Selamat Hari Malaysia

 Jumaat, 19 Safar 1444 Hijrah.

Dalam entri lepas, saya ada cerita tentang progress saya sedang mengait, kan. Ada gambar 4 jarum knitting yang saya gunakan untuk kait topi. Saya nak tambah penjelasan. Patutnya, saya cerita dengan lebih menyeluruh. Begini, knitting atau kait dua jarum, guna 2 jarum kait sahaja kebiasaannya. Cuma untuk hasilkan benda bulat seperti topi, adalah lebih mudah untuk guna 3 atau 4 jarum. Alternatifnya, ada juga jarum knitting bercable, di mana dua jarum kait, dihubungkan dengan tali plastik atau kabel dawai atau macam-macam lagi la di pasaran sekarang yang ada dijual, sekiranya nak hasilkan benda bentuk bulat.


Tapi prinsipnya masih sama, saya cuma guna 2 jarum pada satu masa. Sementara 2 jarum lagi, saya abaikan sahaja. Sebab tangan kita kan ada 2 je, satu pegang jarum belah kanan, dan satu lagi jarum tangan kiri. Cuma, jarum itu di-rotate penggunaannya. Bertukar-tukar, sepasang pada satu-satu masa. Harap jelas mengenai knitting atau kait dua jarum. 

Berikut progress saya, setakat semalam.


Ada dah nampak macam bentuk topi, kan. Macam rupa anak tudung yang kita pakai masa sekolah dulu pun ada. Lepas beberapa round knit bahagian ribbing, baru masuk bahagian body topi. Gitu. 

Saya dulu, masa mula nak belajar kait topi, saya guna jarum knitting bercable. Cuma sekarang saya lebih prefer untuk guna double pointed needles (DPN), seperti dalam gambar di atas ni. Macam complicated je. Kita nak knitting untuk hilang stress, sebagai terapi. Bukan nak tension-tension, nak kena hadap jarum yang banyak, gitu anggapan saya dulu. Tapi percayalah, konsep dia tetap sama. Masih mengait dua jarum je. Pegang konsep tu, dan kita boleh kait apa saja. 

Macam matematik juga, kalau kita faham konsep matematik tu, dari sekolah menengah, sampai kita masuk U pun, dan kita ambil maths, dia pusing soalan macamana pun, kita boleh selesai masalah matematik tu, Insya-Allah. Nak guna persamaan serentak ke, apa pun, tulis dulu apa info diberi, untuk selesai satu-satu masalah. Gitew.

Tentang intermitten fasting (IF) pula, ye, saya baru start semula IF ni. Dulu, tahun lepas ke, 2 tahun lepas ye, saya pun dah lupa. Berat saya plateau. Dok 60 kg je, 61, 62, 63. Lama saya berusaha untuk turun berat jadi under 60. Tapi lepas saya buat IF, barulah berat saya jadi 59, 58 kg. 

Biasanya, saya buat 16 jam IF. Sarapan pukul 10 pagi. Dinner sebelum 6 petang. Disiplin kena tinggi. Jangan menipu. Kalau tipu, bukan siapa pun, kita cuma menipu diri sendiri je. Kena kuat juga. Buat permulaan ni pun, saya tak kuat. 

Fasting Tracker app, percuma dari playstore.

Bukan hari-hari saya dapat capai 16 jam untuk IF ni. Contoh di atas, 15 jam 26 minit je. Tengok bahagian bawah gambar di atas, fasting record saya, bukan setiap hari saya dapat capai target 16 jam. Kalah jua. Cuma 4 hari dapat capai target 16 jam. 3 hari lagi, ke laut dalam. Kena lebih berdisplin dan kuat lepas ni. Berusaha! 

Oh, saya cuma nak cuba jauhkan sikit dari border 60 kg tu. Walaupun BMI saya sudah normal. Saja, nak tengok, boleh turun lagi ke tak. Kalau dapat 55 kg, orait juga. Tengok la dulu. Berat saya sekarang adalah 59 kg.

Semalam hari Khamis, saya pergi lari sekejap. Hari Rabu saya tak lari, sebab hujan lebat di waktu pagi.


Larian pagi Khamis adalah sejauh 7.34 km. Gambar di atas adalah kopi yang saya tapau. Kiri, americano panas. Kanan, mocha frappuchino, untuk suami. Orang tu tanya, nak letak gula tak, dalam americano tu? Saya cakap letak sikittttttt je. Memang betul dia letak sikit je. Hampir tawar rasanya. Bagus, bagus. Bungkusan di dalam plastik di belakang kopi adalah roti john daging. Tapau, makan di rumah. 

Pagi tadi, saya tak jogging. Malas pulak. Hari ni memang plan untuk ke Ipoh, ambil racekit untuk event lari hari Ahad ni.

Lepas sarapan dengan anak-anak di luar, saya dan suami pun pergi Ipoh.


Selamat sudah, ambil racekit untuk event hari Ahad ni. Semoga selamat sampai ke garisan penamat. Saya masuk half marathon, 21 km.

Kedua kakak saya pun ada event lari juga, di Sabah, iaitu TMBT. Kakak sulung masuk 50 km, manakala kakak kedua masuk 30 km. Rindu untuk lari dengan kakak-kakak saya. Insya-Allah, jika diizinkan. Walaupun saya tak join dia orang, kakak kedua bawa topi yang saya kait untuk dia dulu.


Hehe.. saya pun dah lupa saya pernah kait topi ni untuk dia.

Kakak keduaku, pakai topi saya kait.

Kakak wassap kata, hujan sana. Aiyo.. semoga selamat sampai ke garisan penamat.

Selamat bercuti. Selamat Hari Malaysia! 😊💓

18 comments:

  1. Terima kasih share pasal IF tu. Sejak minggu lepas saya try buat IF, last makan pukul 7.30 mlm, esoknya makan tengahari pukul 12.30pm. Ada nampak progress sikit, walaupun tak banyak tapi ok la dari tak gerak langsung. Skrg tgh cuba nak amalkan air putih 2L (tapi masih lagi berusaha).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyok, Carneyz! Saya pun tengah cuba untuk minum air putih lebih banyak. Boleh rasa, beza pada badan kita, kan. Bila badan cukup air, banding kurang air.

      Delete
  2. Wah, teliti sungguh kiraan untuk mengait ni Nur. Kalau dah minat, memang menjadi saja.
    Oh... begitu rahsianya untuk turunkan berat badan ye Nur. Patutlah berat saya takat itu saja, rupanya ada sesuatu yang perlu dilakukan. Nanti nak cuba IF pula, in syaa Allah. Disiplin tinggi ni.
    Tahniah untuk dua kakak Nur yang ikut larian BUTM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalori bakar harus lebih banyak dari kalori masuk, Insya-Allah, berat akan turun, Amie. Apa pun, minta nasihat doktor dulu ye, Amie. Kadang masalah tiroid pun boleh punca berat tak turun-turun.

      Delete
  3. Wah rupanya adik-beradik minat lari.
    Semoga berjaya. Saya pun IF juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, NA.
      Wah.. selamat ber-IF ye! :)

      Delete
  4. berat kita tidak jauh....sekarang saya dalm 60.5kg sahaja...ini merupakan berat ideal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... ringannya, Encik Hanafi. Kipidap ye!

      Delete
  5. Oo..ok dah faham pasal jarum tu. 4 jarum rotate pegang 2 jarum je.

    Seronoknya adik-beradik punya minat yang sama. Masing2 pun hebat..sampai 50 km!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul, Ujie.
      Kakak-kakak saya terer. Saya berlari untuk sihat je. Masuk event seronok-seronok. Bukan nak kejor podium pun.

      Delete
  6. pandainya kait.. kalau tak rajin confirm tak jadi. bestnya kalau ada geng nk lari

    ReplyDelete
  7. Tak pandai guna jarum dua batang ni, kalau chrochete okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mengait, Azirahman. Hasil crochet pun cantik juga.

      Delete