Berkhemah di Sahom Valley Resort

 Saya ada masuk event lari pada minggu lepas, bersama kakak sulung saya. Dia yang uruskan semuanya, termasuk pendaftaran dan tempat tinggal. Kakak saya ni, suka sangat surprise saya. 

Saya sudah tanya dia, kita tidur kat mana?

Dia jawap, Sahom Valley Resort - Agro and Eco Park, Kampar, Perak.

Saya juga pernah tanya dia, kita tidur dalam khemah ke?

Dia kata, bungalow, bungalow!

Jadi, saya buat andaian, tidur di chalet kecil yang sebuah-sebuah tu la. 

Tapi jauh sekali, ye. 

Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Sahom Valley Resort ini.

Pintu utama Sahom Valley Resort, Kampar.

Pergi ke tapak perkhemahan, kakak saya kata. 

Kakak sedang pasang khemah, dibantu suami saya dan kawan lari.

Hahaha.... tidur dalam khemah saya, hari Sabtu lepas. Pertama kali, waktu perkhemahan Kesatria semasa part 1, Itm Jengka, tahun 1997. Ini, kali kedua, waktu umur saya 45 tahun. Cuma khemah kakak saya pasang ni, jauh lebih lawa dan besar dari khemah saya pernah rasa dulu.

Sudah siap! Abang coach sedang betulkan awning khemah.

Entah la. Awning pulak. Ada kakak saya sebut. Bawah khemah, ada canvas, lapik. Khemah dipasang atas canvas. Atas khemah, ada satu lagi layer seperti awning. Protect dari hujan. 

Mari, kita tengok khemah dengan lebih dekat.

Pintu utama khemah.

Unzip pintu, ada satu lagi layer mosquito net yang perlu kita unzip, lepas tu, baru masuk dalam.

Ada kipas yang hidup menggunakan powerbank.

Boleh solat berdiri dalam khemah. 2 orang sekali. Masih ada ruang. Bila bercakap tentang ni, saya teringat blog Carneyz. Dia pun pernah cerita tentang perkhemahan bersama familynya. Ada Carneyz tulis entrinya di sini.

Khemah, dari belakang

Di bahagian kiri khemah kami, adalah khemah kawan larian kakak, Doc, bersama Abang Coach. Doc, Abang Coach dan kakak datang ke Kampar ni, dari KL. Jauh masuk event lari.

Dalam khemah

Kakak siapkan tempat tidur saya dulu. Ada pam di dalam, automatik pam sendiri. Pilih je level nak berapa, nak tilam separa lembik ke, nak tilam jadi keras ke. Masa ni belum setup tempat tidur kakak lagi, sebab belah kanan tu, tempat solat. Nak tidur malam baru pasang. Dia punya macam sleeping bag, tapi ada angin sikit je. Kakak saya dah biasa berkhemah, dia bagi saya tidur selesa, dia tahu adik dia banyak komplen, tak biasa camping outdoor. 😂

(Saya update entri ini dengan gambar tambahan dari Kok. Kredit foto Doc and Kok. Thank you. 💓) - Selasa, 19 Disember 2023.

Pandangan dari sudut tepi sungai


Tempat masak depan khemah orang sebelah.

Orang sebelah ni, kawan lari kakak saya tu ler. Kami masak untuk dinner. Untuk tengahari, kakak sudah tempah sekali pakej dengan tapak perkhemahan, juga sekali dengan sarapan. Ada banyak pakej jika anda memilih menginap di Sahom Valley Resort ni. Dari rumah ala resort secantik-cantiknya, hingga chalet kecil sebiji-sebiji, hinggalah ke tapak perkhemahan. Petting zoo pun ada. Cafe pun ada. Boleh la google sendiri, ye. Gambar-gambar bilik semua ada di websitenya.

Jangan buat tempahan last minute. Nanti jadi macam kami. Fully booked, itu yang kena pacak khemah tu. Hehe... tapi takpe la, sekali-sekala. 

Tengahari tu, kami makan dalam sungai. Meja makan diletak dalam sungai. Kaki dalam air. Sejuk. Selera makan dalam sungai ni, tau. 

Menu set makan dalam sungai

Set nasi lauk bawal goreng, ayam goreng, kambing bakar, talapia goreng dan sotong bakar. Kakak sudah menempah semuanya. Sebab ada 5 orang makan. Jadi, dapatlah kami merasa sikit-sikit. Dia letak nasi dalam dulang, kita bawa lah dulang tu ke meja dalam sungai. Baik-baik jalan tu. Salah pijak batu, tertonggeng awak. Tak jadi makan, jadi sesi mandi pulak kang. 

Makan tengahari. Yummy! 😋


Sedap makanan semua. Pandai masak. Puas hati makan. Ayam goreng rangup di luar, dalam tak kering pun. Semua makan pinggan licin, tinggal tulang.

Meja makan tu, original terletak di tempat yang dalam. Kami angkat ke tepi sikit. Kalau tempat asal, makan tu, punggung pun dalam air. Basah ler.. hehe..

Lepas makan, suami saya pun mahu pulang ke Lumut. Babai suamiku. Saya cuti 1 hari. Suami balik, sebab anak kedua ada kelas tambahan semasa cuti sekolah ni. Dia ambil alih tugas memasak di rumah. Yay!!!!! Cuti!!!! 

Marilah saya bawa pembaca tengok di sekitar tapak perkhemahan kami ni, ye.

Kakak saya buat live sambil tunjuk tandas.

Ini tandas jauh sikit. Macam baru siap. Banyak pintu. Saya guna tandas dan bilik air di cafe sahaja, lebih dekat.

Tempat basuh pinggan dan peralatan memasak

Yang ni pun, saya guna sinki dekat tepi cafe juga. Lebih dekat. 

Tempat solat muslimin

Tempat solat muslimat

Jadi, tiada masalah jika anda punya khemah kecil, ada tempat solat khas disediakan.

Cafe

Siang, ada set nasi. Petang dan malam, makanan panas, goreng-goreng. Ada karaoke juga, sebelah malam.

Lepas solat, kakak dan kawan-kawannya keluar ke pekan sekejap, cari bateri. Saya tak ikut. Saja, nak berehat, healing. 

Berehat depan khemah, ditemani bunyi air sungai mengalir yang menenangkan.

View depan khemah


Macam-macam barang camping kakak saya bawa. Kerusi sandar, kerusi sandar boleh angkat kaki atas, lampu pelita, lampu ada kipas, lampu lip lap lip lap, kipas 3 kaki, semua lah dia ada. 

Dinner, kami masak nasi. Lauk telur dadar. Juga ada lauk segera, perangat dalam periuk saja. Daging salai masak lemak dan sambal petai. Alhamdulillah.

Sebelum maghrib, pergi mandi di bilik air dekat cafe. Semakin ramai orang mula pasang khemah. Kalau tak, kami je. Malam, masuk tidur dalam pukul 9 malam. Pukul 11 malam, teman kakak pergi buang air. Masa tu, masih ada orang karaoke. Ok la, tak bising sangat. Sayup-sayup je, dengar. Kipas dalam khemah terpadam tengah malam, habis bateri powerbank. Tapi, sejuk. Saya boleh tidur lena sampai ke pagi. Tapi kadang terjaga, bunyi burung, macam-macam bunyi binatang. Dalam hutan, kan. 

Alhamdulillah. Selamat tidur dalam khemah. Saya cerita tentang event larian yang saya masuk di Sahom ni, di lain entri ya. Sudah panjang rasanya. 

Baik. Jumpa lagi. 😊

21 comments:

  1. Saya belum pernah berkemah sekalipun, jadi gak tau rasanya seperti apa, tapi kalau melihat tendanya cukup memadai gitu dan cukup lengkaplah,rasanya kemah pun jadi menyenangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Mreneyoo. Selesa tidur dalam khemah yang cukup lengkap peralatan.

      Delete
  2. Selesalah nampak khemahnya besar dan luas

    ReplyDelete
  3. Ya ampuuun kak, macam tertarik saya lihat kemahnya dan bagian dalam. Besaaar yaaa 😍😍😍. Tak sempit jadinya.

    Saya tuh pengeeen sebenarnya ajak anak dan suami kemping. Tapii, terkadang kuatir, sanggub tak, bisa tidur tak di tengah alam macam tu.

    Dan baru2 ini teman saya kemping di tempat perkemahan. Trus dia cerita , pas nak tidur, kakinya masuk dlm sleeping bag, trus dia merasa ada sesuatu menempel di kaki. Ternyata lintah laah 🤣🤣🤣. Saya yg dengar serasa merinding badan, tak terbayang kalo kaki saya yg ditempeli lintah, pingsan mungkin 😂🤣🤣

    Itu salah satu yg msh buat ragu2 nak kemping 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Fanny. Selesa, untuk 2 orang tidur.
      Itu memang biasa, sedikit skeptikal, apabila benda kita belum cuba. Bila sudah cuba, nah... boleh jatuh cinta. Hahaha...
      Waduh, sepatutnya dikibas-kibas dulu sleeping bagnya. Itu yang harus khemah didirikan di tempat yang kering.
      Life is short. Cubalah camping, Fanny. :D

      Delete
  4. wah..seronoknya..teringin nak gi camping, tido dlm khemah bagai but bila ada peluang...rumah pun ada laju je pilih tido dlm rumah.. ha ha ha. kena gi yg mcm ni ... memang x de choice kena tido dlm khemah kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, MA. Memang kalau ada rumah, mesti pilih rumah, kan. Sebab ada toilet bagai. Tidur dalam khemah, nak buang air, kena jalan pergi ke toilet, lagi-lagi malam, gelap, kena bawa lampu.

      Delete
  5. Kalau orang yang dah biasa berkhemah macam kakak Nur ni, memang kalau bawa barang, macam bawa satu rumah, kan. Segala benda ada, kagum la saya. Sy tak larat la buat benda² mcm ni, mmg salute pd siapa yg mampu buat.

    ReplyDelete
  6. wahhhh ini banyak syokkkkk...
    khemah pun besar dan selesa...
    yg penting cuaca ok sepanjang camping ni. kalau hujan mmg spoil laa ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan juga, Anies, di petang hari. Tapi, tak lebat. Juga, sebab duduk bawah pokok, tak rasa sangat.

      Delete
  7. Menarik. Hehe tapi saya tidak pasti saya boleh tidur dalam khemah sebab tidak pernah buat. Apapun seronok tengok aktiviti yang Puan Nur buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mula-mula macam tidur-tidur ayam juga, NA. Lepas midnight macam tu, baru rasa macam tak sedor. Terima kasih, NA.

      Delete
  8. sronok tgk kwn2 yg suka pi camping tido dlm khemah...tp peralatan brg bole tahan mhl juga....mkn dlm sungai syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mama tisya. Boleh tahan mahal, barang-barang camping.

      Delete
  9. saya suka camping...tapi saya tak suka nk sediakan semuanya, nak mengemas bagai...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang penting? Kerjasama! Hehe.. kena bahagi-bahagikan tugas, Linda.

      Delete
  10. Cantik nya tempat berkhemah ni :D
    teringin nak camping2 nie.. tapi tu la anak2 kecil ni rasa mcm terhalang sedikit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti anak-anak dah besar sikit, boleh la kot. Dia orang boleh tolong pasang khemah. Tak pun, balik kampung atau rumah ada halaman, boleh praktis dulu camping dalam kawasan rumah. :D

      Delete