Jogging dan sarapan Dungun

 Gigih lepas subuh, sarung kasut lari. Suami teman.


Pergi ke Pantai Teluk Lipat. Tak jauh pun, bersebelahan saja dari Pantai Sura yang saya lari semalam.

Cuaca gelap lagi. Matahari belum naik.


Dekat sini, ada laluan khas jogging. Asing dari jalanraya. Ada pokok rhu. Bila angin bertiup, bunyi pokok rhu. Wuuu... Wuu.. 😁


Bagusnya, saya suka. Angin sejuk bertiup. Sampai semput saya. Tak bawa pula pam inhaler. Nasib baik mak saya dah takde. Kalau mak saya ada, mesti dia kata, "Buffalo! Dah tua tapi tak reti jaga diri." 😁 Takpe. Bila wheezing, saya jalan. Bila sudah ok, saya lari.

Suami tinggal saya, dia pi cari nasi dagang, sementara saya terus jogging slow-slow.


Kenangan, ambil gambar dengan ♥️Dungun. Hari Jumaat, Terengganu cuti. Bila mula cerah, makin ramai orang datang beriadah.


Saya sambung lari sampai ke Pantai Sura. Cantik, kan. Langit mendung. Matahari malu-malu nak keluar. Lain laut sini, sebab Laut China Selatan. Angin kuat. Tempat saya di Lumut tu, Selat Melaka, angin pun tak ada bila lari waktu pagi.

Alhamdulillah. Suka saya, dapat berlarian di sini. Saya kira, kalau saya teruskan sampai hujung nun lepas Uitm, boleh dapat 10 kilometer. Tapi suami saya sudah beli nasi, dia ambil saya tepi jalan.


Dapatlah 7.3 kilometer, berlarian di Kuala Dungun yang cantik. 


Kami balik makan di hotel. Hotel ada sediakan sarapan dan minuman. Kami ambil bilik family, jadi boleh ambil 4 nasi lemak, dan kopi serta teh panas free flow, sementara stok masih ada. 


Saya makan nasi dagang yang suami beli. Dah makan baru ingat nak ambil gambar. Makan di meja kerusi batu yang disediakan di halaman depan hotel.


Anak sulung makan nasi lemak sambal ikan tongkol. Kat Terengganu je jumpa ni, tau. Kat Perak takde jual nasi lemak sambal ikan tongkol. Tengok la anak makan camane, letak sambal sikit-sikit. Jenis tak tahan pedas.


Ini nasi minyak, suami makan. 

Nasi lemak ikan tongkol tu, ada lagi 3, bawa bekal, makan dalam perjalanan balik Perak nanti.


Kucing hotel, datang nak manja waktu saya nak tanggal kasut lari. Cian dia kurus je. Tapi ekor kembang. Tadi masa makan, bagi dia ayam sikit, tu ikut sampai depan bilik.

Alhamdulillah. Hotel NDE pun selesa. Kali ketiga duduk hotel ni. Ada rain shower, puas mandi. Air panas pun ada. Bilik family pun besor. 

Saya taip ni, dalam kereta. Jalan dulu ya, bumi Terengganu. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. 😊

41 comments:

  1. lumut panas...walaupun duk sebelah laut...hihihi..

    ReplyDelete
  2. di terengganu boleh makan nasi minyak hari-hari..tempat lain kena tunggu kenduri...

    ReplyDelete
  3. datang ganu wajib makan nasi dagang...
    hehehe

    ReplyDelete
  4. aada jumpa bloggere salbiah tak?
    dia pun ada dtg dungun tu
    jumpa suami dia
    hehehehe

    ReplyDelete
  5. Nasi lemak ikan tongkol itu hotel bagi ke atau dibeli?
    Bersemangat lari lepas Subuh. Bagus suami teman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel bagi, NA. Harha penginapan termasuk sarapan.
      Ha ah. Alhamdulillah.

      Delete
  6. Suami Nur mesti peminat Nasi Minyak macam suami kita 🤭. Dekat JB ni pun lambat cerah, agaknya pasal masuk subuh pun dah 6+ kan.

    ReplyDelete
  7. Kalau dah suka berlari, kat mana-mana pun semangat berlari 💪🏼

    Kira muda lagi Nur sebab boleh menaip panjang-panjang dengan keadaan kereta bergerak. Saya tak boleh, pening 😵‍💫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paksa diri juga ni, Ujie. Sebab nak makan banyak.
      Dulu saya pun tak boleh juga. Entah sekarang dah boleh. Tapi tak boleh lama² la.

      Delete
  8. Pantai Sura yg menggamit memori utk sy datang lagi biar pun kak long sy dah meninggal Jun lps. Rumah arwah di Sura Tengah tu je. Dekat dgn kubur. Suka pemandangan di sini biarpun selalu jem. Kereta byk sepanjang laluan pantai hingga ke UiTM tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dekat situ je rumah arwah, ye, Abe Kie. Alfatihah untuk arwah kaklong Abe Kie. Ha ah, banyak kereta. Itu yang saya lari lawan arus, supaya boleh nampak kereta/motor laju.

      Delete
  9. akak pergi tak dekat pokok rhu banyak2 yg ldy letak kat blog ldy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak. Tapi tak masuk dalam bawah pokok. Lalu je, ikut jalanraya.

      Delete
  10. Eh macam sama location dengan blogger Sal je...bila la SA nak sampai kat sini ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke. Hehe.. cuti, cuti, boleh lah datang Terengganu, SA. Honeymoon. :)

      Delete
  11. kalau dah minat lari...mana-mana pergi pun akan berlari juga hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya cuba. Kalau tak lari, kaki ni rasa gatal je, Encik Hanafi.

      Delete
  12. Baguslah Nur, mana2 pun tak tinggal rutin berlari ye...
    Sy suka ikan aye samada gulai atau sambal, lagi2 airtangan orang Pantai Timur..
    Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak lari, boleh meroyan saya, Puan Hazel.
      Betul, betul, saya setuju. Kita masak, tak sama macam orang pantai timur masak.

      Delete
  13. Tolong catnap oyen tu untuk uncle! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tak leh, nanti dia nangis kang, tinggal tuan dia.

      Delete
  14. Comelnya mak! Masal jadi buffalo XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... itu cara arwah mak akak nak marah anak-anak dia dulu.

      Delete
  15. Habis lari,makan,habis tu lari lagi bakar lemak haha...wah ngetik nya di kereta/mobil..gak goyang " ?😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, Mreneyoo. Ok je, taip guna handphone dalam kereta. Tapi, tak boleh lama sangat la. :D

      Delete
  16. waaahhh pokok rhu! sukanya view mcm ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, akak pun suka, Ana. Rasa aman damai tengok pokok rhu ditiup angin.

      Delete
  17. Masih gelap lagi laluan di pokok rhu tu bila tengok gambar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, masa tu, matahari belum keluar lagi, Mrs. A.

      Delete
  18. Bestnya berlari ada laluan khas. Taklah risau pasal keselamatan. Pulak tu ditemani angin dan sejuk je pagi-pagi.

    Datang Terengganu tak sah kalau tak sarapan nasi dagang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Fizah. Akak suka dengan majlis daerah dungun tu. Dia orang buat kemudahan untuk orang awam beriadah di tepi pantai. Cantik.
      Iya, betul. Nasi dagang sana, lain rasanya.

      Delete
  19. Asik juga ya Mbak berlari sepanjang pantai. Itu ada lintasan buat lari atau jogging ya Mbak. Rapi sekali jalan nya.
    Itu kucing manja sekali. Tapi kasian ya badannya kurus...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Pak. Iya, baru dibina laluan jogging, Pak Asa. Bagus sekali pihak berkuasa tempatan.
      Iya la, tak cukup makan, agaknya.

      Delete
  20. Makanan di sana pun nampaknya memang sedap yaa kak 😍😍. Jogging track nya kalo masih gelap agak seram 😅. Rasanya tak berani kalo saya brisk walk sendiri hahahahah. Hrs ajak suami ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Fanny.
      Ye, harus ditemani suami jika masih gelap. Lebih selamat.

      Delete