Cerita 23 Januari

Nikmat makan sedap. Syukur Alhamdulillah, atas rezeki Tuhan bagi. 

Pulut kuning dan rendang ayam

Pulut kuning bersama rendang ayam ini, saya beli buat sarapan pada 23 Januari 2024 yang lepas. Harga RM5. Di Bukit Permata, ada satu tempat jual sarapan yang ada pelbagai lauk dan makanan siap bungkus. Sebab dah lama tak makan pulut kuning, saya beli lah, nak merasa. Bila makan pulut kuning, saya akan rasa macam hari raya. Sebab bila malam raya, arwah emak akan rendam pulut dengan serbuk kunyit dalam periuk kukus. Sebelum arwah Mama pergi, Ma sempat ajar saya masak pulut. Lepas Ma dah takde, saya ada buat sekali sahaja pulut kuning. Lepas tu, saya tak buat dah. Sebab yang makan cuma saya adik-beradik. Suami dan anak-anak saya kurang minat makan pulut kuning. 


Pada malam hari yang sama, tiba-tiba blackout. Saya ingat ke, rumah saya je tak ada elektrik. Rupanya, satu lorong bergelap. Saya baru je terlelap di sofa, lepas maghrib, biasanya akan tengok tv, tapi end-up tv yang tengok saya. Cari lilin yang sudah berhabuk di almari belakang. Pasang banyak-banyak. Sebab suami tak ada, dia kerja shif malam. Saya dengan anak-anak je. Siapa dulu masa kecik-kecik, suka main bayang-bayang guna cahaya lilin? Hehe... lepas tu, main mancis. Tiup lilin, pasang semula lilin. Main dengan air lilin yang panas tu. Tak lama pun malam tu. Tak sampai satu jam, sudah ada elektrik semula. Lega. Nasib baik malam tu, cuaca tak berapa panas.

Sebelum saya akhiri entri ni, saya nak share penghibur saya di rumah. Siapa lagi, anak bulu ler.. 


Video Oyen main dengan selipar. 

Saya ingat, saya cuti sekejap dari blog, boleh tak? Saya ada kerja offline yang saya nak siapkan. Projek rumah hijau. Kalau mampu, saya nak declutter beberapa benda di belakang rumah. Saya sudah pun siapkan lebih kurang 50 peratus. Tapi biasalah, rumah peninggalan orang tua, banyak harta karun. Saya fikir sebelum start bulan puasa lah, saya boleh buat. Saya bercucuk tanam belakang rumah saja. Sebelum ni, saya pernah tanam sayur di luar rumah, tapi ada ancaman dari kera liar dan anak bulu sendiri, yang galak dengan pokok saya, sampai tumbang-tumbang. Itulah yang saya rancang untuk bercucuk tanam di dalam rumah saja. Hehe. Kalau saya ada masa free, saya update blog, ya. Lepas tu, ada nak buat kajian sikit, perlu buat research mendalam tentang projek masa depan. 

Harap anda yang sedang baca ni, berada dalam keadaan ceria-ceria dan sihat sentiasa. 

Jumpa lagi, Insya-Allah. 😊

39 comments:

  1. Almarhumah ibu sayapun semasa hidup selalu buat pulut/ ketan lapis, biasanya dua hari sebelum hari raya sudah mulai sibuk....wah ada proyek baru ya sis...semoga lancar ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu. Pasti mreneyoo rindu masakan arwah ibu.
      Baru dalam fasa research, Mreneyoo. Hehe.. makasih, ya.

      Delete
  2. Semoga projek bertaninya berjalan lancar

    ReplyDelete
  3. Semoga semua urusan berjalan lancar ye Pn Nur 🤲
    Janganlah cuti, keep on blogging ur new project...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong, cuti blogging Nur tak diluluskan ya 🤣🤣🤣

      Delete
    2. Terima kasih, Puan Hazel.
      Baiklah. Saya cuba, Insya-Allah. Huggsss..
      To SK, hehehe....

      Delete
  4. Amboiii.. Oyennnn.. bam² betul ya, tak slim macam tuannya. Sedap pulut kuning, sy belajar masak pulut kuning dan masakan lain dari pemerhatian. Kari aje yg mak sy ajar masak, yg lain semua sy tengok aje sbb mak sy kuat berleter, hahaha. Semoga dipermudahkan urusan Nur ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oyen tu sedap makan wetfood setiap hari. Itu pasal dia gumukss... :D
      Terima kasih, SK.

      Delete
  5. sedapnya pulut kuning & rendang...bagus, manfaatkan kawasan lapang yg ada dgn bercucuk tanam...chaiyokkk..

    ReplyDelete
  6. ala akak nanti rindu macam mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cuti, Afzan. Cuma kurang update. Hehe..

      Delete
  7. Nasib la baca sebelum komen.. kalauntak mesti tanya nape makan maggi keras mcm tu hahahaha .. pulut kuning rupanya hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. rupanya nampak macam maggi itu pulut. :D

      Delete
  8. abah Ana pun feveret pulut kuning.. sipbaik ada lagi lilin walau dah lama tak guna hehe..

    wahhhh ada projek rumah hijau ye? moga dipermudah urusan akak.. nti lapang2 update share lah ye hehe

    ReplyDelete
  9. lamanyaaa tak makan pulut kuning rendang ayam
    selalu jumpa rendang daging
    tapi rasa mcm kari
    bkn rendang
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni rasa rendang dia, meletups, Anies. Rasa macam hari raya.

      Delete
  10. ko dah kenapa oyen?
    selipar pun ko nak kitai ke?
    hahaha
    kemain gemuk gebasssszzzz ko oyen yaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. habis selipar semua ada kesan kuku dia. Bertuah sangat si oyen ni.

      Delete
  11. Gemuknya si kembang telon nih 😍😍😄. Kucing 3 warna macam nih kami sebut kembang telon kalo di sini 😁🤭. Dan agak unik, Krn selalunya betina. Kalo ada jantan warna belang 3 atau warna telon seperti ini, pasti mati di saat lahir atau masih kecil. Krn ini warna yg termasuk kelainan genetik. JD hanya betina yg bertahan hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kembang telon. Hehe.. betul, betul. Akak pun ada baca juga tentang kucing 3 warna ni.

      Delete
  12. Eh? Ingatkan mi segera belum di masak tadi... sama

    ReplyDelete
  13. Sayapun akan tenggelam sekejap. Tengok keadaan. Jenguk sekali-sekala.
    Jaga diri. Moga berjaya dengan projek dirancang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan urusan NA jaga kedua orang tua NA, ya. Terima kasih, NA. Aminn... Hugss...

      Delete
  14. mbul suka kak nur main bayang bayang di dinding pake tangan tar tangan Mbul bentuk tangan kelinci atau bebek....hihi...ntar mbul dubberin sekalian...kayak ngedongeng di tengah padam listrik...Kalau pulut jangan ditanya..kesukaan ku banget...di tempat mbul disebutnya pulut itu ketan atau uli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, lagi satu, bentuk rama-rama.
      Begitu, ketan atau uli. Belajar benda baru dari Mbul. :)

      Delete
  15. Orang kata elektrik tkde tkpe... jgn air takde...hehe
    Akak jangan cuti blogging kak, bagi shift cuti pada Cuya xD

    ReplyDelete
  16. letrik tak ada boleh lg kalau air mmg sedihlah tambah2 ada anak kecik ni

    ReplyDelete
  17. Jeles orang boleh makan pulut ngan rendang ke, sambal bilis ke..SA kalau makan auto semput..badan SA x tahan dengan angin kalau makan pulut..pernah sampai warded

    ReplyDelete
  18. Murah tu pulut dan rendang ayam RM5. Dia kalau tak ramai yang makan memang jarang nak membuatnya kan. Jem pulak tiba tiba blackout. Mujur masih ada lilinnya.

    Semoga perancangan akak menjadi kenyataan. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, murah. Banyak pulak tu pulutnya, Fizah.
      Terima kasih, Fizah. Aminn... akak sedang usahakan ni. Slow-slow. Insya-Allah. Berusaha! :)

      Delete