Buang rasa malas

Tengah cuti sekolah sekarang ni. Mesti ramai yang pergi bercuti. Bila mood cuti ni, nak lari pun rasa sedikit malas. Untuk motivasi diri sendiri, saya kongsikan di sini, beberapa aktiviti larian seorang diri saya. Kadang tu, lepas lari, saya jalan-jalan sejukkan badan sambil berselfie. Ok la, mari kita tengok...

Slowjogging 6 Disember, di Esplanade Lumut.

Kadang tu, malas nak keluar rumah. Jadi, lari dalam rumah sahaja.

Lari dalam rumah, 7 Disember.

Kadang malas bawa handphone bila berlari, jadi tiada gambar diambil.

Kadang cari ketenangan dengan tengok pokok dan bunga-bunga. 

Slowjogging 13 Disember. 

Bukan boleh lari sangat pun bila datang Esplanade Lumut ni. Lebih kepada tengok laut. 

Larian 14 Disember.

Bila hari biasa, sudah jarang buat 10 kilometer. Banyak buat 5 kilometer sahaja. Jadilah, keluar peluh. 

Benda paling susah nak buat, adalah untuk mulakan sesuatu. Macam nak pergi berlari, kan. Paling susah, bila pagi nak keluar rumah tu. Memang macam-macam alasan dalam kepala. Tapi kita punya pilihan, sama ada nak pergi lari, atau sambung tidur, atau pergi makan, dan sebagainya. Kalau fikir tentang kerja di rumah, sampai bila pun tak habis. Terpulanglah pada prioriti masing-masing. Padahal bukan lama pun perlu beriadah ni. Setiap sesi setengah jam, 3 kali seminggu sudah mencukupi. Cuma nak lawan perasaan malas tu, bukanlah mudah. Kalau kita tak sayang diri kita, beri nafkah untuk jantung dengan bersenam, siapa lagi.

Ok la. Tengah cuba nak buang rasa malas ni. Esok kita lari ye, Insya-Allah. 

Jumpa lagi. 😊

36 comments:

  1. Betul kadang-kadang memulakan itu susah.

    ReplyDelete
  2. Sebab tu lebih ramai yang suka melepak depan tv/hp daripada lari

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju, nak mula tu mmg payah sangat. Bila dah mula dan ada momentum rupa2nya tak sesusah mana pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Carneyz. Bila sudah lari, kadang tak mau balik pulak. Nasib baik sedar diri, anak-anak tunggu di rumah. :D

      Delete
  4. betul...nak memulakan tu punya lah susah.
    kadang-kadang malam dah plan esok pagi nak briskwalk...sekali pagi lepas subuh memanggil2 pulak bantal tu.

    ReplyDelete
  5. Mbul juga kalau sedang olahraga jogging ga bawa Hape kak, karen malas nggembol di saku celana trainingnya kalau ga karena mbul laya pake legging jadi ga bawa hape. Hp kutitip suami, soalnya kalau mbul lari suami tunggu di mobil sambil baca komik en jaga beiby hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami mithali ni, tolong jaga anak sambil nungguin Mbul. :D

      Delete
  6. dugaan paling besar utk manusia adalah malas.... haihhh...

    ReplyDelete
  7. malas dan alasan...2 ni kalau ada memang 1 kerja pun tak jadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Anies. Betul pepatah orang dulu, kan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

      Delete
  8. sambil berlari dpt tgk permandangan pokok and bunga yg tenang...tp kalo dh mls...nk start tu jenuh juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mama tisya. Tapi demi kewarasan kepala otak, kena keluar juga, me-time, omputih kata. :D

      Delete
  9. saya sekarang ini dilanda rasa malas ....harap tahun depan boleh berubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah tunggu tahun depan, Encik Hanafi. Sekarang juga boleh berubah. Berusaha!

      Delete
  10. Apapun tetap beraktivitas lari pagi ya Mbak.walaupun harus berlari di rumah saja.
    Memang suah buang rasa malas, saya alami juga dalam menjalankan aktivitas jalan kaki pagi.

    Semoga sehat selalu ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Pak Asa. Harus lawan perasaan malas itu, demi kebaikan kita juga, kan.
      Terima kasih, Pak. Semoga Pak Asa juga sihat-sihat selalu.

      Delete
  11. ada 1 lagi bundle skrip jawapan budak2 form 4 yg perlu ditanda. tp amat malasnya nak start! Huhuhuhu..

    ReplyDelete
  12. malas boleh tukar dengan kurang rajin...otak akan detect word rajin ...lama2 boleh jadi rajin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Encik Hanafi. You are what you think. Thank you, ye.

      Delete
  13. kadang teringin jugak kak, tp bila pikir tiap pagi bangun kul 4 pagi nk masak... kul bape lak nk cuba2 berlarian tu ek.. hujung minggu lak masa qada tidur hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana bekerja tu, kita banyak berjalan juga. Lagi-lagi kalau lif di pejabat tu belum baiki lagi, kan. Tinggi juga Dana panjat tangga tu. :)

      Delete
  14. Ihhh betuuuullah kak. Nak mulai itu terkadang malaaaas sangat. Tapi kalo dah mulai, malah susah nak berhenti 😅🤣. Seperti saya, kalau dah jdwal workout, rasa malaaas nak mulai. Sampai ngantuk. Melihat deretan dumbell kayak ga ada tenaga.

    Cuma begitu start mulai, makin banyak peluh, makin semangat, susah nak berhenti 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Fanny. Bila sudah ada momentum tu, jadi susah pula nak stop. :D

      Delete
  15. Itulah..penyakit malas ..saya pun begitu, kadang malas banget, padahal gak terlalu sibuk-sibuk amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul. Sama seperti saya. Motivasi itu ada turun naiknya.

      Delete
  16. Bab nak bersiap kena keluar rumah tu yang buat rasa malas. Padahal bila kat luar seronok je kita buat aktiviti.

    Saya sekarang jadikan rutin buat morning walk kat luar rumah. Tapi kejap jelah….dapat 1k steps cukup ler 🤭. Motivasi saya - nak nikmati cahaya matahari pagi yang lembut tapi hangat, hembusan angin pagi, embun di daun dan burung-burung cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Ujie. Lama tak jumpa Ujie. :D
      Bagus tu, Ujie. Kipidap ya! Menikmati udara pagi sambil berjalan memang best!

      Delete
  17. Sy ada dua perasaan Nur. Pertama malas, kedua malu. Malu tu lagi besar kot. Padahal, orang tak heran pun tengok kita berlari.. (sebab sy pun tak heran tengok orang lari)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...betul. Orang tak tengok kita pun sebenarnya. Tak pun, boleh pakai headphone, dengar muzik sambil lari. Jadi, enjoy sikit, SK.

      Delete
  18. Selalu usul dengna husband nak gi walking sendiri (coz i don't run...lutut out dah ni)...tapi hmmm katanya masuk mall sorang ok...gi walk no way.

    ReplyDelete