Kerja kait dan lari jugak

 Selasa, 16 Safar 1444 Hijrah.

Semalam, hari Isnin, saya off jogging. Tapi saya tolong suami mesin rumput di halaman rumah. Masukkan rumput dalam plastik hitam untuk diambil oleh lori kutip bahan buangan pokok. Hari tu saya menebas, kan. Menebas di bahagian yang tidak dapat dilalui oleh mesin rumput. Kerja sudah siap. Cuma rumput dalam pasu belum cabut. Panas. Entah bila nak sambung. Hehe.. macam ni la, orang dah amanah kita jaga rumah pusaka. Kenalah jaga elok-elok. Sebulan sekali jadi tukang kebun.

Pagi tadi, saya pergi jogging setelah hantar anak kedua ke sekolah.

Kucing jiran datang bertandang

Larian hari ni adalah sejauh 8.29 km. Matahari cepat naik hari ni. Panas sudah bila sudah sampai 6 km. Hari yang bagus untuk basuh kain.

Inilah dia, bila tiba musim mengawan, ada je kucing jantan datang bertandang. Kucing-kucing kat rumah saya ni, betina belaka. Eh eh, dia ngorat si Oyen pulak. Ngekor ke mana Oyen pergi, walaupun Oyen tak suka.


Agak besor juga kucing jantan ni. Bulu kat perut dah la macam carpet. Ish ish... anak bulu sape la ni. 

Eh, lupa plak nak share. Pagi tadi, saya masak nasi goreng.


Tumbuk cili kering dan ikan kering pukul 5 pagi. Kikiki... 

Sedikit progress kerja mengait pulak. Saya dah siap buat topi baby yang crochet (kait satu jarum). Tapi saya nak buat satu lagi topi baby, knitting pulak (kait dua jarum). Saje, nak bagi lebih pilihan pada customer.

Masa baru nak start knit.

Menatang apa la pulak, sampai 4 besi tajam macam chopstick ni, kan. Ini jarum knitting yang dipanggil double pointed needles (DPN). Sebab dua-dua belah kiri dan kanan jarum, tajam. Jarum DPN ini diguna bila kita nak kait benda bulat, seperti topi. 

Kalau tak nak guna DPN ni, boleh je guna jarum knitting bercable untuk kait topi. Saya tunggu DPN yang saya baru beli kat shopee, dari China juga. Bukannya saya tak usha local seller. Ada je, yang saya pernah beli dulu. Tapi harga bapakkkk.... macam nak cepat naik haji je. 

DPN, beli kat shopee

Set DPN yang saya beli di shopee ni, seller kat China, harga dia RM16. Yang saya usha kat local seller, bila dah add to cart, RM90. Beza giler, kan... Jarum knitting besi, pelbagai saiz. 

Tu pasal ada pepatah omputih kata, don't mess around with a knitter. Tau tak pasal pe?

Photo credit: knitlikegranny.com


Hehehe... kacau la kacau, kang aku cucuk ngan jarum kait kang.. 😁
Berikut progress saya setakat semalam.


Baru sampai di bahagian brim topi. Bahagian yang boleh diregang. 

Ok ler. Tu je cerita pada hari ni.

Kome buat apa tu? Dah makan ke? Makan apa?

Jumpa lagi, ye. 😊

16 comments:

  1. Ooh…ingat sama je crochet dan knitting 🤭

    Nur kata, kait dua jarum. Tapi saya tengok ada 4 jarum.
    Nampak sangat saya tak reti pasal kait mengait ni 😆

    Yelah, seram nak kacau orang ada banyak jarum besar ni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie, saya ada jawap soalan mengenai 4 jarum ni, dalam entri terbaru saya. :)

      Delete
  2. Rajin menebas dan mesin rumput.
    Layan telenovela lama di Youtube La Usurpadora.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, saya pernah tengok cerita tu dulu. Dulu tv3 tunjuk kan, NA. Masa anak saya kecik-kecik la tak silap saya, saya selalu tengok.

      Delete
  3. Saya kagum sungguh dengan orang yang pandai mengait ni, kuat lari pulak tu. Sy nak kait mata air pun tak pandai, eh, bukan mata air, tali air eh, nampak tak, pengetahuan mengait pun kurang, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. mata air.. SK tak payah kait, mata air dah dekat dah, selalu boleh dating sama. :D

      Delete
  4. Replies
    1. Kena rajin la Wak, nanti semak, jadi sarang ulor pulak.

      Delete
  5. knp seller luar boleh jual murah ya, beza benor harganya...ke local seller amik dari negara omputih tapi kalau berfungsi sama, lebih baik beli yg murah kan... selamat mengait..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la, nohas. Agaknya la kan, dia amik dari omputih. Dah stock amik mahal, kena la jual mahal. Ye, sedap juga guna jarum kait dari China ni, walaupun murah. Terima kasih, nohas.

      Delete
  6. Kalau Nur kongsi gambar nasi goreng, saya suka suka renung lama-lama. Rasa macam sedap sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, ye ke, Amie... hehe.. malu pulak saya. Nak kata sedap tu, idok ler. Boleh la buat makan satu family. Alhamdulillah.

      Delete
  7. suka baca citer Nur yg suka lari, masak n mengait. Jika jual d shopee ni, pasti laku keras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takut la nak jual di shopee, Abam Kie. Takut nanti tak menang tangan. Nanti hilang keseronokan mengait. Biarlah saya kait santai-santai je.

      Delete
  8. Gigihnya Nur mengait. Saya kurang sabar bab2 jahitan ni hehe.

    ReplyDelete