Kepanasan

 Khamis, 20 Syawal 1444 Hijrah.

Lepas hantar anak-anak ke sekolah pagi tadi, nak je saya balik ke rumah, tidor. Mood malas giler! Tapi saya pergi juga la ke tempat lari.

Cuaca panas lain macam pagi tadi. Walaupun baru pukul 7.30 pagi, panas dia macam sudah pukul 9 pagi.

Tangkap layar berita Bernama

Ha, berita pun cakap kat Manjung ni, panas tahap berjaga-jaga, iaitu suhu 35-37 darjah celcius. Saya lari asyik tengok jam je, dah berapa jauh, cepat la habis lari, tak sabar nak balik. Otak suruh balik, tapi kaki je masih nak berlari. 

Cik Teh cakap,"Makcik, oi, pi balik la! Panas-panas pun lari"

Jogging sampai 6 kilometer je hari ni. Alhamdulillah. Memang heat training betul la pagi tadi. Lenjun baju.

Bila suami balik kerja pukul 9 pagi, dia ajak pergi sarapan luar. Pergi Cafe Ikhwan Manjung. Al-Ikhwan ni, banyak juga cawangan dia, seluruh Malaysia, kan.

Gambar carian Google

Banyak menu sarapan yang dihidang dalam bentuk buffet, seperti nasi lemak, kuetiau, mi, bihun goreng, lontong kuah lodeh, kuih-muih, dan pelbagai jenis roti canai juga. Konsep layan diri.


Saya ambil kuetiau goreng dan ayam goreng seketul. Rasa ayam dia macam ayam keepci.


Ambil juga sandwich sardin dan telur rebus, dan roti goreng karbonara dan sardin.

Rindu nak minum nescafe tarik kat sini. Susah nak cari restoran yang buat air nescafe tarik sedap. Sini memang cukup rasa, dulu selalu juga order. Tapi pagi tadi, saya minum air suam saja.

Selepas sarapan, pergi hospital, ambil ubat. Alhamdulillah, orang tak berapa ramai macam petang semalam. Ok ler.

Bila balik rumah, saya masak nasi goreng untuk makan tengahari.


Minum air banyak-banyak ye. Jaga diri dan keluarga. 

Jumpa lagi.. 😊

Sambal hijo sedap

 Rabu, 19 Syawal 1444 Hijrah.

Lambat pulak update blog hari ni. Sorri, noo.. tersibuk pulak.

Sibuk-sibuk pun, lari jangan dilupa. Satu 'me time' bagi saya.


Pagi tadi, tak boleh lari lama-lama. 6 kilometer, saya pun balik. Ada orang nak datang rumah beraya

Technian TM nak datang rumah pukul 9.30 pagi. Ha ah, wifi di rumah kaputss lagi. Angkara menatang kera tu la, tak habis-habis. Bulan lepas kabel jahanam, bulan ni pun jahanam lagi. Memang tidak syak lagi, bila orang tu panjat tengok kabel, memang ada gigitan kera liar. Kali ni, technician tu minta pinjam parang, nak tebang pokok kat tiang tu. Saya ingat, dia nak tebang habis pokoknya, supaya kera tak bole lepak situ lagi. Tapi, deme cuma mencantas dahan yang tinggi-tinggi. Baiklah. Harap kali ni, boleh la tahan lama sikit. Sejak hari Sabtu lepas lagi, maxis home fiber sudah kaputss.. nasib suami saya sudah pasang back-up. Dia beli unifi prepaid, masukkan dalam modem wifi, dan boleh la pakai juga, buat update blog, layan netflix dan anak-anak buat kerja sekolah. Alhamdulillah, hari ni line wifi rumah sudah pulih. Settle satu perkara.

Eh, panjang bebenor cerita wifi ye. Gambar di atas adalah sarapan saya pagi tadi, suami belikan. Nasi paprik ayam. Ayam dia, bukan dipotong kecil-kecil macam kat kedai tomyam tu, seketul ayam dia letak. Nasi putih banyak, rasa ayam padprik juga tidak mengecewakan. Harga sebungkus nasi ayam padprik, RM4. Murah, satu-satunya kedai yang masih jual nasi berlauk harga macam ni. Nasi tu, masa nak makan, saya asingkan separuh, kongsi rezeki dengan burung yang selalu datang rumah. 😊 

Lepas tu, uncle yang repair aircond pun datang hari ni. Kesian bilik anak bongsu aircond sudah tak sejuk. Aircond lama, jenama National. Ramai-ramai panggil orang aircond, semua suggest tukar aircond baru. Kalau masuk gas pun, tak tahan lama, sebab sudah bocor. Tapi akhirnya, kami jumpa kedai yang pandai servis dan repair aircond lama. Bila cerita kat uncle tu, dia kata, buat apa beli baru, aircond lama lagi tahan dari aircond zaman sekarang. Kedai dia ada banyak alat ganti aircond jenama lama seperti National dan Hitachi. Ini terbukti bila pertama kali kami panggil dia baiki aircond di ruang tamu, sejuknya tahan lama... dah setahun, masih sejuk. Teliti orangnya, dia cabut aircond bersama compressor di luar, bawa balik kedai dia dan baiki, servis, apa yang patut. Hasilnya, tip top! Saya lepak tengok tv malam-malam di ruang tamu, mesti pakai selimut, walaupun suhu 25-26. Terer dia. Harga dia baiki sebiji aircond dengan 1.5 horse power, RM450. Aircond siap dalam tempoh 3 hari. Settle lagi satu perkara.

Untuk makan hari ni, buat pertama kalinya, saya cuba buat sambal hijau ikan bilis resepi Khairul Aming. 


Cuma bezanya, dia tumbuk bahan-bahan sambal. Saya, masuk blender la. Juga, daun limau purut yilek. Tapi hasilnya, tidak mengecewakan, ye. Saya suka! 😋 Dalam video resepi sambal hijau ni, cara hidangan ialah ceduk nasi, letak sambal hijau di tengah, letak telur dadar, dan letak kicap manis atas nasi. Memang boleh bertambah nasi, katanya.


Goreng telur dadar. Memang ye, la. Sedap, makan nasi tengahari tadi. Kalau goreng ikan keli garing-garing, makan dengan sambal hijau ni pun, saya rasa ok sesangat! 😋😋

Lepas zohor, sepatutnya pergi hospital, ambil ubat. Tapi bila sampai hospital, ya ampun.... ramainya manusia beratur tengahari buta, untuk ambil nombor giliran di farmasi, udah macam ular gaya barisannya. Hmmm.. takpe la, ubat di rumah ada lagi, kita datang semula esok lusa. Suami ajak mengopi. 

Jadi, kami pergi Aeon. Lepas mengopi, beli earphone yang anak bongsu kirim. Anak kedua pula teringin nak makan korean mac and cheese Zus coffee. Bila pergi, habis stok katanya. Jadi, kami pun pergi Zus Coffee cawangan di luar Aeon. 

Macam comei je apa dia tulis. 


Ini la rupanya, Korean Mac and Cheese tu. Ok rasanya, tak pedas sangat. Patut anak kedua suka. 

Itu jer cerita hari ni. Semua urusan selesai, kecuali ambil ubat hospital. Lain hari la, pergi. 

Camana hari anda hari ni? Semoga hari anda ceria-ceria belaka, ye.

Jumpa lagi... 😊