Bila sudah tua ni, barulah saya faham kenapa orang suka travel, makan angin pergi sesuatu tempat. Bila kita lari dari rutin seharian kita, ada satu semangat masuk dalam diri. Bila kembali ke rumah, saya jadi rajin memasak. Saya selesaikan semua benda tertunggak yang tidak buat selama ini. Itulah punca kenapa saya kurang update blog. Sibuk dengan aktiviti di rumah. Tidak online pun. Saya bukan travel bercuti. Cuma saya dan suami pulang ke kampungnya hari tu.
Salah satu benda yang asyik tangguh-tangguh nak buat sejak sekian lama di rumah ini adalah, korek ubi kayu. Sudah membukit tanah di sekitar pokok ubi kayu tu, memang ubi dah jadi besar sangat. Jadi, pada satu hari, eh, bukan satu hari. Banyak hari juga sejak balik dari kampung, semasa suami masih bercuti lagi, kami memotong rumput di halaman, trim pokok-pokok yang sudah macam hutan, dan sebagainya. Akhir sekali setelah selesai semua tu, suami pun ambil cangkul, dan korek ubi kayu.
Sementara dia korek tu, kita relaks la kejap kat buaian, sambil layan anak bulu.
Pantang kita duduk di buaian, dia pun naik atas riba. |
Tak payah tolong suami, dia dah expert dah korek ubi, sejak kecil dia tolong mak dia. Mek dulu banyak tanam ubi kayu. Bila tiba masa, orang yang buat tapai akan datang, nak beli ubi. Jadi, suami kena tolong. Suami kata, kalau tanah di kampung tu, tak payah kerja keras sangat pun nak keluarkan ubi dari tanah. Cuma perlu wiggle-wiggle batang ubi dan tarik, keluar la ia. Tapi kat rumah kami ni, tanah keras. Kena guna cangkul.
Selamat, keluarkan ubi. Angkat dari batang. |
Ada semacam bau, macam kat kampung, bila buah rambutan yang luruh di tanah, tidak dimakan. Ada bau macam tu la. Suami kata, ubi dah busuk. Barulah saya tahu yang ubi kayu yang duduk dalam tanah tu pun boleh membusuk. Tapi, tidaklah semua bahagian. Bahagian yang busuk tu, suami asingkan. Lama sangat tanam, tak korek-korek. Dari pencarian google, saya baca yang ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan. Kami punya ni, dah lebih dah. Pemalas betul nak korek.
Ada besar, ada bahagian kecil. |
Buat kerja tengah panas. Hampir tengahari dah waktu ni.
Yang kecil ni, kami ambil. |
Bahagian lain, kami sedekah pada orang. Bagi pada 2-3 orang officemates suami.
Dulu-dulu, pernah juga korek ubi kayu. Suami saya goreng saja ubi kayu tu, ala-ala kerepek. Tapi sebab masa di kampung hari tu, kami sudah makan ubi rebus, jadi saya masak cara lain pula.
Masak pengat ubi kayu. |
Saya guna pressure cooker je. Bahan-bahan nak buat pengat pun ada di rumah. Letak sagu sikit.
Siap. |
Pengat ubi kayu, untuk minum petang. Alhamdulillah. Jemput makan. 😋 Korang pernah makan pengat ubi kayu?
Jumpa lagi, ye. 😊
tak pernah mkn
ReplyDeleteBoleh tahan sedap, Ammi. Cuba lah. Mengenyangkan juga.
Deletesedapnya pengat ubi kayu tu kak...kalau dekat mau dah hulur mangkuk kosong
ReplyDeleteHehe... silap-silap akak yang hulur mangkuk kat Afzan. Afzan pandai masak sedap-sedap.
DeletePengat ubi kayu ,mungkin kalau di sini kolak ubi kayu/singkong kalau liat fotonya, saya juga suka, kuahnya manis dan pakai santan , ada juga yang tak pakai.
ReplyDeleteYa, Mreneyoo, pakai santan dan gula melaka.
Deleteye kak ubi kayu kalau lama sgt tak korek ubinya mungkin akan busuk atau ubi dia tu jadi keras macam kayu, nak masak pun keras ketung
ReplyDeleteBetul la, Dana. Akak baru tahu.
Deletemenu nostalgia ni pengat ubi kayu, lama dah tak makan, dapat ubi yang embuk, masyaa allah.. sedap
ReplyDeleteBetul, betul! Rasa macam kembali ke zaman silam pula, makan pengat ubi kayu ni.
DeleteJadi tak empuk kalau dah lebih umur.
ReplyDeleteBetul, Wak.
DeleteNikmatnya..di kukus saja nikmat apalagi di kasih bumbu. Salam
ReplyDeleteBetul, betul.
Deletelama tk mkn ubi kayu yg cicah kelapa tu..pengat biasanya mkn ubi keledek
ReplyDeleteSaya pula, tak pernah makan pengat ubi keledek. Pengat pisang, biasa.
Deletewahhh sedapnyaaa pengat ubi. kalau ada roti keras tu sedap cicah dgn kuah pengat👍👍
ReplyDeleteOh, roti keras. Saya dengan roti gardenia putih je. Tapi skrang diet, makan pengat je.
DeleteDulu kecik2 suka cabut ubi..kupas kulit dia..sagat dan jadikan kerepek ubi..cuma tak pandai sira..itu time rajin..rebus pernah..buat pengat pun pernah..sekarang je dah x leh makan ubi..semput..angin berkumpul
ReplyDeleteBetul juga. Ubi kayu ada angin. Setengah orang tak boleh.
DeleteSaya yang masak pengat ni, ok. Kalau makan ubi kayu rebus cicah kelapa parut tu, boleh kena gastrik.
DeleteTidak ingat pernah makan ke tidak pengat ubi kayu. Rasa macam belum lagi.
ReplyDeleteSama je rasa macam pengat pisang, cuma letak ubi kayu. :)
Deletedapnya..ubi rebus makan ngan sambal & ikan masin...dap dap...kena plak jenis ubi yg lembut betul tu..emmm
ReplyDeleteSedap kan, MA.
Deletepernah sbb dulu masa kecik2, ada jg tanam ubi kayu dkt rumah..dah lama x makan..jarang tengok org jual pengat ni..
ReplyDeleteKan, kena masak sendiri.
DeleteKalau disini seringnya disebut "singkong" saja, tapi ada juga yang menyebutnya "ubi kayu"
ReplyDeleteDisini kebanyakan digereng, dibuat keripik atau juga dibikin kolak. Kolak singkong biasa dihidangkan misal untuk berbuka puasa. Rasanya yang manis membuat tubuh kembali segar setelah berpuasa.
Salam,
Baru tahu, kolak ubi kayu. :)
DeleteKalo disini disebut kolak kak. Sama lah kayak pengat , beda nama saja 😄. Terkadang isi nya ubi kayu, pisang, kolang Kaling, nangka, macam2 di masukkan. Tapi kalo hanya ada pisang dan ubi, 2 itu sajalah dibuat kolak atau pengat 😄
ReplyDeleteTapi saya jarang masak kolak. Krn bagi kami ini makanan yg biasanya selalu ada saat Ramadhan. Jadi memang tak nak buat sering2. Pas ramadhan saja 🤣. Biar tetap spesial hahahaha
Oh, begitu. Terima kasih atas perkongsiannya, Fanny.
DeleteAllahu.. Pengat ubi lama betul tak makan.. org zaman skrg ni tak makan dah ubi2 nie hahaha.. :D
ReplyDeleteBetul tu. Anak-anak saya pun tak minat makan ubi.
Delete