Bercuti di Haven All Suite Resort, Ipoh.

 Sudah lama juga percutian keluarga ni berlaku. Masa saya tidak aktif update blog. Masa saya sibuk lari pagi petang sempena Runliga Malaysia. Tapi saya nak cerita juga la. Buat kenangan. Sebab tempatnya cantik, bagi saya. Tenteram dan aman damai.

Hari Pertama

Pada 26 Ogos 2023, saya dan keluarga telah pergi bercuti di Ipoh. Tak boleh pergi bercuti jauh-jauh, kerana hari Sabtu, anak kedua ada kelas tambahan. Dia SPM tahun ni. 

Lepas saja anak kedua habis kelas hari Sabtu, kami pun bertolaklah ke Ipoh. Saya telah buat tempahan bermalam di the Haven All Suite Resort, Ipoh.

Sampai Ipoh, kami tuju ke Lotus Ipoh Garden dulu. Pergi Sports Direct. Masa tu ler, saya beli kasut lari baru, yang saya pakai untuk Ipoh 7 Bridges Run yang lepas. Anak-anak pun ada beli barang sikit. Kami makan tengahari dulu, nasi kandaq. Hehehe... tak habis-habis nasi kandaq ye. Peminat nasi kandaq, nak buat camne. 

Lepas siap shopping dan peruts sudah kenyang, kami pun tuju ke hotel. Pertama kali kami duduk sini. Macam apartment sebenarnya. Ada 3 blok. 

Kredit foto: The Haven Resort

Sebenarnya, tahun ni, suami saya dapat long service award, yang ke-25 tahun. Itu yang rejeki dapat duduk sini. Alhamdulillah. 

Kredit foto: The Haven Resort

Proses check-in berjalan dengan lancar, walaupun agak ramai beratur menunggu giliran. Sudah bayar online. Kami dapat blok di tengah-tengah, tingkat 21.

Dalam apartment kami, ada 3 bilik, 2 bilik air. Dapur semua lengkap ada mesin basuh, coffee maker, dan penapis air. 

Disebabkan masa kami cuti tu, saya masih dalam Runliga, jadi lepas Asar, saya pun keluar jalan-jalan di luar, untuk kutip mileage. Haha.. orang gila lari, kan. Meh tengok kita explore sekitar resort ini.

Dia ada safety card. Bukan saja untuk masuk bilik (apartment, maksud saya), dari lif pun sama, perlu ada safety card tu, baru boleh tekan butang dalam lif, nak pergi tingkat berapa.

Turun je, belakang, ada swimming pool. Saya tak pernah pergi cuti di tempat ada view gunung macam ni. So, lain macam rasanya. Hari pula agak mendung. Jadi, saya boleh berjalan ikut jogging track yang disediakan. Disebabkan 3 blok tu macam mengepung kawasan resort, jadi kawasan swimming pool tu tak panas, ada orang berenang. Sangat menenangkan, tengok hijau je, pokok-pokok dan gunung. 

Jambatan atas tasik, mengikut jogging track.

Lawa, kan... tak berapa panas. Walaupun saya keluar jalan pukul 5 petang. 

Ada pelantar terapung tengah tasik.

Awan mendung berarak kelabu. Saya agak, cuaca nak hujan. Untungnya siapa ada rumah sini. Pemandangan memang cantik dan menenangkan.

Bukit batu kapur tengah tasik

Sempat 1 loop saya pusing laluan jogging dia, hujan pun turun. Saya naik atas bilik, suami saya tanya, cukup tak kutip mileage? Saya cakap, saya baru dapat 1 km. Luas juga la ye, pusing 1 round laluan jogging dia, boleh dapat 1 km. Tapi kena elak orang la, tak boleh lari sangat, lagi-lagi di kawasan pool. 

Suami saya cakap, awat tak masuk gym? Ha ah yek. Saya lupa, resort ni ada gym. Anak kedua pun ikut saya turun bawah sekali, dia nak check-it-out, gym rupa camana. 

Memang cantik dan lengkap la. Gym terletak di tingkat 1, atas restoran atau dining area resort ni. 

Saya pun apa lagi, petang tu saya lari, cukupkan mileage. Pagi esoknya pun saya lari juga. Meh tengok video saya di gym.


Dalam video tu, boleh dengar bunyi orang lift weight, pastu letak, angkat, letak. Lengkap la, gym dia. Treadmill dia pun best. Stabil je. Treadmill mahal, kan. Treadmill kat rumah saya, murah punya. Lari banyak, dah meletup. Muhahahaha...

Lepas bersenam, naik atas, mandi, salin pakaian, kami pun keluar makan malam di luar. Cari kedai makan dekat-dekat. 

Alamak, muka saya blur pula.

Alhamdulillah. Susah nak dapat berkumpul lengkap satu family macam ni. Anak sulung pula tengah cuti sem. Makan kedai tomyam. Boleh tahan sedap. Dekat area Tambun juga. Bila duduk je, ada orang letak otak-otak atas meja.

Lepas makan, balik hotel. Jalan-jalan kejap, di trek jogging, sebab makan dinner banyak. Boleh tengok lampu malam.

Lampu dari 3 blok apartment di belakang.

Jalan waktu malam, dengar bunyi katak, bunyi cengkerik. Baru lepas hujan, kan, petang tadi.

Selfie depan dinasour, waktu malam.

Susah nak ambil gambar steady atas pelantar terapung ni. 

Sebab pelantar tu bergoyang-goyang. Silap-silap boleh mabuk laut ni. Eh, laut pulak, mabuk tasik.

Ha, ni ok sikit kot gambarnya. Tapi muka orang belakang blur pulak.

Habis jalan satu pusingan, teringat yang kami belum claim welcome drinks. Ada kupon welcome drinks, tau, diberi masa check-in tadi. Tapi sebab ramai orang, kami naik terus, tak ke tempat dining. Kami pergi la claim minuman selamat datang.

Bukan juice yang ada payung kecik, tau. Tapi minuman herba, campuran kunyit, halia, serai, lagi apa yek, saya lupa. Bagi saya, memang sedap dan menyegarkan! Tapi bagi anak-anak, rasa sikit, bluek, tak sedap, katanya. ๐Ÿ˜ Mama la yang habiskan.

Malam tu, tidur lena. Pengsan kepenatan. 

Hari Kedua

Lepas subuh, saya sudah keluar berjalan-jalan kutip mileage. Gym dibuka pukul 7 pagi. Saya pun terus masuk gym. Anak kedua dan suami join saya, tak berapa lama kemudian. 

Saya baru tahu etika penggunaan gym. Walaupun tiada orang yang menjaga, atau suruh, tapi sebaiknya, lepas kita guna satu-satu peralatan tu, sudah habis guna, sudah mau balik, ambil kain pengelap dan cecair pencuci yang disediakan di front desk, lap lah bersih-bersih. Sebab tadi guna, peluh kita merecik habis, kena treadmill. Lap, ye. Nanti orang lain pulak nak guna.

Macam lepas kita makan di fastfood, takde orang suruh, kita kemas dan lap meja kan, macam tu la kat dalam gym juga. Ok. Hehe.. saya baru tahu ni.

Lepas bersenam dapat 10 km, naik atas, mandi, salin pakaian. Tapi pakai pakaian semalam juga, tak busuk, backpackers, kan, mana bawa baju banyak. Baju bersenam bawa 2 helai, baju jalan bawa satu jer. Kikiki...

Pemandangan dari balkoni adalah bukit yang menghijau serta tasik. Pemandangan di depan pun ada bukit juga. Juga kelihatan kawasan perumahan berhampiran.

Belakang saya tu, pemandangan hadapan resort.

Apa lagi, jom la pergi sarapan. Sampai pukul 10 pagi je. Buffet sarapan hotel sangat meriah ye. Macam-macam ada. Ada nasi lemak, bihun, kuetiau (saya suka ni, sedap, ada rasa hangit sikit, macam hawker tepi jalan yang masak), mee, spagetti, makaroni, stesen telur yang kita boleh request masak telur macam-macam jenis, cereal, roti bakar buat sendiri, standard la macam hotel biasa pergi ye. Oh, ada stesen mi/bihun/kuetiau celup, atau kari atau sup. Roti dan hasil bakeri pelbagai jenis ada.

Kopi, teh, jus, minuman pelbagai jenis. Banyak dan meriah, ok..... Ada 2 tempat dining area, luar dan dalam, sangat luas. Ada aircond, ada tempat open, ikut suka mana nak duduk. 

Tengah sedap-sedap makan, nampak artis, you! AC Mizal satu keluarga. Pun makan situ. Saya nampak masa AC sedang ambil kopi, dekat dengan meja kami. Wife dia memang orang Ipoh, tak silap, kan. Wahh... Shah Alam, peace yo!!!

Berapa banyak kali round makan tak tahu la. Sampai masa sarapan habis baru kami bangun. Lepas tu, dah gendut. Jom la, kita jalan ikut trek jogging lagi sekali.

Gambar waktu siang barulah nampak muka sorang-sorang dengan jelas.

Kenangan depan 3 blok.



Memang best la lalu ikut trek jogging ni. Banyak pokok-pokok.

Laluan pun agak luas. 

Nak juga ambil gambar depan dinasour, waktu siang pula.

Ada orang buat wedding pula hari Ahad tu. Nice, garden wedding. Sweet je, tengok. 

Lepas tu, kami naik atas, kemas-kemas barang, bersedia untuk check-out.

Kenangan, gambar dari balkoni. Bilik tingkat 21.

Selamat sudah percutian keluarga kami, 2 hari 1 malam di the Haven, Ipoh. Alhamdulillah. Banyak gambar keluarga je, yang saya ambil. Gambar hotel iaitu apartment kami, saya lupa nak ambil. Tapi memang luas la ye. Puas hati. Gambar makanan masa buffet sarapan pun saya boleh lupa nak ambil. Memang enjoy makan, tak pandang kiri kanan, lepas satu, satu. Mungkin juga sebab kalau pergi mana-mana, anak lagi 2 orang jarang nak ikut, jadi bila cukup korum kali ni, itu yang saya ambil gambar family je. Seronok, dapat lari sekejap dari rutin harian. Sebab rumah kami dekat laut, jadi bila jumpa pemandangan bukit dan pokok-pokok yang menghijau, memang hilang segala tekanan dan rasa sejuk perasaan dan suasana. Alhamdulillah. 

Itu je la cerita saya buat kali ni.

Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ˜Š

18 comments:

  1. Cantik tempatnya.
    Nasib baik anak-anak hendak ikut jalan keliling trek. Nampak gembira semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Saya tak tahu ada tempat macam ni, kat Ipoh. Dia punya bentuk buka bumi, ada banyak bukit batu kapur. Alhamdulillah, memang happy dapat pergi bercuti 2 hari, 1 malam.

      Delete
  2. Asiiik bisa libur sejenak..tetap ya walaupun libur olah raga gak pernah ketinggalan๐Ÿ˜€, tempat nya bagus.. lampu "malam juga cantik dari kejauhan....saya baru tau ternyata alat"habis nge-gym harus di lap yaa..soalnya ga pernah pergi nge gym hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. lari tu sudah jadi kemestian bagi saya, Mreneyoo. Kalau tak lari, kakinya rasa gatal gitu. :D
      Saya pun baru pertama kali masuk gym. Sebab hari hujan, ngak bisa lari di luar.

      Delete
  3. Kebetulan, saya sedang berada di Ipoh sekarang ni ๐Ÿ˜. Tadi petang keluar, dapat menikmati suasana senja yang cantik di Ipoh sebab banyak bukit batu kapur.

    Cantik sungguh tempat penginapan Nur ni. Best jalan di jambatan atas tasik tu.

    Saya belum pernah gunakan gym ๐Ÿคญ
    Tak tau pasal etika gym.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Ujie. Suka pula saya area Tambun tu, banyak bukit batu kapur. Saya sendiri tak habis explore lagi Ipoh. Nama je orang Perak. Huhu..
      Memang cantik, Ujie. Ada satu lagi hotel, Banjaran Hotspring, area situ juga. Tapi situ lagi mahal. Tapi the Haven pun sudah cukup lawa. Puas hati.
      Saya pun baru tahu, Ujie. Pertama kali masuk gym. :D

      Delete
  4. comel mama sorang princess...dikelilingi bodyguards

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. bosan juga kadang-kadang tu, Afzan. Kita sorang perempuan, takde geng yang boleh shopping sama-sama barang pompuan.

      Delete
  5. Seronok tengok Nur sekeluarga bercuti, biasa nampak berdua aje. Haven ni antara wishlist sy masa Iman belajar di Ipoh tapi tak kesampaian sampai ke sudah ๐Ÿคญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la SK pi, cantik tempatnya, kalau turun ke Ipoh.

      Delete
  6. Panjang juga ceritanya...semua anak hensem belaka hehehehe...kisah di gym paling suka saya baca sebab passion saya ada dekat situ...semoga dpt cuit bersama keluarga selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. gym dia cantik, Encik Hanafi. Ada water cooler, untuk yang tak bawa air. Lega dapat pekena air sejuk lepas bersenam.
      Amin. Terima kasih, Encik Hanafi.

      Delete
  7. Menarik tempatnya, so far tak tahu nak ke mana kalau ke Ipoh. Mungkin tempat ni boleh jadi tempat persinggahan satu masa nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, Encik Faizal. Boleh juga stay di tengah-tengah bandar Ipoh. Sebab banyak tempat boleh dilawati, dengan berjalan kaki. Contoh kalau stay di hotel Cititel Express, boleh jalan kaki ke nasi ganja, atau ke Concubine Lane.

      Delete
  8. Saya pun sama kayak akak, kalo di hari itu makan lebih banyak, artinya workout pun saya tambah waktunya ๐Ÿ˜„.

    Memang begitu etika di gym manapun. Terkadang suka kesal kalo ada orang guna ntah itu barbel, yoga mat atau alat apapun di gym, tapi tak letak balik. Apalagi disuruh lap keringat yg menetes di treadmill. Walo mungkin ada orang yg kerjanya membereskan itu semua, tetaplah kita hrs bereskan sendiri sebisa mungkin. Saya pun jadi paham hal begini sejak jadi member gym di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar balance kan, Fanny. :)
      Fanny sudah biasa ke gym ya. Susah juga kalau ada orang tak bersihkan kembali alat yang digunakan. Seharusnya, kita harus sama-sama jaga, gitu.

      Delete
  9. dah lama simpan angan2 nak bercuti kat sini since member penah ke sini ms mula2 tmpt ni buka...

    ReplyDelete