebih baik. Semoga anak sulung pandai jaga diri dan belajar rajin-rajin, demi masa depan dia. Selamat jalan anakku... semoga dalam lindungan Allah selalu... sobss.. sobss.. 😢

Pagi tadi, lepas hantar lagi 2 anak ke sekolah, saya pergi lari dengan suami. 

Jinak-jinak merpati

Memang cuaca panas ye, sekarang. Sempat lari 5 kilometer je. 

Lepas lari, pergi sarapan dengan suami di kedai nasi ulam, Lumut. Alhamdulillah.


Saya terlupa nak makan mochi yang saya beli semalam, di Aeon. Bawa anak sulung masa tu, beli barang keperluan dia yang dah habis, sebelum naik bas. Saya suka mochi strawberry ni. Sedap. 😋

Ok ler, jumpa lagi ye...