Minggu banyak rehat

 Jumaat, 26 Safar 1444 Hijrah.

Dah hari Jumaat dah yek. Sekejap je, ye.

Minggu ni, banyak hari hujan turun di waktu pagi. Jadi, tidak lah saya pergi berjogging. Bawa masuk kasut lari, konon nak berlari treadmill. Tapi, nan ado... cuaca sejuk. Makan sambil tengok netflix lagi sedap. 🙈

Meh kita tengok cerita saya sikit, sepanjang minggu ni.

Sandwich telor rebus.

Masa saya pergi berlari hari tu kan, nak tinggal anak rumah. Saya ada siapkan sandwich telor rebus. 


Selain tu, saya ada juga masak mee goreng, guna mee kering jenama Arona. Lembut mee nye, bila dah direbus tu. Boleh tahan... 😋

Larian Rabu, 5.46 km.

Hari Selasa sempat lari sekejap je, 1 km, hujan lebat turun. Kelam-kabut lari masuk kereta. Kalau hujan sikit, biasa lari juga. Yang ni, dari jauh, boleh nampak hujan tu datang. Kelabu je. Kawan saya cakap, ni lebat ni. Betul pun. Masuk je dalam kereta, lebat betul, siap pakej angin. Huu... takut juga bawa kereta hujan lebat dan angin kuat. Wiper pasang speed paling laju. Alhamdulillah, selamat sampai.

Hari Rabu, gambar di atas, beriadah dengan suami, di Lumut Waterfront. Jumpa kulit siput dekat tepi pantai. Nak letak dalam akuarium. 😁


Lepas tu, ada masak sambal telor rebus. Yang ni, nak masak, senang je. Cili kering semata. Arwah mak saya dulu ajor. Dulu duduk kampung, kadang tak boleh nak ke kedai, beli barang dapur, jauh dan takde pengangkutan. Bawang pun dah habis. Kalau tak tau nak masak lauk apa, ambil cili kering je, kisar. Ikut citarasa. Cili sekarang pedas, 11-12 biji cili kering sahaja saya guna untuk lauk di atas. Dulu, roti pun simpan dalam peti ais. Jadi, roti tahan lama. Nak makan, bakar dengan toaster. Bukan selalu dapat keluar pergi kedai. 


Larian hari ini, Jumaat, sejauh 10.02 km. 

Sarapan lontong pagi tadi. Lama dah tak makan. Suami tolong belikan, sebelum dia masuk kerja. 

Kredit foto: Jurugambar rasmi HTM Ipoh 7 Bridges Run

Gambar di atas masa saya dah nak sampai finish line. Ada juga gambar oleh pihak penganjur, yang elok sikit. Ada beberapa yang jurugambar rasmi penganjur ambil, tapi gambar saya semua cinonet dan gelap. Gambar atas paling ok.

Kredit gambar DutaFotoMalaysia

Gambar di atas pula oleh jurugambar bebas, cantik dan jelas gambar encik ni ambil. Fokus pada sorang-sorang runner. Saya suka! 😁

Ok ler.

Jumpa lagi, ye. 😊

9 comments:

  1. sedap lontong...7 Bridges Run..banyak jambatan kat Ipoh, mesti jauh km..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, nohas. Elevation dia tinggi juga. Naik turun, naik turun route larian. Huuu...

      Delete
  2. Ceria sahaja muka apabila tamat larian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depan photographer haruslah tersenyum, NA. Hehe...

      Delete
  3. saya pun dah lama tak lari kat outdoor...biasa lari dalam gymn sahaja

    ReplyDelete
  4. Jauh betul lariannya..2km pun dah mengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya dulu masa mula lari pun jangankan 2 km, encik Khairul, 2 tiang lampu pun dah semput.

      Delete
  5. lauk simple tp sedap. layannn.. cili skrg byk yg pedas. letak 5 biji pun dh tak tahan

    ReplyDelete