Rumusan Ogos 2022

 Jumaat, 5 Safar 1444 Hijrah.

Saya dah insaf. Saya tak lagi lari 10 km setiap hari. Walaupun kepala otak saya yang giler lari ni menyuruh saya berbuat demikian. Saya kini berehat 2 hari seminggu dari sebarang aktiviti larian, iaitu hari Isnin dan Khamis, di mana saya berpuasa, jika tidak uzur, Insya-Allah. 

Kadang tu, saya tak sedor diri. Sampailah pada satu hari, lutut saya telah mengeluarkan signal. Lalu saya serta-merta berhenti berlari, atas treadmill. Ah sudah... apehei pulak ni. Huuu.... takmo la cakap. Dah letak ais. Dah makan fish oil. Makan bendi. Pakai knee guard. Berehat. Ok sikit. Saya alami benda ni, sejak sebelum saya lari di Ipoh lagi. Giler tak risau... dah la event dah nak dekat waktu tu. Itu yang saya slow down sikit tu. Huuu... padan muka. Overtraining kot. Tak sedor diri. Sehari lari 10 km. Pastu ber-jump rope pulak. Ada satu hari saya buat demo kat anak saya, saya jump rope pakai selipar je. Haha.. merasalah. Saya dulu pernah terbaca, yang orang yang ada masalah tiroid ni, mudah untuk kena osteoporosis. Saya memang on medication tiroid, sebab saya dah takde kalenjar tiroid, macam orang lain. Ha, ok la. 

Sehubungan dengan itu, saya telah membuat jadual. Kembali ke jalan Allah. (Masa dah sakit baru kembali ke jalan Allah. Bila sihat ko lenjan ke sana ke sini, cetan! 🙈). Ada masa untuk rehat, masa untuk online, masa untuk mengait. Tersusun sikit rasanya. Semoga istiqamah. 

Tapi saya masih lari. Seminggu sekali, saya cadang buat LSD (long slow distance training. Lebih 10 km). Saya masih perlu training sebab ada beberapa event lari yang saya dah daftar. Itu yang saya sangat bersyukur, jika dapat sampai ke garisan penamat. Itu target saya. Sayangi kaki anda.

Larian Ahad lepas.

Larian Selasa lepas, 6.44 km.

Pernah tak, anda tengok nasi semalam, sikit je, nak masak nasi goreng pun, anggaran anda, cukup untuk 2 orang makan je kot. Tapi bila anda masak juga nasi goreng, walaupun nasi semalam sikit je, tengok-tengok, nasi tu jadi banyak? 😁 Ye la, kita letak macam-macam leftovers kan. Ayam goreng tak habis ke, fishcake la, telor lagi la, tu yang jadi banyak, kan.. sebab tu nasi kelihatan lebih banyak. Macam magik pun ada. Tapi, semua tu kan kuasa Allah.

Nasi goreng Selasa

Mari kita tengok rumusan larian Ogos 2022.


Jumlah jarak larian terkumpul adalah sejauh 236.9 km, dengan purata larian sehari sejauh 7.6 km. 

Ini adalah jarak paling banyak, sejak bulan Disember 2021.

Rekod jumlah jarak sejak November 2021

Huh. Saya sendiri pun tak sangka. Dengan keadaan lutut longgar pun mileage saya tinggi bulan Ogos. Alhamdulillah. Dah lepas ni, slow down sikit. 

Namun begitu, ada peningkatan dari segi berat badan. Oh nooo...


BMI masih normal. Tapi dah atas pagor ler. Hahaha... padan muka aku. Makan banyak. Lepas ni, kena control portion sikit. Kalau mak saya masih ada, dia akan cakap, "Ni, makan ke, mentekederah?" 😂😅😁 Astaghfirullahalazim... kena tampor diri sendiri 7 kali kanan, 7 kali kiri, baru sedor diri sikit.

Nasi goreng hari ni, Jumaat.

Larian hari ini, Jumaat, 5.74 km.

Baiklah. Sekian laporan pada kali ini.

Hujan. Hati-hati bawa kereta. Jaga diri, jaga keluarga. 

Jumpa lagi, ye. 😊

14 comments:

  1. Hehe sama macam dengar bunyi apabila naik tangga tapi tidak pasti bahagian mana.
    Hehe aduh dah tua.
    Takpelah sedikit tapi terap.

    ReplyDelete
  2. selain berlari...boleh ganti dengan briswalking....alhamdulillah saya masih buat sikit-sikit

    ReplyDelete
  3. oh, igtkan org yg obese je akan ada effect kat badan bila berlari. macam saya dulu training lari 10km, sakit tumit dan pergelangan kaki sbb kaki tak kuat menampung badan berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Carneyz. Biasa baca juga tu, bagi yang overweight. Tapi faktor usia pun menyumbang juga. Normal la, ramai yang alami sakit lutut bila dah tua.

      Delete
  4. Jaga diri bebaik. semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. Lengkap laporannya.

    Baru tahu pasal masalah tiroid mudah kena osteoporosis. Mak saya ada masalah tiroid dan jadi bongkok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.
      Ye, Ujie, ada hubungkait tiroid dengan tulang kita ni, saya pernah baca dulu. Nak terangkan, tak pandai. :)

      Delete
  6. Salam perkenalan.. Mesti kekok bila kena rehat dari berlari.. Semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, LZ. Terima kasih.
      Ok je, cuma bila hari kena rehat, dia jadi rasa tak best. Tapi belajar untuk terima yang kaki pun perlu rehat. :)

      Delete