Anak gagal permohonan UPU

 Jumaat, 3 RabiulAwal 1444 Hijrah.

Pada hari Ahad lepas, keluar keputusan UPU untuk pelajar lepasan STPM, Kolej Matriks, Politeknik dan yang seangkatan dengannya. 

Anak sulung saya lepasan kolej matriks, jurusan perakaunan.

Saya sampai download aplikasi UPUPocket untuk check result anak. Anak saya jenis burung hantu. Siang dia tidor. Malam dia berjaga. 🦉

Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA dalam permohonan ke Universiti Awam bagi Sesi Akademik 2022/2023. Keputusan adalah muktamad.

Ha. Hampa rasa di jiwa saya bila baca, tau.

Kawan pun sibuk bertanya. Keluarga pun sibuk bertanya, nak tahu. Haish, time anak dia orang, takde saya sibuk bertanya, anak dapat mana? Sibuk bebenor la manusia ni. 

Masa tu pikio, camanalah anak aku boleh gagal dapat masuk U ni. Salah seorang keluarga saya siap boleh cakap,"Camana boleh dapat macam tu? Tak pernah pernah keturunan aku tak dapat masuk U!"

Peh, cuba anda bayangkan, ye. Balik-balik saya sebagai ibu juga yang dikatakan salah. 😞

Anak-anak orang lain semua dapat. Huuu.... anak aku tak dapat. 

Tapi jauh di sudut hati saya, saya tahu, result anak saya pun tak berapa baik. Pointer dia tak tinggi. 

Terus saya teringat, saya pernah berborak dengan pengetua sekolah anak sulung saya ni dulu. Masa tu, saya ke sekolah dengan anak. Sebab perlu minta tandatangan dokumen. Puan Pengetua cakap, kolej matriks ni, kalau boleh, cubalah dapat pointer 3.5 ke atas. Baru dapat masuk U yang baik. 

Ye. Anak saya tak lepas pun 3.5 CGPA dia. Saya terima keputusan UPU dengan hati terbuka. Tapi ada rasa hampa la.

Minggu ni memang roller coaster ride la bagi saya. Itu yang saya tak update blog tu. Kalau boleh, saya tak nak tulis benda tak best di blog. Masa tengah emosi, tak mau la tulis apa-apa. Baik duduk diam. 

Saya kaji balik la. Permohonan UPU ni, guna sistem meritokrasi. Saya belajar untuk mengira markah merit anak saya. Saya masuk group UPU Online. Saya baca pengalaman dan cerita ibubapa lain. 

Bukan anak saya sorang tak dapat masuk. Ramai lagi rupanya. 

Klik untuk baca


Anak saya ambil Perakaunan masa di kolej matriks. Masa dia apply UPU tu, dia buat sorang di kolej. Dia pulak pakai apply je, based on kursus yang dia minat. Semasa permohonan, ada 12 pilihan kursus yang pelajar boleh masukkan. Saya check balik kan, dari 12 pilihan, cuma 2 pilihan kursus sahaja yang anak saya layak untuk memohon, based on markah merit. Itupun course yang dia layak tu, dia letak pilihan keempat. 

Saya check setiap kursus yang anak saya apply. Memang tak layak pun. Saya terima dan redha. Saya pun salah, sebab saya pernah cakap kat dia dulu, apply apa yang Amirul suka. 

Saya pun tak tahu. Yang permohonan ni, kena kira markah merit. Di aplikasi UPUPocket ada kalkulator markah merit. 

Masukkan CGPA anak, dan markah kokurikulum dia. Dekat slip result final kolej matriks, ada gred A je. Dekat kalkulator tu, ada nilai dari 0-10. 

Dah, berapa nilai untuk A tu? Dah saya tanya orang tu, tanya orang ni. Baru dapat. 9.4 rupanya. 

Anak-anak zaman sekarang tak sama macam zaman kita dulu. Dulu, kita buat semua sendiri. Apply UPU sendiri. Zaman takde internet, kena tulis sampul beralamat sendiri, beli stamp, tepek, pergi pejabat pos, buat wang pos bayar untuk borang UPU, semua sendiri. Jalan kaki.

Ok je. Dapat je U. Tiada masalah. 

Zaman sekarang, kena duduk sebelah anak, guide dia, camana nak isi borang. Macam tu.

Tengok la saya serah pada anak, isi borang sendiri, apa jadi. Dia pakai apply je. Course yang dia apply semua markah merit tinggi. Anak saya memang tak layak pun sambung degree dalam accounting. Semua tinggi-tinggi purata markah meritnya. 

Gitu. Geram dengan anak pun ada. Sebab sia-sia je, 10 tempat kosong sia-sia. Yang dia boleh isi dengan course yang dia layak, sekiranya dia boleh berfikir dengan lebih baik, kira markah merit dulu. Semua benda nak kena beritahu ke? Semua benda nak kena bersuap ke? Tak tahu fikir logik ke?

Itu lah beza generasi zaman sekarang ye. 

Bawak-bawak bersabor saya. Naik angin pun tak guna. Ketentuan Allah ni. Kena lapang dada.

Apa-apa pun, kita ikut proses dan saluran yang diberikan.

Yang gagal, boleh buat rayuan.

Suami pulak minggu ni pi kursus. Baru semalam dia sampai rumah, setelah pi kursus kerja di Gurun.

Kami bincang anak-beranak pagi tadi. Tak pergi jogging. Hujan. Lepas sarapan, kami bincang dengan anak sulung. 

Kira, teliti, kursus. 

Sudah submit rayuan UPU dah. Alhamdulillah. Selamat.

Nanti minggu ke-4 bulan Oktober, akan tau keputusannya.

Semoga ada tempat untuk Amirul sambung belajar. Kalau tak dapat pun, takpe la. Banyak tempat lain boleh pilih. Swasta pun takpe la. Duit boleh dicari. Asal anak nak belajar.

Tau tak, masa hari result UPU keluar tu, saya check dulu kan. Anak saya boleh cakap kat saya,"Mama tak boleh sabar ke? Tak boleh tunggu orang check sendiri?" 

Budak bertuah. Kalau tunggu dia check sendiri, malam la. Duduk bertapa dalam bilik tak keluar-keluar. Keluar bila lapor je. Kerja tak nak. Ambil lesen, tak nak. Adoiiii....

Saya siap tanya dia, dia nak sambung belajar, ke tak? Senang. Bagitau sekarang, kalau tak minat sambung belajar. Jangan nanti apply, bila berjaya masuk, sekerat jalan. Dia kata, dia nak belajar lagi.

Alhamdulillah. Anak aku nak belajor lagi.

Kerja saya sekarang adalah doa, doa, dan doa. Semoga ada tempat untuk anak saya, dan anak-anak yang tak berjaya dalam permohonan UPU yang baru keluar ni. Aminnn....

Dalam jiwa kacau minggu ni, saya sempat lagi keluar lari. 

Larian Selasa, 10.47 km. Selfie dengan budak Puteh.

Mesti lari, supaya dapat keluarkan angin-angin lintang dan segala angin meroyan dalam badan. Baru dapat berfikir dengan waras.

Tapi ada satu berita baik, tau, minggu ni. Sebelum ni, saya check darah 3 bulan sekali. Alhamdulillah, result darah saya normal, temujanji doktor hari Rabu lepas. Lepas ni, doktor cakap, jumpa dia 6 bulan sekali. Yay! Alhamdulillah, syukur! Saya sihat. Untuk info pembaca, ini rutin check, untuk post total thyroidectomy. Saya jalani pembedahan buang kedua kalenjar tiroid pada tahun 2016. 

Larian Rabu, 10.1 km.

Larian Khamis, 10.24 km. Selfie dengan budak Oyen pulak.

Gitu lah cerita minggu ni. Pengalaman pertama hadapi macam ni. Saya tahu, luas lagi perjalanan. Banyak lagi lubang lain anak-anak ni boleh pergi. Semua ni Allah yang aturkan. Belajar dari kesilapan. 

Salam Jumaat, semua.

Jumpa lagi, ye. 

21 comments:

  1. takpe Nur.. insyallah ada rezeki dia nanti tu smbg belajar...

    ReplyDelete
  2. mungkin rezeki Mirul d tempat lain. suruh dia ambik ACCA ke? sbb acca ni laku di semua negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ACCA, Abam Kie. Cuma ijazah sarjana muda perakaunan saja. Lagi pun, anak saya tak minat pula. Nampak benor dia salah pilih aliran. Memang tak layak sambung bidang accounting.

      Delete
  3. in shaa Allah ada rezeki janji nk belajar tu ada. jangan separuh jalan berhenti sudah. doa baik2.. baru sy tahu nk apply UPU skrg ni punya susah kena kira markah pulak. kalau dulu, pos surat saja tak pun ke CC apply online.

    ReplyDelete
  4. Anggap bukan rezeki puan....tapi cuba doakan berjaya dalam saluran kedua nanti....saya dulu tak layak masuk universiti kerana darjah kecerdasan minimum sahaja...namun saya sekarang anggap berjaya sebagai seorang ayah dan suami yang baik kepada keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Encik Hanafi.
      Alhamdulillah, kipidap ye, Encik Hanafi. Berusaha!

      Delete
  5. Innalillahiwainnailahirajiun. Semoga berjaya dalam rayuan.
    Boleh tukar tulis jurusan yang layak tidak?
    Samalah kalau saya meroyan saya diam sahaja. Kalau tulis di blog samar-samar hanya saya yang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. terima kasih, NA.
      Boleh, memang boleh tukar pilihan kursus. Dia simpan yang paling latest update dalam borang rayuan tu.
      Ye, NA. Khuatir time tengah meroyan, tulis benda bukan-bukan pulak dan tak sepatutnya.

      Delete
  6. Betul sis, zaman kita tak sama dgn generasi skrg. Mungkin cara didikan yg tak sama, jadi tak dpt nak salahkan dieorg 100%. Jgn putus asa anggaplah semua ni ujian. Berdoa byk2 supaya dia dapat tempat masa rayuan nanti. Insha Allah doa ibu mustajab :)

    Adik ipar saya dulu lepas SPM pun tak layak ke IPTA. Dah la tak dpt sambung belajar, taknak bekerja pulak lama jugak dia menganggur di kampung. Lepas 5 tahun dia tgk kawan2 dia dah grad & dapat kerja bagus, dia jadi segan lepas tu apply sambung belajar di IPTS di KL (dapat tajaan separuh, ada jugak yg suami saya tolong byr kan). Lepas grad, dia terus dapat tawaran dari syarikat service provider O&G di Labuan. Kesimpulannya tak dpt tempat di IPTA bukan penghalang utk berjaya dlm kerjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Carneyz. Terima kasih. Insya-Allah, baik. :)
      Terima kasih, share cerita adik ipar. Ye. Betul tu. Luas lagi pilihan yang ada dalam hidup kita, kan.

      Delete
  7. Semoga berjaya masuk ke universiti. Pernah juga tak lulus upu. Tapi, alhamdulillah dapat juga sambung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih, Encik Khairul.
      Alhamdulillah. Rezeki di tangan Allah.

      Delete
  8. Aduhai Nur, saya baca dengan nada bercampur baur.
    Marah pada yang bermulut jahat.
    Kesal dengan sikap anak sekarang dan kagum dengan cara Nur tangani masalah.
    Juga syukur dengan berita baik pasal masalah tiroid.
    Semoga Allah beri yang terbaik untuk anak Nur. Nur dah usahakan yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. Sabar kak sabar. Kita ni kadang cepat triggered dengan kata orang. InshaAllah pasti ada haluan lain yang lebih baik untuk dia. Semoga ada rezeki dapat sambung nanti. Aamiinn...
    Lepas ni kena apply dan semak betul betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... terima kasih, Fizah.
      Ye. Akak dah boleh terima dan percaya, ada hikmahnya. :)

      Delete
  10. Sabar dear, Insyallah rayuan anak Nur akan berjaya. Thanks for sharing your experience, sama2 kita ambil iktibar. (p/s : ni Yati, kan? The knitting/crotchet expert?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, saya, 10 markah untuk Zurainny! ^_^
      Takde la expert. Beshe-beshe je.

      Delete
    2. Tak pasti Yati ingat ke tak, akak dulu blog di "Precious-Crafts". Dah lama tutup blog tu. Kkak cari2 jg blog rakan2 crochet, knitting & cross stitcher Malaysia, tapi mcm semua dah x aktif. Alhamdulillah kita bersua di sini.

      Delete
    3. Yati ingat kak Zurainny. Yati pun tutup blog lama dulu. Ni pun, baru start balik. :)

      Delete