Cerita makan je

 Dah lama saya tak share gambar makanan. Saya sebelum makan, suka ambil gambar dulu. 😁 Ye la, nak simpan rekod, kita makan kat mana, kedai mana sedap, kedai mana kurang sedap, etc. Kalau masak di rumah pun, saya ada juga ambil gambar, kalau ingat la. Marilah kita jamu mata, tengok gambar makanan je. 


Pada 27 Januari lepas, saya ke Nasi Kandar Pantai di Pantai Remis, Perak. Sini yang selalu orang makan, sudah tentulah nasi kandar. Kena beratur, ambil nasi dia. Tapi tak lama tunggu dalam barisan. Laju pekerjanya ceduk lauk. Kita pun kena cakap dulu, nak lauk apa. Yang bungkus pun cakap je masa beratur tu. Dia tolong bungkuskan, kemudian hantar di meja, sementara kita tengah makan. Tapi hari tu, saya tak makan nasi kandar. Suami yang makan. Saya makan pasembor. Ha, membukit juga pasembor dia. Boleh tahan sedap juga la. Kuah tak pedas. Just nice. Ok, next..

Saya ingat kan segitiga putih tu, nasi impit. 

Yang ni, pada 28 Januari 2024. Makan maggi celup di kedai tomyam yang tak pernah pergi. Selalu lalu tengok meriah je kedai tomyam ni. Lampu lawa dan terang. Tapi time kami pergi ni, waktu petang. Sebab lokasi tepi jalan saja, dan memang lalu situ nak balik rumah. Jadi, kami pun singgah la. Gambar maggi celup, tapi maggi tak nampak. Tunggu sat.

Segitiga tu, telur rebus rupanya...

Ini, gambar yang saya sudah gaul kesemuanya. Nama pun kedai tomyam, magginya, dia pakai maggi siam tu ler. Ada kangkung, taugeh, ayam. Di sudah letak perasa tambahan tu, seperti cili flakes dan sebagainya. Cukup rasa pedas. Makan tengah cuaca panas. Berpeluh terus. Orait la rasa dia. 

Seterusnya...


Ini adalah ayam goreng berlada yang saya masak pada 29 Januari lepas. Kalau masak lauk ni, sekejap je habis. Saya tumbuk cili guna lesung je. Tak berapa banyak pulak cili yang ada di rumah. Itu yang kering je tu. Tak berkuah.

Kemudian...


Cer teka, cer teka... yang ini mee goreng kah, atau spagetti?

Hehe.. ini sebenarnya spagetti, tapi saya rebus dulu hingga lembut, kemudian saya goreng macam saya goreng mee. Masak melayu style. Sedikit pedas, anak-anak cakap, tapi habis juga. Spagetti goreng ni, saya masak semasa 30 Januari lepas.


Bawah tomato dalam gambar di atas, ada telur goreng. Ini sarapan saya, pada hari yang sama. Sarapan, makan roti whole wheat bakar. Tengahari, baru saya makan spagetti goreng di atas.

Untuk makan malam, suami ajak lepak di Black Canyon. Lama tak pekena kopi. Sebenarnya, waktu ini, saya sudah 6 hari tak minum air manis. Tiba-tiba terminum kopi. Hahaha... saya memang tak kuat lawan kopi ni. 


Suami pesan Black Canyon Iced Coffee (kiri) sementara saya pesan hot cappuchino. Dia bagi dengan biskut huruf tu, dan segelas kecil jasmin tea tanpa gula.


Makan pula, kami pesan american club sandwich. Share makan dua orang. Dulu-dulu, sandwich dia penuh pinggan dan besar, kan. Tengoklah sandwich dia sekarang, sudah kecut. 🙈 Saya pun baru tahu, sebab dah lama tak datang Black Canyon. 

Cerita makan bulan Januari, saya baru nak up entri hari ni. Sekarang, saya masih minum kopi. Tapi kan, saya sudah boleh minum kopi tanpa gula. Walaupun rasa dia tak sesedap kopi biasa. Haha.. ye la, nak diet. Kenalah korban sikit rasa tu.  

Ok la ye. Sekian perkongsian buat kali ini. Jumpa lagi. 😊

48 comments:

  1. tengok makanan akak btambah tak sabar nak buka puasa...terliur megi celup tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya Afzan, puasa sunat Khamis hari ni, ye. Selamat berbuka puasa. :)

      Delete
  2. Sayapun rajin foto makanan dan simpan dalam galeri, ya suatu waktu butuh untuk postingan blog hehe... nikmat nyaa...😋

    ReplyDelete
  3. koleksi gambar mkann, ok jga kan buat buat entry kat blog. kadang time xda idea, blh jga.
    sedapp semua menu2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kot ada pembaca blog cari tempat makan sedap di tempat kita, boleh juga dapat idea, gitu. :)
      Alhamdulillah, Cik Nor, memang semua sedap-sedap.

      Delete
  4. Ambil gambar makanan tu wajib, sebab nak buat modal cerita dalam blog. hihi...
    Pasemboq dia menggunung betul ye. Boleh makan untuk 2 orang tu. Sedap juga mi celup macam tu. Saya suka kadang goreng ayam berlada kering macam tu. Sedap. Sesekali goreng spaghetti ala kampung pun sedap kan Kak Nur. Rasa macam tak pernah lagi makan di Black Canyon. Nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
  5. Semuanya nampak sedap.
    Lebih2 lagi masa tengah lapar sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul tu, Wak, tengah lapar, semua benda nampak sedap.

      Delete
  6. Saya pun dah suka snap gambar makanan. Kadang lapar sangat, lupa nak snap gambar lagi2 kalau makanan tu sedap. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya pun kadang lupa juga nak ambil gambar dulu, lagi-lagi sebab lapor sangat.

      Delete
  7. Bagus juga buat pos makanan. Boleh tengok balik makanan dan tempat. Kalau singgah semula kedai boleh buat perbandingan persembahan makanan.

    ReplyDelete
  8. Ambil gambar makanan tu macam wajib dah setiap kali nak makan haha...
    Iced coffee latte tu amboi melambai² ahak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Puan Hazel.
      Hehe... memang. Pekena waktu panas, memang nikmat!

      Delete
  9. Ambil gambar makanan tu macam wajib dah setiap kali nak makan haha...
    Iced coffee latte tu amboi melambai² ahak!

    ReplyDelete
  10. Ayam goreng berlada tu mmg cepat habis kalau dimasak dirumah.. lagi2 kalau maniskan sedikit utk kanak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ye la kan, budak-budak, tak makan pedas sangat.

      Delete
  11. Banyak sekali makanan enak, nih. Jadi lapar baca dan lihat foto-fotonya :) Maggi pakai kangkung kayanya nikmat sekali. Roti dengan tomatnya juga segar, dulu pernah jadi makanan andalanku sehabis operasi impaksi gigi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ye, bila ada sayur, jadi lebih berkhasiat, kan.

      Delete
  12. sedp belako makane tu. cuma bila dah masuk 50an ni selera kure doh sikit. make sekodar nok terus kea idup jah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan, Abe Kie. Make bila lapar. Berhenti sebelum kenyang.

      Delete
  13. yummm...yum.... sedap belaka makanan yg dikongsi tu. kdg2 jika makan makanan yg enak atau rare meme sy snap foto...

    ReplyDelete
  14. saya ank ayam goreng tu
    boleh tak
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis sudah. Lain kali saya masak, saya bagi Anies ye.

      Delete
  15. BTW entry pasal makanan
    memang senang nak share
    berbanding yang lain
    heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu jg
      ramai influencer, youtuber, tik toker etc fokus bab2 mknn je
      sbb sng n x yah fikir byk😁

      Delete
  16. Saya pun suka buat mi goreng guna spageti. Sebab tekstur lebih kenyal berbanding mi kuning. Dan lebih senang nak simpan stok spageti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, spagetti lambat expired. Tak macam mi kuning.

      Delete
  17. Makanannya kelihatan enak mirip mirip disini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang ya, makanan Indonesia dan Malaysia.

      Delete
  18. Ayam berlado tu betullah tu macam tu rupanya, tak perlu banyak lada sangat & itulah yg boleh membocoq periuk nasik! Spaghetti goreng, lama tak buat. Nur ni buat sy pun rasa nak mengopi ke BC pulak. Tapi sy ok, jika minum kopi kedai, sy minta aje kopi no sugar cuma kalau kedai mahal, kopi no sugar ni americano kan, rasa tak berbaloi pulak bayar, jadi sy mintaklah latte, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya setuju.
      Hehe.. latte tu sedap, tapi ada rasa lemak lemak. Sila, sila, SK. Sedap kopi BC. Ha ah, americano je boleh request no sugar. Tapi kalau kita beli kopi di costa mesin di stesen minyak, semua jenis kopi kita boleh pilih nak gula atau tak. Hehe.

      Delete
  19. saya juga suka ambil gambar makanan sebelum makan dan jarabg pulak jadikan konten untuk blog....terlepas pandang pulak saya tettang perkara ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Silalah share gambar makanan tu, Encik Hanafi. Lagi-lagi nak bulan puasa, boleh jadi idea nak masak atau makan apa.

      Delete
  20. mmg suka amik gmbr makanan samada yg masak sdiri or pegi mkn restoran..senang nk refer kemudian hari

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Saya suka pasembur, tapi susah nak dpt yg sesuai rasa 😅. Dulu zaman kuliah di Penang ada yg sedap. Porsi pas, tak terlalu manis. Dekat kampus jualan.

    Tapi THN lalu ke Penang, nak coba pasembur, ampuuuun porsi dia macam untuk 5 orang yaaa hahahahah. Tak habis saya dan suami. Lalu rasa bumbu manis sangat bagi lidah saya. Jadi tak terlalu puas.

    Belum pernah pula buat mee goreng dari spaghetti. Nantilah nak coba 😄

    Dulu sebelum nikah suka ngopi BC di bandung. Padahal jakarta ada, ntah kenapa LBH suka di bandung, jauuuh kan 😂. Mungkin Krn suasana kafe yg di bandung lebih seru buat hangout

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pasembor yang kita boleh pilih sendiri, Fanny. Lebih kurang macam yong tau fu. Lain kali, mungkin Fanny boleh cari kedai yang begitu, jadi, kita hanya ambil mana yang kita nak makan sahaja.
      Hehe, sila, sila.
      Ooo.. di Bandung dan Jakarta juga ada Black Canyon rupanya. Baru tahu ni.

      Delete
  23. Unik pulak telur rebusnya berbentuk segitiga ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Macam dia rebus telur tu dalam acuan, gitu.

      Delete