HTM Ipoh 7 Bridges Run 2022

 Pada hari Ahad yang lepas, bersamaan 18 September, saya pergi Ipoh dengan suami, pagi-pagi buta, kau... Nyaris terlewat. Saya nak bangun pukul 12.30 malam untuk bersiap. Saya set alarm di telefon, 12.30. Saya lupa yang handphone saya, setting jam dia, 24 hours. Patutnya, 0030. Saya letak 1230. Tak bunyi la. Nasib baik suami saya tak tidor dan gerak. Itu pun dia gerak saya bangun lewat, hampir pukul 2 pagi. 

Anda bayangkan ye, dari Lumut ke Ipoh, kami sampai dalam 1 jam je bawa kereta. Malam minggu tau. Walaupun tak sesak. Tapi traffik light banyak. Tak pernah-pernah bawa kereta macam ni, sejam dah sampai. Dari Lumut ke Stadium Indera Mulia Ipoh, 84.7 km jaraknya. Mengikut google maps, ETA 1 jam 29 minit. Haha.... kat rumah tu, saya bersiap macam kartun. Mandi pun ala kadar. Tak sempat 'lepas hajat'. 

Bila sampai Ipoh, ada masa sikit, singgah Petronas, baru lega, dapat membuang. Dah tu, lain kali ada event lari, takmo bertolak dari rumah tengah-tengah malam. Baik duduk hotel. Tapi nak buat camana, suami punya cuti dah tinggal sikit. Kena jimat, takut ada emergency atau hal keluarga, kena hantar anak ke, kan. 

Takpe la, sempat sampai, pakai kasut, buat warm-up, dan bersedia untuk larian.


Ramainya manusia. Flag off untuk kategori 21 km, pukul 4 pagi. Tapi, nak tau tak apa jadi? Boleh false start la pulak! Udah macam larian 100 meter pulak kat sukan olimpik. Orang tembak, tapi false start, kena balik semula ke starting line. 

Saya yang duduk di tengah-tengah, tak dapat dengar apa-apa pun yang Emcee tu cakap. Suami saya cerita, sebab dia dah standby kat depan starting line, nak ambik gambar saya, emcee tu cakap, tunggu, tunggu. Polis di hadapan belum ready. Tapi orang kat starting line tu dah tembak, orang ramai pun start la lari. Adoi! Marah orang kat depan tu. Ada la 2, 3 kali kena undur, undur ke belakang, sebab nak mula semula. Saya sampai terpijak kaki orang belakang saya. Ye la, kan orang dah berpusu-pusu ke depan, nak mula. Sepanjang penglibatan saya berlarian di event ni, ini pertama kali kena false start. 

Lepas tu, berlepas la jugak. 

Kredit foto: Jurugambar rasmi HTM 7 Bridges Run Ipoh

Boleh nampak saya, dalam gambar di atas? Hehe...

Giler, orang semua laju-laju, tau! 

Saya, semasa 3 km pertama, saya ada rasa sakit di bahagian shin.

Photo credit: OrthoInfo

Lepas 3 km, sakit tu hilang. Tapi ada rasa sakit kat tapak kaki pulak. Adoi. Yang ni, tak hilang-hilang. Sikit-sikit saya ambil energy gel. On and off la, saya tetapkan langkah kecil sahaja. Tak mau push, takut cedera. 

Ipoh 7 Bridges Run ni, seingat saya, tiap-tiap tahun dianjurkan, sebelum covid. Tapi ini pertama kali saya masuk. Memang dia tak tipu la ye. Dia punya route, turun naik, turun naik beberapa fly over di Ipoh tu. Masa tengah lari tu la, timbul sedikit rasa menyesal, kenapa la saya tak training lari di bukit Teluk Batik tu. 

Serius, sakit betis, extra letih bila habis tau, macam kita naik bukit pulak. 

Berbalik kepada suami saya, selepas saya berlepas larian, dia kembali ke kereta untuk tidor. Sebab suami saya kerja shif, semasa hari kejadian, dia kena masuk 12 tengahari. Dia baru je nak melelapkan mata di dalam kereta, tapi diganggu oleh bunyi bising pekerja majlis bandaran tiup daun kering. Lepas tu, dia terdengar orang sembang pulak, kuat. 

Bila dia keluar kereta, dia tengok ada runner dah siap dah pun lari. Cuba anda bayangkan, 21 km, 1 jam 20 minit, dah ada orang sampai, ye! Kegilaan apakah ini? Kaki kuda ke? Laju-laju belaka... 

Ramai pulak peserta, tau. Saya sentiasa dikelilingi orang. Tak pernah bersendirian berlari. Kerja saya dok potong orang je.

Ada pacer, bawa belon. Jadi, sangat membantu.

Ada kalanya, pacer 3 jam betul-betul duduk belakang saya. Pacer pulak, cakap, ha, kalau tak nak saya potong, laju sikit, laju sikit. Kan sebagai dorongan tu. 

Ada kalanya, sedikit di hadapan, saya berjaya potong pacer 2 jam 45 minit. Tapi, saya tak dapat bertahan. Pacer 2 jam 45 minit potong saya balik semasa km ke-18, lebih kurang. Tak larat, tau. Sakit betis dah.

Gambar oleh jurugambar rasmi HTM 7 Bridges Run

Dalam gambar di atas, tengah fokus, I can do this, I got this! 

Saya jumpa macam-macam orang. Ada sorang uncle runner ni, saya potong, dia dah tua dah. Posture badan dia pun macam dah bongkok. Tapi dia steady je lari, half marathon. Ntah kita boleh tak lari lagi bila kita dah tua macam tu.

Bila dah nak habis, jumpa sorang adik, cakap kat saya, steady, kak, steady. Dia dok jalan je, catwalk. Kaki dia cramp, katanya. Laa, takpe dik. Slow ke, laju ke, asal bergerak ke depan, ok sesangat.

Ada surau bergerak semasa km ke-16 lebih kurang. Alhamdulillah.

Berikut result larian saya.


Category: 21 km veteran

Dari 1,217 peserta larian, saya dapat nombor 803. 😁

Dalam kategori women veteran, iaitu wanita 40 tahun ke atas, ada seramai 166 orang, saya dapat nombor 104. 😁

Dari 289 pelari wanita, saya dapat nombor 144. 😁

Medal dan baju finisher

Letih campur mengantuk. Bole tidor time amik gambor.

Masa pada jam saya, 3 jam 6 minit. Saya lupa nak stop jam. Saya pergi ambil baju dan medal dulu, ambil taufufa dulu, cari tempat duduk dulu, baru saya perasan yang jam saya masih berjalan. Hahaha... masa rasmi yang saya ambil untuk half marathon kali ini, tepat-tepat 3 jam ye. Haha hehe huhu... Alhamdulillah, syukur, selamat sampai.

Lepas sampai, rileks sebentar. Saya stretch sekejap. Habiskan taufufa panas. Sedap rasanya, pekena benda panas habis larian. Lembut, terbakor dada. Kalau dapat kopi panas lagi best. Hehe.

Kami tak tunggu pun untuk cabutan nombor bertuah. Terus balik. Suami nak masuk kerja pukul 12 tengahari. 

Alhamdulillah. 

Jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. Pengorbanan suami untuk teman Puan Nur lari.
    Kiranya boleh berhenti untuk solat ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sesangat, NA. Nak tidor dulu ke, nak solat ke, asal jangan ikut shortcut dan sampai sebelum cut-off time, 4 jam, kira finisher ler tu.

      Delete
  2. Bersemangat saya baca pengalaman Nur ni tau. Terasa-rasa ada bersama! GHebatnya Nur. Lari di kalan orang sedang lena tidur. Berdebar juga saya baca bila Nur terlewat bangun, dan satu jam boleh sampai dalam tempoh sejam pemanduan.Apa pun semuanya rezeki, Nur pun dapat ikut acara larian, walaupun tak tunggu sampai cabutan bertuah. Tahniah juga untuk suami Nur yang begitu memahami minat isteri kesayangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Amie. Saya pun percaya begitu juga. Rezeki, dapat sampai Ipoh sebelum larian bermula. Traffic light sepanjang jalan hijau je. Ada la 2-3 je yang merah. Alhamdulillah.

      Delete
  3. tahniah...tak semua yang sanggup untuk lari dengan cabaran begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi.
      Hehe.. dah minat, encik. Suka, suka.

      Delete
  4. pengorbanan seorang suami, mujur dia tak tidur kan kak kalau tidak terlepas lah kot. Dana salut akak boleh habiskan larian tu tak kisahla tempat ke berapa tapi tetap akak fantastic, mister lobaloba hahahha. 21km 1 jam setengah musti memang jenis suka berlarian cepat bebeno sampainya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Dana. Hehe.. dulu popular lagu tu. mister fantastic, lobaloba. :D

      Delete
  5. Replies
    1. Hehehe... SK pun boleh buat juga, masa panjang dia bagi, 4 jam.

      Delete
  6. dh tahu hobi isteri heheh.. sejak ada anak ni dh tak boleh masuk run. kena tunggu besar sikit. mesti pancit kalau start balik ni. apapun tahniah

    ReplyDelete
  7. Wow! hebat Nur. Tahniah!
    Paling bertuah ada husband yang sangat supportive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mrs. A. Saya beshe-beshe je.
      Ye, Alhamdulillah, suami banyak beri sokongan untuk saya lari.

      Delete
  8. Tahniah Nur, berjaya habiskan 21k dlm 3 jam! Hebat tu... ni berlari pakai kasut Brooks ke? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Carneyz. :)
      Ye, ye, pakai Brooks. Tapi salah stokin. Saya pakai stokin nipis. Patut pakai socks lebih tebal. Huhu..

      Delete
  9. Kita pulak yang berdebar baca. Dengan hal jam, hal false start, sakit kaki 😅
    Apa pun, Alhamdulillah berjaya tamat dengan selamat.
    Tahniah Nur dan suami 👏🏽
    Disebalik kejayaan seorang wanita ada sokongan kuat dari seorang lelaki. Gituuu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. terima kasih, Ujie.
      Alhamdulillah, selamat semuanya. ^_^

      Delete
  10. tahniah n syabas! sy pun cuma mampu jogging 2.1 km aje. selebihnya jalan kaki. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Abam Kie.
      Jalan kaki pun boleh, bang. Ada orang jalan dari mula sampai habis, masa diberi 4 jam. Lepas, kalau jalan laju.

      Delete
  11. tahniah sis. power jugak tu 3jam!

    ReplyDelete