Kasut baru

 Rabu, 10 Safar 1444 Hijrah.

Seronok betul melayan perasaan rileks dan santai-santai di waktu cuti sekolah ni. 😁 

Kome pergi bercuti ke mana-mana ke? 

Saya stay di rumah je, dengan anak-anak. Suami korje. Melayan selera anak-anak. Sat sat, masak. Sat sat, makan. Sat sat, layan netflix. Huhu...

Larian Ahad lepas, 15 km.

Ahad lepas, saya jogging dengan kawan-kawan dulu. Suami datang lewat ke tempat jogging. Tapi habis sama-sama, pastu pergi sarapan sama.

Keesokan harinya, suami saya off kerja. Ajak pi nyongket Ipoh. Kami pi dengan anak sulung. Saja, jalan-jalan. Jamu mata. Makan di tempat yang tak ada di Lumut, seperti di Texas Chicken. Lepas pergi Aeon Mall Station 18, pergi Ipoh Parade pulak. Lebih meriah di Ipoh Parade. Lebih ramai orang, walaupun hari bekerja. 

Jumpa pulak A&W, satu lagi tempat yang tak ada di Lumut. Makan lagi. Pastu jalan lagi. Kedai sukan je, masuk. Lepas tu, saya boleh terbeli kasut baru. Sebab apa? Sebab dah lama mencari kasut Brooks. Akhirnya, ketemu. Nak ke KL, memang tak la kot. Tak tahu bila. Tengok-tengok, boleh jumpa kasut Brooks di Ipoh. Apa lagi... pakat test la. Berpeluh juga, test lari pakai kasut dalam kedai. Akhirnya, saya beli kasut seperti di bawah.


Brooks Ghost 14.

Keesokan harinya, saya test lari pakai kasut baru.

Larian Selasa, 8.49 km

Dah lama saya tengok ramai runners pakai kasut Brooks ni. Kedua kakak saya yang dah lama berlari juga, dah lama rekomen saya beli kasut ni. Jadi, benarlah apa yang orang kata. Memang sedap. Sepanjang saya berlari sejak tahun 2014, inilah kasut paling sedap yang saya pernah pakai. Period. Dah. Tu je. Tak yah cakap benda lain dah. Cuba sendiri, baru anda tahu.

Kalah Nike Pegasus 36 saya dulu. Kalau Nike Pegasus 36 dulu, walaupun baru beli, dah macam lama kenal kaki kita. Tapi Brooks Ghost 14 ni, rasa bouncy, rasa kaki atas tilam bila berlari. Elok sangat sebab lututku yang longgar, kan. Soft landing rasanya, walaupun lari atas tar. Syukur Alhamdulillah, sudah ketemu dan merasa pakai kasut best macam ni. 

Saya bukan jenis memilih pun. Apa-apa brand yang saya jumpa, saya beli je, setelah cuba. Jangankan yang kat butik sukan, yang kasut jenama tempatan, beli di kedai kasut apek pun saya pernah beli. Selesa itu lebih penting. Ada juga yang saya pernah beli, tapi tak sesuai, terpaksa tolak kat orang. Itu la pasal saya tak pernah beli online. Saya lebih suka cuba pakai dalam kedai. Supaya boleh tahu sesuai tak dengan kaki saya. Setakat ni, kasut Asics tak sesuai dengan kaki saya, rasa ketat di hadapan. Jari kaki tak bebas. Tak sesuai dengan saya, tapi tak semestinya tak sesuai untuk anda. Kena cuba sendiri bila beli kasut lari, tau. Kaki kita semua tak sama. 

Larian hari ini, Rabu, 8.07 km.

Pagi tadi hujan. Tapi lepas Subuh, hujan berhenti. Pergi jugak la jogging. 

Baiklah. Tu saje cerita kali ni.

Bagi yang sedang bercuti, selamat bercuti ye. Selamat bekerja pada yang bekerja.

Jaga diri, jumpa lagi. 😊

18 comments:

  1. Setuju… klu berlari kena cari kasut selesa utk elakkan long-term injury. Saya pun kena racun kawan beli kasut Brooks sblm ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Carneyz. Betul, betul.
      Haha, ye ke? Sedap yek, kasut Brooks. :)

      Delete
  2. Mahal ke kasut Brooks. Penting cari kasut sesuai untuk kaki dan tujuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Retail price RM530, NA. Tapi dapat less, RM500. Standard harga kasut lebih kurang camtu ler. Betul, kalau kasut tak sesuai, boleh sakit kaki atau boleh cedera.

      Delete
  3. Mesti staf kedai cuak tengok dia test lari dalam kedai, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, takde la SK. Dia dah biasa kot, orang lari dalam kedai. Kalau saya lari keluar kedai, baru la gempak! :D

      Delete
  4. Cantik kasut, ada sentuhan pink gitu.
    Belum pernah pakai kasut Brooks, maklumlah tak jogging kan..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saya pun pertama kali pakai, Ujie. Dari beli tak boleh berhenti tersenyum. Sambil lari, senyum. Lubang hidung jangan cerita. Kembang kot. Syoknya pakai kasut Brooks. ^_^

      Delete
  5. cantik kasut dn mesti happy time jogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Encik Hanafi. Sambil lari, sambil senyummmm gitew. ^_^

      Delete
  6. Replies
    1. Mekasih. First time saya terbeli kasut kaler pink, Cik Nor. :)

      Delete
  7. samalah. sy beli kasut n baju di kedai fizikal sahaja. puas hati bila dpt pakai sebelum membelinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Abam Kie, kan. Kena cuba dulu, baru best.

      Delete
  8. Wak pon baru beli kasut, tapi bkn utk berlari tapii

    ReplyDelete