Finisher Runliga 2023

 Baru-baru ni, saya terima baju finisher dan medal untuk Runliga 2023. Penganjur larian hantar melalui pos. Mari kita tengok...

Finisher T dan medal

Lama juga baru dapat baju ni. Event virtual ini telah berlangsung pada 17 Ogos hingga 16 September yang lepas. Selama sebulan, peserta boleh lari di mana-mana, kumpul jarak yang termampu untuk kumpulan yang kita sertai.

Saya telah sertai pasukan Malaysia Women Runners.

Nama team di bahagian belakang baju dan medal, close-up.

Alhamdulillah. Recap semula pencapaian saya semasa Runliga yang lepas...

Jarak terkumpul, 357.91 kilometer

Saya cuma beli baju finisher dan medal untuk Runliga ni. Ada plaque juga, boleh beli. Tapi agak mahal. Jadi, saya pinjam gambar dari kapten Malaysia Women Runners, gambar kenangan plaque yang mengandungi nama-nama ahli pasukan yang sertai Runliga pada tahun ini.


Foto kredit: Safiah Galgo

Boleh kesan nama Nur dalam plaque di atas? 😁

Nama saya di barisan paling kanan, nama ketujuh. 

Selalu rasa serik masa berlangsung event ni. Sebab kita kena lari hari-hari, kumpul mileage. Sampai sakit kaki dan sebagainya. Boleh hilang keseronokan berlari juga, sebab sudah jadi macam kerja pula, bukan sesuatu yang kita enjoy buat, tapi paksa diri untuk buat. Tapi, selalu daftar masuk juga. Hehe... bila habis, cakap menyesal, tak mahu masuk dah. Tapi bila pendaftaran dibuka, register tanpa buang masa. Ini kali kedua saya masuk Runliga. Pertama kali penyertaan, semasa Runliga 2021. 

Walaupun pencapaian saya sedikit merosot berbanding tahun 2021, tapi rasa bangga dengan diri sendiri, sebab boleh lawan rasa malas. 

Tahun ini, adalah tahun yang sangat mencabar bagi saya. Banyak lari seorang diri. Hilang 1 tempat berlari. Hilang kawan lari juga. Tak payah lah saya cerita lebih lanjut. Sudah nampak hikmahnya. Tuhan tunjuk pada saya supaya saya tidak lagi dipergunakan.

Lari seorang diri itu lebih menenangkan. Boleh muhasabah diri. Bila lari dengan orang, lagi-lagi orang perempuan, kan, cenderung untuk membawang. Tambah dosa mengumpat orang. Itu lagi satu hikmahnya, kurang sikit buat dosa bila lari seorang.

Apa pun, Alhamdulillah. Nikmat berlari. Dapat habiskan Runliga 2023, setakat mana yang saya mampu. Panjang umur, tahun depan, boleh masuk lagi. Hahaha... entah. Tengok la, macamana.

Baiklah, jumpa lagi, ye. 😊

18 comments:

  1. Wow pencapaian yang luar biasa menjelang akhir tahun 2023, semoga tahun depan bertambah lagi jauh larinya dan prestasinya juga makin meningkat πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, mreneyoo. Insya-Allah. Saya cuba. :)

      Delete
  2. Ada hikmah segala yang berlaku.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah Nur...sorang² tu lbh tenang..

    ReplyDelete
  4. sakit sakit pun lari juga. hilang terus sakit hatiπŸ˜€

    ReplyDelete
  5. BTW tahniahhhhhh dpt habiskan larian... dpt medal dan jersi... πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺkeep it up!πŸ”₯

    ReplyDelete
  6. Tahniah...kalau SA memanag x termampu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, SA. Dia punya jarak minimum, 25 km je dalam sebulan. Tak semesti berlari, jarak jalan pun diterima. SA pun boleh.

      Delete
  7. Betul kak. Lari sendiri itu lebih fokus juga, dan tidak banyak buang energi. Saya pernah ngerasain bedanya jogging berdua teman, dengan jogging sendiri. Lebih capek yg berdua. Krn banyak ngobrol, napas jadi ga teratur juga. Cepat ngos-ngosan..

    Beda dengan lari sendiri.

    Kita bisa kontrol pernapasan, dan tidak cepat capek

    ReplyDelete