Aktiviti makan-makan

 It's the time of the month, di mana saya share gambar makan, makan dan makan. 😁😋 Mana tahu, kot ada antara pembaca yang mencari tempat makan di Perak. Boleh la ada idea mana nak pergi menjamu selera. Mari kita tengok...

Puri

Makan puri di Restoran Biriyani Manjung, cawangan Kampung Acheh. Dekat persimpangan Pelabuhan Lumut. Kedai mamak ni. Sarapan di pagi yang hujan, makan puri bersama chutney kentang sangatlah sedap, lebih-lebih lagi ada segelas kopi panas. Aummm! 

Tarikh pergi makan: 19 November 2023.

Udang celup tepung, bihun goreng dan telur dadar

Makan malam di Restoran Lumut Ikan Bakar. Selama tinggal di Lumut ni, inilah tempat paling sedap kalau nak makan udang celup tepung. Boleh pilih udang sendiri. Dalam gambar di atas, suami saya pilih udang harimau. Udang yang segar, rangup dan sangat sedap dimakan sambil cicah sos yang disediakan. Bihun goreng dia portion besar, saya dan suami kongsi makan. Telur dadar tu, suami suka, mesti ada. Harga untuk tiga hidangan di atas, termasuk air minuman adalah RM49. 

Tarikh pergi makan: 23 November 2023

Restoran ini terletak di tepi jalan utama dari Manjung ke Lumut. Selalu ramai orang. Buka pukul 6 petang.

Bihun goreng separuh, kuetiau goreng separuh, dan telur mata.

Yang ni, ulang makan di Restoran Biriyani di atas. Mamak ni, selain menu seperti roti canai, tosei, puri, dan lain-lain roti tu, serta makanan panas, ada disediakan makanan telah siap, seperti saya ambil di atas. Layan diri, ambil sendiri. Sebab tu la, ramai yang bekerja di pelabuhan Lumut, akan singgah sini, bungkus makan dulu, on the way pergi kerja. Ada bihun, kuetiau, mi dan nasi goreng. Juga ayam goreng, ayam masala dan banyak lagi. Orang yang nak cepat, tak perlu tunggu lama, sebab makanan dah ada.

Tarikh pergi makan: 24 November 2023

Seterusnya, sarapan capati di Capati Kari Kambing Bota. 

Capati kari kambing

Saya seperti biasa, pesan kari kambing. Suami pesan kuah sardin. Dua keping sorang, ye. Sedap, tak tau camana nak habaq! 😋👍👍 Nikmat sungguh. Alhamdulillah. 

Cuma satu je kedai ni boleh perbaiki, sistem bayaran dia tu. Bila orang ramai, beratur nak bayar tu, kawasan tu sempit. Situ la orang kedai nak lalu nak hantar capati, situ la orang kedai lalu nak hantar air. Orang nak bungkus pun situ juga. 

Tarikh pergi makan: 27 November 2023

Bihun ladna

Saya jarang pesan bihun ladna ni. Makan di Restoran Sri Bangtawa Seafood. Kalau nak makan kedai tomyam, memang sinilah saya dan suami tuju. Cepat siap. Makanan pun sedap. Kedai terletak di jalan utama nak ke pekan Lumut. 

Tarikh pergi makan: 28 November 2023

Mi rebus

Sedap mi rebus dia. Yang ini, saya makan di Warung Nelayan Kampung Permatang, Seri Manjung. Kedai ni buka pagi, tutup tengahari. Port sarapan la. 

Tarikh pergi makan: 29 November 2023

Mi goreng separuh, kuetiau goreng separuh, atas letak ayam pedas

Eh, ayam pedas ke, ayam masak apa entah. Ni bukan makan. Tapi mentekederah, atau mencekik atau melantak. 😁 Saya ambil sikit. Tapi suami kata, nanti dia kira 1 pinggan juga, walaupun kita ambil makanan suku pinggan. Baiklah. Itu yang saya tambah. Tak habis makan, suami habiskan. Yang ni, makan di kedai mamak Biriyani lagi, seperti di atas.

Tarikh pergi makan: 30 November 2023

Ok. Sekian dulu la, aktiviti makan-makan buat masa ini. Makan je. Rezeki jangan ditolak. Lepas tu, kita bakar balik dengan bersenam. Lari untuk makan. Hihihihi...

Jumpa lagi, ye. 😊

30 comments:

  1. Murahnya makan kat Lumut Ikan Bakar tu...

    ReplyDelete
  2. Bingung saya mau makan mana duluan kalau tengok bikin ngiler semua, gak apa makan habis itu kan lariiiii 😁

    ReplyDelete
  3. lama tak makan beriani melayu...asyik makan kat kedai mamak aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... sila cari. :D
      Kat sini ada cawangan nasi briyani gam johor. Saya pun jarang makan nasi briyani di mamak. Makan benda lain.

      Delete
  4. Tengok gambar pun dah nampak sedap udang celup tepung di Lumut Ikan Bakar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Mrs. A. Besar-besar udangnya. Telan air liur saya sambil taip ni ha. :D

      Delete
  5. Apa nak buat hihihiii... memang hari-hari kena makan. Puasa pun waktu buka kena makan. Jadi, marilah kita makan-makan kan Nur.

    ReplyDelete
  6. Kalau dulu mkn roti canai kt kg setiawan tu.. Kalau x silap... Sedap, masa tu boleh habis 5keping..ajeee...hahaha..sebab stail dia nk order bape keping.. Then, terus hnta byk2... Amik lah memasing... Last2 linda jugak jadik mangsa perabihkn roti canai masa tu.. Sebab tgh pregnen.. Depe kabo mkn utk 2 org... Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kan, dia datang berkeping-keping. Kena ambil letak dalam pinggan masing-masing. Warung Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan. Kalau datang hujung minggu, susah cari parking.

      Delete
  7. capati + kari kambing & sardin..sedapnya...resto Biriyani tu makanan sedap2...byk kali repeat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, lagi pun besar restorannya. Tempat banyak. Tak sesak.

      Delete
  8. makan adalah hal menyenangkan hehehe. Meski sebagian orang suka sekali diet, tapi saya suka sekali makan dan makan camilan. Lihat foto foto Kak Nur ini justru bikin lapar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya juga suka makan. Diet itu bagus, tapi sesekali bila teringin, makan saja, dong. Life is short.

      Delete
  9. sedapnya kak oi... terliur nengok

    ReplyDelete
  10. uiiiii mi rebus ituuuuuuuu.... ku tidak tahannnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan mi rebus apabila dihirup, slurrrppppp....

      Delete
  11. Yg ada udang celup tepung , murah yaa total semuanya kak 😍😍😍. Kalo jakarta, dah menu udang pastilah mahal. Udang harimau pula 😄😅.

    Rasanya saya memang perlu rancang ke perak, supaya bisa wisata kuliner di sana 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut harga pasaran dan saiz udang, Fanny. Boleh tahan harga dia. Tapi, berbaloi sebab segar dan sedap sekali!
      Jemput datang ke Perak, Fanny. :D

      Delete
  12. Rajin pula ke kedai mamak biryani itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab senang nak makan dan tak sesak, NA. Hehe.. makan pun sedap.

      Delete
  13. Replies
    1. Tak lari lepas makan pun, tak rasa bersalah juga, SK. Hehe...

      Delete
  14. Puri dgn capati tu kalau makan dgn khima daging.. Mmg sedap nyumyhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah makan khima daging. Mesti sedap, yek.

      Delete