Happy birthday to me...

 Sabtu, 29 Syawal 1444 Hijrah.

Semalam birthday Abe Kie. Hari ni, besday saya. Panjang umur, kita ngeteh ye, sambut birthday sama. Ajak SK sekali, birthday SK, 13 Mei, kan. Hehe...

Saya memang niat nak lari lama-lama pagi tadi. Hadiah untuk diri sendiri. 


Larian pagi Sabtu, adalah 15.26 kilometer. Terasa faktor usia, kerana pace 10 sahaja. Apa pun, syukur Alhamdulillah, sebab dah lama tak lari jarak lebih 10 kilometer.

Tengah buat regangan lepas lari, terima panggilan ada orang nak buat delivery. Saya pun segera pulang ke rumah. Delivery dari kakak sulung. 😍

Abaikan gunting trim pokok kat belakang tu, ye.

Ini dia, jambangan coklat dan rempah ratus jenama Adabi, serta belon. Tot tu, nama panggilan kakak-kakak pada saya. Nama saya, Nurhayati. Sebutan ringkas, Tot. 😁


Tudia.. ada coklat kit kat, dairy milk, coklat crispy, serbuk kunyit, sup bunjut, pelbagai rempah memasak, seperti serbuk kari, rendang, perencah sup, perencah nasi goreng, jenama Adabi. Tak payah beli dah. Kakak sulung kata, mak-mak, kena bagi hadiah untuk masak. Alhamdulillah...

Ada lagi, delivery. Menjelang tengahari, ada penghantaran dari kakak kedua pula.


Jambangan belon juga.


Ada coklat ferrero rocher, kit kat, dairy milk dan tango.

Turut ada dalam delivery, sebiji kek harijadi.


Haaaa.... 😍😋 terharu la, kakak-kakakku ini. Susah-susah je. 

Ucapan dari kakak kedua. Gambar masa kami kecil. 


Gambar throwback masa kami bertiga masuk Hulu Langat Marathon, tahun 2018. Inilah marathon pertama saya. Sepanjang 42 kilometer tu, saya jalan laju jer. Cut-off time 10 jam. Saya sampai garisan penamat 8 jam setengah. Hehe... Syok betul waktu tu. Acara larian yang dia punya water station bukan setakat air, malah ada buah-buahan seperti tembikai, durian, nangka, rambutan. Setiap water station, lain-lain buah. Kenangan manis. 

Alhamdulillah. Orang memberi, kita merasa. Sekadar ucapan sahaja pun sudah cukup. Dah tua-tua ni, malu nak terima hadiah. Kita jumpa, makan-makan je pun sudah cukup baik. Tapi dia orang semua duduk jauh. Kakak sulung di KL, kakak kedua di Kuching. Panjang umur, kita jumpa lagi. Air dicincang tak akan putus. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😊

Makan, masak, lari, repeat.

 Jumaat, 28 Syawal 1444 Hijrah.

Tiba-tiba ada banyak pulak gambar dalam telepon saya ni. Saya share kat sini ye, nak buat banyak-banyak entri, sejenis pemalas. 🙈


Ni sarapan semalam, iaitu hari Khamis. Suami balik rumah pukul 9 pagi, setelah habis shif malam. Saya ajak dia sarapan di rumah sahaja. Ada roti gardenia. Kang expired, jadi saya buat scrambled egg, dan bakor roti, sorang, 2 keping. Ramen yang dimasak hari sebelumnya, ada secoet dalam peti ais. Perangat, share makan. Saya minum air milo panas. Suami buat nescafe o ais. Makan kat rumah macam ni lagi nikmat, dari makan kat kedai, saya rasa. Memang sedap makan kat kedai, lagi-lagi makanan yang saya tak reti masak, tapi bila makan kat rumah, seronok dan suka hati aku nak pakai baju apa, takde orang di rumah, kita berdua je, kalau seksi pun, bukan ada orang nampak, laki bini juga, sekian.

Sardin setin dalam bekas besar

Lepas sarapan, terus masak nasi, masak sardin (gambar di atas) dan goreng telur dadar untuk makan tengahari. Ini kali, cuba teknik tak pernah dibuat, goreng dulu ikan sardin hingga hitam. Suami tolong gorengkan. Yeh... apa yang penting? Kerjasama! Saya dah cakap, bila goreng ikan sardin dalam tin, tutup kuali tu, nanti meletup. Suami kata, takpe, dia kebal orangnya. Pastu sardin pun meletup-letup, dan saya gelakkan dia, "Hahahahahaha" Dia dah la tak pakai baju semasa memasak, pakai kain pelekat je, sekian.

p/s: Sedap, masak sardin, kita goreng dulu ikan. Saya suka! Rasa dia pun lain. 😍😋


Larian hari ini, 4 kilometer sahaja. Santai-santai lah sayangku, 

Pergi mana laju-laju?

Ini bukan kereta baru

Asalkan aku denganmu... 


Playground digenangi air. Semalam hujan. Langit pagi tadi pun berawan, macam nak hujan lagi. Sejuk dan berangin masa lari pagi tadi. Cantik cuaca, bagus untuk lari lama-lama. Tapi saya balik awal, sebab dah janji dengan suami nak pi pasor bila dia balik kerja pukul 8 pagi.


View pagi tadi. Syoknya... saya boleh berjam duduk sini tengok laut. Sambil angin sejuk bertiup lembut menyapa muka... 😍

Bihun goreng dan ayam goreng seketul.

Sebelum pi pasor, kita isi perut dulu, di Restoran Tokgat Nasi Kerabu. Saya tak nampak dia ada ayam bakor. Saya pergi ambil ayam goreng. Saya tukar ayam dengan suami. Dia makan nasi berlauk.

Gambar hasil carian google, Restoran Tokgat

Pergi pasor, beli ikan keli sekilo, dan ayam seekor. Masa pilih cili, rasa macam barang dalam plastik bergerak. Ingat orang langgar barang yang kita pegang. Laaa... ikan keli aku hidup lagi, bergerak-gerak dalam plastik, padahal dah suruh orang tu siang! Huiii.... kome berani tak siang ikan keli sendiri? 😁


Untuk makan hari ni, saya masak nasi goreng sardin, dan goreng tauhu 2 ketul, cicah sos cili.

Alhamdulillah, atas segala rezeki dan nikmat dari Allah. Salam Jumaat semua...

Jumpa lagi, ye. 😊