Pergi gym

 Ahad, 21 Januari 2024 - Saya bersama suami, dan dua orang anak, pergi gym berdekatan dengan rumah. Eh, nak kata dekat sangat tu, tak lah. Saya dan suami naik kereta ke sana. Sementara dua orang anak, naik motor. Anak bongsu sedang praktis naik motor, dia nak ambil lesen motor tahun ni. Dia ikut jalan dalam menerusi taman perumahan saja, tak keluar jalan utama, boleh sampai ke lokasi gym.

Anak kedua, yang kini sedang menghadapi peperiksaan SPM, sebelum ni, memang banyak kali menyuarakan keinginan untuk pergi bersenam di gym ini. Pertama kali pergi, dia pergi bersama bapaknya. Kali ni, kami pergi berempat pula. 

Selalu berlarian pun, ada kala rasa bosan juga. Sesekali, buat strength training pula (latihan beban). Sementara untuk anak kedua, satu cara dia release tension dan berehat seketika dari mengulangkaji pelajaran.

Bayaran masuk untuk seorang ialah RM5. 

Gym ini terletak di dalam sebuah bangunan besar, seperti dewan sukan, di mana di ground floor adalah court badminton yang orang ramai boleh sewa, sementara tingkat atas adalah gym. 

Saya agak kagum juga, kerana ada banyak peralatan dan mesin senaman di gym ini. Saya mulai memanaskan badan dengan menggunakan elliptical atau cross trainer. Baru buat tak sampai 5 minit, sudah rasa panas dan berpeluh. Ada kipas sahaja di beberapa tempat dalam gym. Tiada aircond. 

Eh, boleh nampak reflection saya.

Kemudian saya buat leg press. Kebanyakan mesin senaman, saya menggunakan berat antara 5kg ke 15 kg sahaja. Lebih dari tu, tak larat la! Sebab kita ulang senaman yang sama banyak kali. Repeat dalam bentuk set.


Diikuti dengan inner thigh adductor ni pula. Untuk kecilkan peha. Suami sayalah yang menunjuk ajar saya cara guna sesuatu mesin itu dengan betul, termasuk posture badan, tarik nafas dan sebagainya, sebab dia dulu ada pengalaman guna gym beberapa bulan, dengan tunjur ajar personal trainer.


Seterusnya, menggunakan standing calf machine ni pula. 

Selain kami empat beranak, cuma ada seorang anak muda yang sedang work-out, di bahagian lain gym. Saya seorang saja perempuan. Tapi rasa best, sebab tak ramai orang.

Kena buat senaman untuk kaki saja kah? Tak boleh ke, kita guna je mana-mana mesin yang kita suka? Suami saya kata, nak cuba buat, buat je lah.


Saya pun buat pec fly ni, untuk dada pula. 

Lepas tu, saya dah malas nak ambil gambar. Saya cuba beberapa mesin lagi, sampai saya punya tangan sudah tak larat nak angkat beban lagi. Barulah saya stop. 

Kedua anak sudah pun berhenti lebih awal. Mereka work-out lebih kurang setengah jam saja. Saya 45 minit. Lepas tu, kami jumpa dengan anak-anak di kedai mamak berdekatan, untuk sarapan.

Keesokan harinya, rasa sakit-sakit badan sebab buat senaman beban di gym. Saya pernah buat strength training di rumah, tapi dumbell saya 1 kg sahaja, dan kettle bell saya pun cuma 5 kg. Terus saya isytihar off day untuk running. Rehat saja, untuk recovery. Kalau buat active recovery seperti berjalan pun bagus juga, tapi saya rasa malas sebab sakit otot. Hahaha.... Itulah pertama kali saya buat senaman beban di gym. Walaupun sebelum ini saya pernah masuk gym semasa bercuti di hotel, entrinya ada di sini, tapi saya cuma menggunakan treadmill saja. 

Saya rasa seronok pula. Saya ada baca, runners pun elok buat strength training ni, seminggu sekali sudah ok. Tapi sejak hari tu, saya tak pergi ke gym lagi. Kedua anak saya ada ulang pergi, berdua, tapi saya tak ikut.

Baiklah, itu saja cerita saya bersenam di gym. Anda pernah pergi bersenam di gym? 

Jumpa lagi, ya. 😊

32 comments:

  1. aduh... yang membaca rasa berpeluh sama... saya pun nak kena bersenam juga patutnya ni...

    ReplyDelete
  2. Jarang nge-gym,sekalinya berlatih badan pada sakit semua yaa...tapi keringat banyak keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Sakit-sakit badan tu, umpama salam perkenalan, orang kata. :)

      Delete
  3. Tengok peralatan senaman di gym adalah, tapi tak pernah cuba.

    ReplyDelete
  4. Tetiba rasa betis SA cramp lepas baca entry ni..hahahha...

    ReplyDelete
  5. Pernah sekali jer masuk gym, itupun cuma guna treadmill dan basikal (kot), panggil basikal ke kalau kat gym, hahahaha. Murah tu RM5. Kalau ambil dgn personal trainer, kena byr brp ya? Kalau pakai belasah, risau pulak cedera otot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. betul la tu, stationery bike. Kalau ada personal trainer, mau lebih seratus kot. Ha ah, kena buat homework juga sebelum guna gym ni. Kalau over guna, boleh cedera.

      Delete
  6. Fuh…lama tu Nur 45v minit 👏🏽

    Saya tak pernah guna peralatan di gym.
    Pernah masuk gym di kondo rumah Penang, tapi tak reti nak guna 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... ada arahan di peralatan gym tu, Ujie. Saya ikut je, sebab saya pun tak tahu guna juga.

      Delete
  7. wah...bagus betul penerangan Nur tentang Gym...saya terkagum kejap...boleh diteruskan untuk shaping body

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Hanafi lebih terer kot, selalu pergi gym, kan. Tengok ler camana. Buat masa sekarang, saya fokus lari saje lah. Hehe.

      Delete
  8. dulu Ldy selalu g Gym.. tp gym hospital :D.. hihihi..

    ReplyDelete
  9. dulu pernah ada membership gym, depa buat promosi di office, mula2 tu bersemangat, lama2 hanyut...hehe..best ada personal trainer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. wow, syoknya, masuk sama-sama kawan ofis best juga, sebab ada kawan. betul, boleh dapat tunjuk ajar, cara betul workout di gym.

      Delete
  10. Penting sbnrnya strength training ini kak, karena dia membentuk otot yg sangat kita perlukan di saat tua nanti. Supaya tulang dan badan ttp kuat. Cardio bagus juga, apalagi utk jantung, tapi kalo tidak diimbangi dengan workout beban, ditakutkan massa otot jadi berkurang, yg akan ngaruh di saat tua. Jadi better diseimbangkan.

    Saya sendiri balance keduanya. Krn memang tujuan saya utk ttp kuat tulang dan badan di saat tua, sehingga saya akan ttp bisa traveling. Makanya workout beban daya tak skip. Saya sampai beli aneka barbel, kettle bell dan dumbbell dengan variasi berat.bisa sampai 18 kg.setakat ini hanya mampu segitu dulu. Nanti pelan2 nak tambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak setuju dengan penerangan Fanny.
      Kuatnya Fanny, boleh angkat sampai 18kg. Hebat!

      Delete
  11. murahnyaaaaa
    RM5 je
    puas kalau nak berkampung kat sini
    hahaha

    ReplyDelete
  12. berat mesin tu kita boleh ejas ikut kesesuaian ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, ikut kemampuan kita, berat boleh dilaras.

      Delete
  13. sekali sekala ada masa terluang pergi gym pun best , harga rm5 ? eh murahnya

    ReplyDelete
  14. Dulu pernah juga mencoba olah raga di gym, hanya beberapa kali saja, akhirnya balik lagi lari pagi di jalan raya, entah kenapa suasana gi gym membuat saya tidak nyaman.
    Kini lari pagi sudah tidak pernah lagi, jadi beralih ke jalan kaki pagi saja.

    Sehat selalu ya Mbak,

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan kaki pun sudah memadai, Pak. Kita buat yang mana cocok buat kita sendiri. Semoga Pak Asa pun sihat-sihat selalu.

      Delete
  15. murah betul.. mana nk cari gym yg murah mcm ni ciknur. semoga sentiasa sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. meh datang workout sini, meh.
      Semoga Nina pun sentiasa sihat. :)

      Delete
  16. Seronok pergi tak ramai orang. Tapi tulah macam seram pulak nak guna peralatan gym. Risau tak tahu guna camne. hihi...Bagus juga sesekali tukar angin dari berlari je. Tapi sakit sakit dia tu lain macam jugak. Bertabahlah tahan sakit sementara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada arahan cara nak guna setiap mesin tu, Fizah. Kita ikut je. Itulah, sakit badan sehari je la lepas pergi gym hari tu. Tak pernah angkat berat. :)

      Delete