Progress baik

 Cuaca panas sangat. Nak buat kerja belakang rumah pun malas. Kalau start kerja, mesti berpeluh-peluh punyalah. Lepas tu, kena mandi. Saya ada cakap hari tu, saya ada projek rumah hijau. Nak tanam pokok belakang rumah. Belakang rumah ni, ada kawasan ber-awning dan ada pintu. Jadi, kucing tak boleh masuk. Walaupun ada awning, ada kawasan terang sebab ada bumbung skylight. Dulu masa projek saya tanam sayur luar rumah, di sinilah tapak semaian saya. Menyemai biji benih. Di belakang rumah juga, ada banyak barang lama, yang sudah reput, yang berhabuk, yang sudah tidak digunakan lagi. Rak-rak buku semua sudah reput dan menunggu nak tumbang. Rak buku yang dibuat dari kayu, bila mereput, habuk-habuk kayu tu keluar. Jadi, itulah kerja saya semenjak saya tak update blog. Saya kemas kawasan barang-barang lama tu, supaya kawasan rumah hijau saya menjadi lebih besar. Setakat ini, masih belum siap. Ada lebih kurang 30% lagi kerja-kerja pembersihan kena buat. Lagi pun, sejak kucing rumah jumpa Cik T hari tu, masa itu lah saya terfikir tiba masa untuk mengemas. Bukan seekor, tau. Esoknya, ada lagi jumpa Cik T. 

Cik T masuk perangkap yang suami pasang.

Itu la. Nampak macam cencurut pun ada. Muncungnya panjang tu. Rumah saya pula dekat kawasan paya bakau. Jadi, bila ada tikus, takut 'benda menjalar' tu masuk rumah la. Macam dulu, pernah masuk sekali. Huhuhu... sebelum semua tu berlaku, lebih baik saya clearkan segala harta karun di belakang. 

Saya rasa sangat seronok pula bila dapat bercucuk tanam ni. Ada banyak biji benih beli dulu. Kita cuba je la, ye. Kita tanam apa yang kita nak makan. 

Baru semai biji benih.

Buat permulaan, saya semai biji benih kacang panjang, kacang botol, tembikai dan cili padi.

Selang beberapa hari, sudah mula bercambah keluar.

Kacang panjang mula tumbuh.

Jujurnya, saya tak pasti ini pokok kacang panjang atau kacang buncis. Sebab suami saya yang bawa balik benih dari ofis dia, dia ambil dari orang landskap. Ler... saya rasa, betul dah kacang panjang. Tapi suami saya cakap, kacang dia tak berapa panjang. Eeeee.... bertuah betul laki aku ni... pakai ambik je, bukan nak tanya detail kat orang tu, pokok apa. Kacang panjang pun tak kenal. Sebab dia bawa balik kacang yang sudah kecut. Orang landskap tu, biar saja kacang tua di pokok, untuk dijadikan benih. Suami saya minta sikit. Takpe la, kacang panjang ke, kacang pendek ke, boleh je, makan. 

Makin tinggi dia..

Kena rajin siram la, benih-benih yang disemai. Sebab kawasan belakang rumah agak panas, bumbung zink kan. Aduh.. cepat je tanah yang kita siram jadi kering. Tapi sini je la tempat selamat untuk bercucuk-tanam. Kalau kat luar, ada ancaman dari kera liar dan anak bulus. Nak kena menuntut ilmu dengan Wak Warisan Tani. Rumah Wak pun ada banyak kucing comel-comel, dia tak kacau pokok-pokok dalam kawasan rumah Wak ke? Kucing saya, terutama si Sasa (seekor je jantan, oyen warnanya) memang galak. Kejap dia panjat pokok sakura malaysia, kejap dia lepak atas tembok. Memang tempat dia berlarian la, di halaman rumah.

Makin melendut cari cahaya matahari

Bila anak pokok tu sudah tinggi macam tu, barulah saya transfer ke pasu. Setakat entri ini ditulis, sudah ada 5 pasu anak pokok kacang panjang yang sedang membesar. Alhamdulillah. 

Orait. Sampai sini saja saya dapat kongsikan. Saya akan cuba untuk blogwalking ke rumah kawan-kawan slow-slow, ye, bila free.

Jumpa lagi. Selamat bercuti. Hari ni, Tahun Baru Cina. 😊

38 comments:

  1. sy pun baru mencabut segala pokok2 yg menjalar atas pagar belakang rumah tu. byk sgt yg menjalar sampai kena sambung esok plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Selamat membersihkan belakang rumah ya, Abe Kie.

      Delete
  2. Kalau masih ada halaman belakang rumah,memang enak buat bercocok tanam, lahan rumah saya yg tak seberapa sudah habis, moga terus tumbuh dan bertunas kacang panjang nya

    ReplyDelete
  3. Orang yang berbudi pada tanah akan dapat hasilnya...semoga kekal istiqamah ya

    ReplyDelete
  4. Kacang tak berapa panjang 🤭
    Agaknya kacang boncis kot, Nur 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, tak. Confirm kacang panjang, SK. Hehe..

      Delete
  5. Macam besar halaman belakang rumah Puan Nur.
    Hehe tersusun siap ada nama benih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la, NA. Kalau nak tambah bilik. Tapi tak jadi, sebab tak cukup bajet. Jadi ruang belakang tu cuma ada simen dan awning. Bertutup.
      Ha ah. Kena tulis, sebab kadang lupa kita tanam biji benih apa.

      Delete
  6. Oh kalau dah Oyen tu mesti aje hal dia buat hihi...
    Skrg kacang panjang pun ada jenis pendek² Pn Nur... Tak sabar pulak sy nak tengok hasilnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.... hehe...
      Bila sudah keluarkan hasil, saya akan share. Insya-Allah. :)

      Delete
  7. wahh rajin cik T jalan2 masa cuti raya cina nih erk., hehe

    ReplyDelete
  8. semoga tanaman akan cepat membesar dan boleh tuai hasil yang kita tanam

    ReplyDelete
  9. Tertanya-tanya cencorot/tikus itu dibuat apa? Bagi pada kucing atau lepaskan dalam paya bakau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang masuk dalam sangkar, kami biar dia saje dalam tu. Tak lama, dia pun mati. Bila mati, tanam.

      Delete
  10. seronoknya.. boleh luaskan tempat bercucuk tanam..

    ciktie mmg suka duduk di rumah2.. kite kene bela kucing banyak2.. bila ada kucing, lipas pun dia bedal.. :D

    ReplyDelete
  11. seronoknya ciknur ada kawasan utk bt cucuk tanam. nk beli sayur skrg ni pun mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ada lah ruang sikit. Betul, mana kita boleh jimat, kita buat lah mana mampu.

      Delete
  12. ishh ishh ishh cencurut! waahhhh progress menanam akak besnyaa!

    ReplyDelete
  13. nampaknya kena upah kucing pekerja ni
    baru mggu lps sy tgk vid
    kilang pengedaran biji benih kat US
    upah kucing utk jaga kilang
    supaya boleh tangkap tikus, cencurut etc
    dan ternyata berjaya
    dan dpt kurangkan haiwan perosak tu
    then owner decide utk tambah lg kucing pekerja
    utk jd kilang blkg pula...

    ReplyDelete
  14. so kiranya nanti raya dah boleh kutip hasil ke?
    hehehe
    dah ada daa lauk utk pagi raya
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok la camne, Anies. Saya pun tak pasti, bila boleh kutip hasil. Mudah-mudahan. Amin...

      Delete
  15. nak tau x...Pak Zain tanam kacang botor..dah merimbun tapi tak berbuah2, dah 2 kali tanam masih sama..x tau la apa masalahnya

    ReplyDelete
  16. Saya ingat zaman masih di Aceh, rumah besar dan ada kebun di belakang. Biasanya oleh gardener di tanami buah2an dan sayur. Jadi sekali saya nak tanam semangka. Saya siram sesuai arahan gardener saya. Dan saat tumbuh, senaaaang sangat rasanya 💃😄😄. Walopun buahnya tak bisa membesar, tak tau kenapa, jadi seukuran jeruk Bali saja, tapi pas dibelah maniis sangat.

    Memang beda menikmati tanaman hasil usaha sendiri kan 😄. Semoga tumbuhan kakak nanti tumbuh sehat dan besar semua

    Memang lah tumpukan barang kalo bisa kurangi. Sayapun takut menumpuk barang Krn kuatir tikus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah tembikai yang kecil tu lebih sedap, Fanny.
      Terima kasih, Fanny.
      Iya, harus dibersihkan supaya tidak jadi sarang binatang perosak.

      Delete
  17. wahh...tembikai tu tak sabar nak tengok pokok & hasilnya...gambatte!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tembikai belum tumbuh lagi, kak. Saya syak, biji benih dah tak boleh pakai/lama. Nanti saya cuba cari benih baru. Mekasih, kak.

      Delete
  18. Saya pun perasan macam cencurut. Ada hikmahnya dia muncul tu. Bolehlah kemas dan buat projek tanaman. Semoga berhasil semuanya kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fizah. Selamat sudah mengemas, Fizah. Sekarang bercucuk tanam je.

      Delete