Larian sambil berangan

 Ahad, 14 Safar 1444 Hijrah.

Semalam saya tak pergi jogging pun. Saya dan suami pergi jalan-jalan cari makan di pasar pagi Bota. Sambil tapau makanan untuk sarapan dan makan tengahari, jalan-jalan di pasar pagi ni saja sudah boleh mencapai 1 km. 😁

Lebih kurang tengahari, suami terima panggilan dari kedai komputer. Laptop dia yang rosak sudah siap repair. Kami pun pi la ambik waktu petang. Repair motherboard yang rosak. Kedai komputer tu, satu barisan dengan Secret Recipe.

Singgah mengopi sat.


Sambil tu, ambil satu piece chocolate indulgence cake dan chicken cornish sebiji. Mak saya dulu panggil chicken cornish tu, karipap dinasour. 😁😋😋 Kenyang. Alhamdulillah. Dah tak makan malam dah kami. Intermittent fasting start awal. Mengopi, tapi lupa ambil gambar kopi. Saya order hazelnut latte panas, dan suami minum ice blended cappuchino.

Suami kerja shif malam. 

Jadi, pagi Ahad, hari ni, saya jogging sorang. Lama plak tak layan pemandangan tepi laut. Pergi jogging di Esplanade Lumut. Saya ni, sebenarnya sejenis introvert. Lebih suka buat benda sorang-sorang. Tapi ada kala, saya boleh juga jogging dengan kawan-kawan. 


  

Kacau Oyen tengah tidor. Masam je Oyen, kita ambil gambor dia. 😁 Larian pagi tadi, sejauh 11.2 km. Slowjogging je. 

Bila jogging sorang, boleh muhasabah diri. Boleh berangan. Kalau saya jadi perdana menteri, saya akan improve public transportation satu negara. Saya akan buat LRT, di semua kawasan yang boleh dilalui, di kampung, dan di bandar. Lepas tu, semua free. Takde tambang. LRT ke, komuter ke, ETS ke, bas awam ke, semua free. 

Satu rumah, ada satu kereta sahaja. Ini untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Jalanraya akan dibaiki, ada laluan motor dan basikal khas. Siapa langgar pejalan kaki, penunggang basikal atau penunggang motosikal, akan dikenakan hukuman penjara. Takde saman-saman, denda-denda. Penjara terus kalau langgar orang. Kalau emergency ke, nak ke hospital, tiada masalah, bas atau LRT sentiasa ada. Selang 5 minit. 😁 Semua public transport ada kemudahan untuk kegunaan OKU, yang tak boleh berjalan, ada special bas yang ada lifter tu, boleh angkut orang yang naik wheelchair, ke mana-mana.

Laluan jogging pagi tadi. Pokok besar dah kena trim

Hehe.. syok berangan. Siapa yang boleh kurangkan berat, contoh dari BMI obese ke overweight, boleh ke klinik kesihatan terdekat, ada hadiah. Voucher makanan, boleh tebus untuk beli barang di supermarket atau pasar, terhad kepada pembelian buah, sayur dan barangan dapur sahaja. 

Ok ler. Tu je sesi berangan sambil berlari buat kali ni. Akan disambung di kemudian hari. 

Semoga hari anda ceria dan selamat berhujung minggu. 😊

14 comments:

  1. Seronok itu berangan. Tidak sangka Puan Nur ada niat jadi PM. Harap yang terbaik untuk negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak jadi PM pun, NA. Cuma penat dengan pemimpin kita sekarang yang lebih gila kuasa dari laksanakan kerja untuk rakyat.

      Delete
  2. Nur boleh share tak, camane buat IF tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya download je app free dari playstore, Carneyz. Ada app, senang tak keep track record kita IF. Tak yah nak tengok jam je, bila boleh makan, sebab app dah inform kita. Pilih je kita mampu IF 14 jam ke, 16 jam ke, atau lebih. IF ni nampak macam lamanya tak makan. Tapi sebab kita boleh minum air, jadi kita takde la tak larat macam kita puasa sunat atau wajib bulan ramadhan tu ke. Selain air putih, boleh je minum air teh atau kopi yang takde guna, jadi dia 0 kalori. Kita boleh pilih masa kita sendiri. Saya breakfast pukul 10 pagi, dan makan dinner before 6 pm. Ada 8 jam je makan. Jadi, kita takde masa nak makan sebab sibuk dengan kerja rumah lagi. Automatik kita kurang makan. Bila kita amal IF hari-hari, boleh rasa yang perut kita makin kecik. Dah tak boleh makan banyak macam sebelum buat IF. Cubalah, Carneyz. App yang saya pakai adalah Fasting Tracker. :)

      Delete
  3. Angan2 yang menarik tu Nur. Saya pun sangat berharap kita ada sistem pengangkutan yang menyeluruh dan cekap. Tak payah bergantung kepada kenderaan sendiri. Dapat jimatkan kos sara hidup dan mengurangkan pencemaran alam daripada asap kenderaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ujie, kan. Tak payah ada kereta. Public transport dah senang dan cekap.

      Delete
  4. bestnya kalau angan2 tu jd kenyataan..tapi manusia ni tetap nak drive juga, mcm di negara2 maju, walaupun sistem pengangkutan lengkap & terbaik, tapi tetap juga jem di pusat bandar spt London, Tokyo, Beijing sbb ramai yg bawa kereta...

    ReplyDelete
  5. Verangan itu percuma hehehee... chicken cornish nampak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Mrs. A. Dah la besar. Kenyang makan. :D

      Delete
  6. Nur.... hari tu saya teringin sangat makam lamb pie di SR, tapi yang ada hanya chicken cornish. Ambil jugalah sebiji.... tapi sambil makan tu, sambil bayangkan rasa lamb pie hihihiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah cuba la lamb pie, Amie. Hari tu masa saya pi SR, ada, tapi suami tak makan kambing, jadi saya pun tak order. Tapi dengar Amie cakap ni, lain kali boleh try. Hehe..

      Delete