Munge-munge cinta...

 Jumaat, 14 Syawal 1444 Hijrah.

Sekarang ni, bila siram pokok pagi-pagi, dan menyapu di kawasan garaj, pun dah berpeluh. Inikan pula bila pergi berlari sampai 5 km di taman, boleh lenjun baju la. Kalau boleh, saya nak cuba minimakan jumlah bendalir badan yang keluar, sebab masih puasa hari ni. Jadi, saya pun lari dalam rumah. Hehe.


Lari dalam rumah selama 1 jam 31 minit, dengan jarak 10 kilometer. Alhamdulillah. 

Gambar bunga ros yang tengah mekar di depan rumah. Baru letak baja dalam minggu lepas. Suka tengok. 😍

Meh saya bawa tengok bunga-bunga yang tengah mekar di halaman rumah saya.


Lawa, kan, bunga putih di atas. Pelik sikit, bahagian atas dia tu. Bunga ini datangnya dari rumput liar je. Rumput menjalar, yang nama dia ada orang panggil, pokok letup-letup. Subur sangat pokok ni di rumah saya. Sepatutnya, saya kena cabut, tapi saya ni pemalas. Tumbuhan ni tutup habis pokok bunga yang saya tanam di luar pagar rumah. Sebabkan persaingan, sampai mati pokok bunga exora merah saya. 


Pokok kemboja cina keluarkan bunga. Saya baru je dapat semangat siram pokok semula. Kesian tengok pokok-pokok mula layu di musim panas ni. 


Pokok bunga kertas atau bougainvillea ni memang suka matahari terik. Kalau saya tak siram pun, dia akan tetap keluar bunga.


Pokok jasmine Thai ni walau pun cantik rupanya, tapi dia takde bau. 

Tu je bunga-bunga yang ada. Sebagaimana ceria rupa munge-munge yang sedang kembang, gitu jugalah harapan saya, semoga hari anda semua ceria-ceria selalu, ye.... 😊

Jumpa lagi...

Cuti Hari Wesak...

 Khamis, 13 Syawal 1444 Hijrah.

Cuti, anak-anak tak sekolah. Tapi, saya tak pergi lari hari ni. Mood mengait on. 😊

Bukan boleh mengait lama-lama, dah tua-tua ni. Mata cepat letih. Bila rasa penat, masuk dapur, masak.


Lauk sambal telur masih ada. 

Rasa nak makan sup ayam hari ni.


Saya menggunakan perencah sup Siam Adabi. Letak juga tomato, dan perah air limau nipis. Suka rasa sup yang masam dan pedas. Letak cili api juga.


Siap! Sup ayam. Buat lauk berbuka. Biar je dalam periuk. Nanti senang nak perangat. Lepas masak macam ni la, kena bawa masuk. Kalau biar di dapur luar, nanti beruk yang makan.

Selain ayam masak sup siam, saya goreng sikit beberapa ketul..


Sebab ada budak tak berapa suka lauk bersup. Goreng ayam guna tepung bistari. 

Alhamdulillah. 

Selamat bercuti pada pembaca sekalian. Best la orang Johor, Kedah, Kelantan, esok cuti lagi, long weekend. Ok, jumpa lagi, ye. 😊