Bookdoc's 8th Anniversary Founder Challenge 2023

 Lama juga tak update sini. Seronok betul musim cuti sekolah ni. Bukan sibuk buat apa pun. Sibuk layan movie dan bersantai-santai depan TV. ๐Ÿ˜ Saya ada banyak benda nak kongsikan. Tapi saya rasa macam kena ikut tertib. Chronological order. Padahal sudah berlalu lama sudah. Tapi, tak pedulilah. Nak tulis di sini juga. Sebagai rekod peribadi. Buat rujukan di masa hadapan.

Semasa bulan Oktober yang lepas, saya ada sertai cabaran berbayar di aplikasi Bookdoc. Kebanyakan cabaran saya masuk memang jenis percuma. Jarang-jarang saya sertai yang berbayar. Tapi sebab cabaran yang ni, harganya pun berpatutan, maka saya pun join. 


Bookdoc's 8th Anniversary Founder Challenge 2023

Saya pun ingat-ingat lupa akan requirement cabaran ini. Tapi, saya rasa, langkah yang harus dicapai adalah 300,000 langkah di bulan Oktober.

Saya punya jumlah langkah adalah 367,286

Alhamdulillah. Berjaya habiskan cabaran dengan jayanya. 

Finisher item yang saya terima adalah seperti berikut:

Finisher-T

Memang trend sekarang, agaknya. Baju dicetak macam ada kesan turun warna. Bertompok-tompok. Macam kita beli pewarna dan dye sendiri pada baju. Itu, di bahagian bawah baju tu, ada kesan tompok-tompok warna merah. Bukan baju ni saja. Saya ada baju lari lain, pun sama, macam turun warna. Bila kita tanya, sebenarnya itu memang effect baju sekarang. Huhuhu... ye la tu. 

Apa di dalam bungkusan yang dibalut itu di atas baju?



Wah, pemenang bertuah rupanya, saya. Marilah kita tengok, apa ada dalam.



Ada 5 helai topeng muka. Juga, toner dari Nivea. Toner tu, saya sudah bagi pada anak bongsu.

Macam tahu-tahu saja yang kita sekarang keluar pakai facemask, kan. Kes covid semakin naik. 

Begitulah laporan cabaran maya yang saya sertai, dari aplikasi Bookdoc. Bila sertai cabaran berbayar ni, lebih kuat motivasi kita keluar rumah untuk berlari. Sebab kita dah bayar, kan. Nak tak nak, kena selesaikan target yang telah ditetapkan.

Itulah cabaran berbayar terakhir saya, pada tahun ni. Sekarang yang saya sedang buat pun, yang percuma sahaja. 

Kurang 2 hari lagi untuk masuk ke tahun baru. Semoga pembaca sekalian happy-happy dan sihat-sihat selalu. Selamat beristirehat bersama keluarga di hujung minggu ya. 

Jumpa lagi. ๐Ÿ˜Š

18 comments:

  1. Semoga awal tahun akan lebih baik lagi, di beri kesehatan dan keberkahan.amiin๐Ÿคฒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. terima kasih, Mreneyoo. Semoga Mreneyoo pun sihat-sihat selalu dan diberkati Allah. Aminnn..

      Delete
  2. Cabaran berbayar dapat hadiahlah. Itupun satu motivasi untuk penuhi syarat penyertaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, NA. Saya pernah tak capai syarat, dalam cabaran Bookdoc ni. Hadiah tetap dapat, tapi saiz lebih kecil. :D

      Delete
  3. Moga ada lebih banyak cabaran boleh akk sertai

    ReplyDelete
  4. tahniah...jom kita beraktivitas lebih baik lagi pada tahun 2024...smt tahun baharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi.
      Selamat tahun baru juga pada Encik Hanafi.
      Baik. Ayuh, kita! Berusaha!

      Delete
  5. suka pulak dgn finisher t tu... nampak smart ;-)

    ReplyDelete
  6. Banyak lebih tu, sampai 67,286. Sy risau kalau nak basuh baju mcm ni, takut warnanya turun pd baju lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Ok. Tak turun kaler, SK. Dah basuh hari tu. :)

      Delete
  7. Ammi selalu join yg free je kat bookdoc ni...eh kat semua appslah..amik yg free je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. dah alang-alang ada aktiviti walk tu, baik la masuk cabaran percuma. Dapat juga kumpul e-medal. :)

      Delete
  8. Bila la SA ni nak insaf berlari time weekend ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brisk walk di taman pun ok sesangat, SA. Sambil jalan-jalan, tenangkan fikiran. :)

      Delete
  9. Saya pun sebenernya tak terlalu suka model baju seolah luntur seperti itu ๐Ÿ˜„. Tapi terkadang kalo sedang hype, mau tak mau kan trima ๐Ÿคฃ.

    Hebaaat Kaka bisa konsisten sangat berlari nya. Jumlah langkah pun banyaaak ๐Ÿ‘

    Saya kemarin di eropa banyak jalan kemana2. Tapi Krn suhu sedang winter, enak rasanya. Tak kepanasan. Kalo di Indonesia saya tak yakin sanggub Krn humidity tinggi dan cuaca panas. Makanya selalu pakai treadmill kalo nak brisk walk ๐Ÿคฃ. Tak kuat keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya Fanny dapat berjalan di musim sejuk.
      Betul, kalau cuaca panas, akak pun malas, Fanny. :D

      Delete