Hari Anugerah Cemerlang

 Semalam telah berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang sekolah anak saya. 

Anak kedua, dapat hadiah tertinggi Bahasa Inggeris untuk Tingkatan 4.

Ye, budak bertuah tu. Yang selalu masa nak pergi sekolah pukul 7 pagi, suka suruh mama print out kerja sekolah dia. 

Budak bertuah yang suka buat mama nak tukor kaler ke ijo.

Budak bertuah yang kalau ada award King of Procrastination, memang dia la layak menang, sebab suka buat kerja semua last minute.

Saya pergi sorang, suami kerja. Hujan di pagi Sabtu. Ada jamuan ringan untuk ibubapa sebelum masuk ke dewan. Dekat rumah saya dah makan nasi goreng. Sampai sekolah, saya makan nasi lemak sikit. 😁 Pantang tengok. Orang pelawa, rejeki jangan ditolak. Lauk ayam rendang pulak nasi lemak dia. 😋 Kuih, ambil karipap pusing 2 biji, dan air teh o panas. Sungguh best, lapang rasa dada, dapat minum ayor panas time hujan.

Masuk dewan. Orang tu berucap, pengetua berucap, penyampaian hadiah,  diselangi beberapa persembahan dari pelajar.


Gambar dari jauh je mama mampu ambil. Kelihatan di bawah tu, ada persembahan gamelan oleh pelajar juga.


Alamak, ada photo bomb pulak. Apa nak buat, ramai manusia. Semua nak bergambor. 

Boleh work under pressure budak ni. Sesuai kerja sebagai programmer, macam mama dulu. Time nak release update baru, stayback la, siapkan sistem la, report la, apa semua. Eh, tak yah la. Baik jadi cikgu English, sebab dia terer English sangat. Hehe.. 

Sementara budak bertuah nak bergambor dengan kawan-kawannya, mama tunggu di kantin sat.



Gambor semasa hari kejadian, semalam.

Data larian untuk pagi tadi, sempat 12.86 km. 

Syukur Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat Allah bagi. 

Salam hujung minggu, para pembaca sekalian.

Jumpa lagi, ye. 😊

22 comments:

  1. karipap pusing.. tak ada gambar pun boleh bayang dia punya sedap.

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Biasanya orang yg selalu buat kerja last minit ni paling performm hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah kpd anak tu. suruh la dia ambik TESL mcm sy. skrg ni kurang cikgu opsyen BI di sek2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Abam Kie. Cadangan yang sangat bagus. Terima kasih, ye.

      Delete
  4. Baru tahu Puan Nur dahulu pengaturcara komputer. Hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat mana, NA. Saya kurang suka, sebab selalu kena balik malam.

      Delete
  5. tahniahh
    ank lelaki memang kot kan suka last minit he hee serupa ank.bujangg akak tu

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat anak Nur 👏🏽

    Eh..nasi lemak ayam rendang dan karipap pusing, rugilah tak makan! Kesukaan saya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ujie. Kan.. sedap cik mak lauk rendang.

      Delete
  7. Tahniah buat anak Nur! Hensem budaknya mesti ramai peminat kat sekolah. Skrg programmer pun kena terer English, mcm husband saya walaupun dah tak jadi programmer skrg jadi system analyst, dia selalu kena meeting dgn company antarabangsa kena pandai speaking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Carneyz. Ye, betul tu. English memang penting dalam dunia kerja sekarang.

      Delete
  8. Tahniah anak dapat kejayaan cemerlang...kebanyakkan anak lelaki suka buat kerja last...perlu reda la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Encik Hanafi. Baik. Saya cuba.

      Delete
  9. tahniah buat budak bertuah tu kak, walaupun suka buat kerja last minit tapi tetap tiptop hasilnya. Dapat layan teh o panas waktu hujan memang sedap kak

    ReplyDelete
  10. tahniah kerana berjaya.. kalau last minute boleh, pandai la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Nina. Tapi tak elok buat selalu, maknya yang selalu stress, lambat hantar ke sekolah. Dah membazir masa. :D

      Delete
  11. Tahniah abg ngah. Seorang yang hebat. Lain anak lain kehebatan dan kepakaran dia. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fizah. Ye, betul cakap Fizah. Syukur seadanya. Alhamdulillah, semoga dapat baiki mana yang kurang.

      Delete