Pergi Dungun

 Pagi tadi bangun awal pagi, untuk pack barang. Nak pergi Dungun, ambil anak yang baru habis exam. 


Saya guna pill storage box, yang dapat dari giveaway blog Cie. Kalau tak, bila travel, saya bawa ubat berkeping-keping. 

Perjalanan pergi Dungun bersama suami, ambil masa lebih kurang 8 jam. Berhenti isi minyak, makan tengahari dan toilet break beberapa kali.

Sampai saja, terus pergi Uitm Dungun, ambil anak sulung. 

Lepas tu, check-in hotel NDE. Lepas Asar, keluar jogging. Walaupun sudah beberapa kali sampai Terengganu, tapi ini pertama kali cuba berlari di sini.


Tepi pantai Sura tu, di Kuala Dungun, angin bertiup kuat. Kena lari sambil pegang tudung. 


Video tepi laut Pantai Sura.

Ada laluan basikal di sepanjang jalanraya. Saya lari di laluan basikal itu la.


Cuaca agak panas, tapi berangin.


Suami teman sekejap. Lepas tu, dia balik hotel, amik anak sulung. Plan nak pi pasar malam.


Banyak tu je la, sempat lari. 34 minit larian, sejauh 3.5 kilometer. Itu pun, saya dah semput.

Pergi pasar malam. Beli murtabak, nasi goreng pattaya ayam black pepper, hati ayam goreng, kulit ayam goreng, roti john, sate, keropok lekor terengganu dan satar goreng. Sedap betul keropok lekor dan satar goreng. 😋 Tak ambil gambar pun. Sibuk fokus makan. Makan dalam bilik hotel.

Alhamdulillah. Kalau rajin esok, pergi jogging pagi. Kalau tak rajin, pergi makan nasi dagang. Hehe...

Jumpa lagi. 😊

26 comments:

  1. Seronok ke Ganu, makanan sedap & murah 🤩
    Laju PN lari, 30+ minit 3+ km 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul.
      Tak sengaja. Terlaju sebab panas. Masa tak banyak, nak pi pasor malam, Puan Hazel.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Rezeki anak2 sekarang, ibu ayah dapat ambil dan jemput... Rindu angin terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah budak bertuah. Kita dulu, tak merasa.

      Delete
  3. Esok lari dulu kemudian makan Nasi Dagang. Salute ngan Nur, ke mana pun jalan² tetap berlari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ikut cakap SK. Lari dulu, nasi dagang kemudian. 😁
      Kena paksa diri, SK. Sebab nak makan banyak.

      Delete
  4. Lari sambil ambil angin Pantai Sura.
    Seronok pengalaman baru dengan pergi pasar malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, NA. Ha ah. Pasar malam dia menarik. Macam² ada, NA.

      Delete
  5. sini memang angin kuat kak.. tempat ldy belajar dulu tu.. sura :D.. pantai sura byk sampah hanyut dibawa ombak laut.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, ya, ya. Biasa tu, mana² pantai ada sampah.

      Delete
  6. bestnya, berlari ditepian pantai....satar goreng belum pernah rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kak. Syok, angin kuat. Saya pun pertama kali cuba sata goreng. Rasa macam otak² goreng, lebih kurang.

      Delete
  7. amboiii
    byk betul memborong
    kat pasar malam tu
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Beli barang yang tak jumpa kat pasar malam sini.

      Delete
  8. lengang je
    mana org dungun ni?
    peergi beraya ke?
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang. Cuma tak crowded. Tengah panas tu. Kat pasar malam ramai orang, Anies.

      Delete
  9. Kotak hadiah ada gunanya juga,seru lari"di pinggir pantai 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memudahkan bawa ubat masa travelling.
      Iya. Angin kuat. 👍

      Delete
  10. Bestnya healing tepi pantai..idaman SA tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, SA. Ambil cuti, rehat sekejap dari kerja seharian. Bawa orang tua sekali. :)

      Delete
  11. selamat travel dan jalan-jalan di Ganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi. Dah balik Perak dah pun. :D

      Delete
  12. Berlari tetap berlari kan kak. Tambah best bila berlari tepi pantai ni. Semangat lain macam. Jauh jugaklah berlari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebab tempat baru, jadi kita teruja nak berlari, nak rasa suasana tempat orang. Dapatlah juga, Fizah. Kena laju sebab masa suntuk.

      Delete
  13. Kakak ada tulis ttg hotelnya? Saya Juli nak ke Malaysia. Pengen agak lama, Krn nak eksplor bbrp kota. Terengganu memang ada dlm list saya Krn pengen cari KEROPOK lekor khas sana yg paling sedap 🤣😄😄. Nih laah lagi cari2 hotel yg bagus juga di sana. Belum tahu mau berapa kota, tapi rasanya Terengganu wajib saya datangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tulis dulu, just briefly. Boleh refer entri berikut:
      https://kaitdanlari.blogspot.com/2023/03/hantar-anak-balik-dungun.html
      Iya, Fanny. Keropok lekor Terengganu the best! Rasa fresh ikan. Tak seperti keropok lekor negeri lain, Fanny. Must try!
      Jika ke Dungun, ada banyak hotel sepanjang pantai. Pilih saja, ikut citarasa Fanny.

      Delete