Jumaat, 14 Syawal 1444 Hijrah.
Sekarang ni, bila siram pokok pagi-pagi, dan menyapu di kawasan garaj, pun dah berpeluh. Inikan pula bila pergi berlari sampai 5 km di taman, boleh lenjun baju la. Kalau boleh, saya nak cuba minimakan jumlah bendalir badan yang keluar, sebab masih puasa hari ni. Jadi, saya pun lari dalam rumah. Hehe.
Lari dalam rumah selama 1 jam 31 minit, dengan jarak 10 kilometer. Alhamdulillah.
Gambar bunga ros yang tengah mekar di depan rumah. Baru letak baja dalam minggu lepas. Suka tengok. 😍
Meh saya bawa tengok bunga-bunga yang tengah mekar di halaman rumah saya.
Lawa, kan, bunga putih di atas. Pelik sikit, bahagian atas dia tu. Bunga ini datangnya dari rumput liar je. Rumput menjalar, yang nama dia ada orang panggil, pokok letup-letup. Subur sangat pokok ni di rumah saya. Sepatutnya, saya kena cabut, tapi saya ni pemalas. Tumbuhan ni tutup habis pokok bunga yang saya tanam di luar pagar rumah. Sebabkan persaingan, sampai mati pokok bunga exora merah saya.
Pokok kemboja cina keluarkan bunga. Saya baru je dapat semangat siram pokok semula. Kesian tengok pokok-pokok mula layu di musim panas ni.
Pokok bunga kertas atau bougainvillea ni memang suka matahari terik. Kalau saya tak siram pun, dia akan tetap keluar bunga.
Pokok jasmine Thai ni walau pun cantik rupanya, tapi dia takde bau.
Tu je bunga-bunga yang ada. Sebagaimana ceria rupa munge-munge yang sedang kembang, gitu jugalah harapan saya, semoga hari anda semua ceria-ceria selalu, ye.... 😊
Jumpa lagi...