Cerita Khamis dan Jumaat

 Masa hari terakhir puasa sunat syawal atau puasa enam hari tu, iaitu hari Rabu, 17 April 2024, saya tak masak, sebab suami ajak berbuka dengan nasi kandaq! 


Ni dia.... nasi kandaq, bungkus dari Restoran Madinah Seri Manjung. Saya pesan lauk ayam goreng, telur masin dan sayur bendi. Suami pi tambah sayur kobis. Kuah campur, letak asing. Dekat nak berbuka, baru letak kuah.

Keesokan harinya, Khamis, 18 April 2024, saya mula pergi lari semula di luar, setelah sekian lama. Sepanjang bulan puasa, bukan tak ada lari langsung, ada, cuma saya lari dalam rumah sahaja. Tak kuat nak menahan dahaga di bulan puasa. 

Larian Khamis, 18 April, sejauh 5.26 km.

Tolak tepi pace. Kita mula slow balik. Tapi heart rate mencanak, masuk zon merah, sebab dah lama tak lari luar. Balik dari berlari, saya pergi pasar, beli ayam dan ikan. Balik rumah, basuh baju, mandi, sidai pakaian, barulah saya bersarapan.


Lewat dapat sarapan, dalam pukul 11.30 pagi. Sarapan 2 keping roti whole wheat bakar, dengan scrambled egg.

Lepas sarapan, saya masuk dapur.


Saya masak ikan keli goreng sambal hijau. Ini, lauk kegemaran anak bongsu. 

Keesokan harinya, Jumaat, 19 April 2024, saya pergi jogging lagi. 


Alhamdulillah, larian hari Jumaat sejauh 5.67 km, heart rate sudah tidak setinggi semalam. Tiada lagi dalam zon merah. Panas pula cuaca. Matahari menyinar dengan garangnya. Cukup 10 ribu langkah, saya pun balik. Eh, bukan balik. Saya pergi pejabat pos, masuk duit dalam ASB. 😁 Tak boleh simpan di rumah duit raya, takut terbelanja.

Hari Sabtu dan Ahad, korang pergi mana? Banyak jemputan rumah terbuka hari raya ke?

Orait, jumpa lagi ye. 😊

36 comments:

  1. Wahhh.. dah mula lari semula ya, Nur. Semoga diberi keafiaatan ya Nur. Oh, sy pun suka lauk keli sambal hijau tu, tapi kalau bubuh santan, lagi sy suka, hihi. Jadilah keli masak lemak pulak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, terima kasih, SK.
      Ye, ye. Ikan keli masak lemak pun best! Lain kali, nak masak tu pulak. :D

      Delete
  2. Dah lari lagi ya sis... sehat'selalu yaa..wah jadi ngiler liat makan nasi kandaq tuh, Sabtu Minggu hanya di rumah saja😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, terima kasih, Mreneyoo.
      Hehe.. berehat di rumah sudah cukup rasa best, kan. Quality time with family.

      Delete
  3. Ikan gorengnya kok menerbitkan selera mbul banget kak nur...mbul suka banget ikan dimodel gitu...bisa mbul cemilin tanpa nasi 🤭
    cuaca tempat mbul tadi pagi mendung...kemaren yang panas bangat, alhamdulilah jadi agak adem tanaman di kebun dah disiramin hujan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan Kak Nur, Mbul ni. Makan begitu saja pun sedap, kan.

      Delete
  4. Selamat berlari-lari Nur.
    Kelmarin ada jemputan raya, jemputan kahwin dan jemputan majlis ulang tahun. Hari ini di rumah saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak Amie.
      Wah, banyak jemputan tu. Boleh gantung kuali. Hehe..

      Delete
  5. Haah baru sahaja ada majlis keluarga di KL. Tumpang tidur rumah adik.
    Mesti seronok dapat lari semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, NA turun KL.
      Seronok campur malas, NA. Paksa diri, sebab makan banyak.

      Delete
  6. Sabtu SA masak- masak sebab adik lelaki balik, suami pun balik...tak kemana pun..tapi semalam Ahad SA anak beranak ke IKEA melayan suami yang ngidam meatballs...hahaha

    ReplyDelete
  7. Di Lembah Klang ni kami masih beraya :)

    ReplyDelete
  8. sedapnye ikan keli tu... tp ldy xpernah makan dgn sambal hijau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Lady. Masak sambal merah biasa pun ok. Goreng ikan keli garing-garing pun sodap!

      Delete
  9. waahhh awal akak selesai Puasa 6 hehe.. Ana baru je selesai hujung minggu baru ni.. baru nak start cut sugar semula minggu ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Ana. Tahniah ya, Ana pun dah settle. :)
      Semoga istiqamah Ana, dalam cut sugar. Chaiyok!

      Delete
  10. Seronok kan dapat kembali ke rutin kita.

    ReplyDelete
  11. kami pun dah niat nak berlari dari awal tahun tapi ni dah tengah tahun belum start lagi,asyik berlumba makan je ada la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. jom Afzan, jom. Akak pun lepas raya ni, masih mood ke laut lagi, nak berlari.

      Delete
  12. alhamdulillah..dah 6 hari dah puasa nya

    ReplyDelete
  13. Sronok dh abis puasa...menu ikan Keli lama xmkn tp slalunya goreng berlado or goreng biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mama tisya.
      Saya pun jarang beli ikan keli. Dah susah nak jumpa orang jual, kat sini.

      Delete
  14. waduhhhh sedapnyaaaa ikan keli
    fav saya juga tu
    hehehe
    kalau ada bau hamis2 lumpur kan
    laaaaagi suka
    hahahahah

    ReplyDelete
  15. Jauh berlari tu Kak Nur. Syoknya berlari di luar, luas permandangan. Bukan biasa-biasa pace tu. Macam nak test jantung tu kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pace 12 je, Fizah. Orang kata, pace lepas beraya. Entah bila nak kembali ke pace 9, macam tahun lepas. Slow-slow la ye, kita cuba. Insya-Allah. Berusaha!

      Delete
  16. Ammi tak habis lagi puasa 6. Masih berbaki 4 hari gara2 demam dan sakit tekak sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Harini dah 19 syawal dah, Ammi. Esok sambung, sempat lagi.

      Delete
  17. Memang, saya pun tak suka simpan uang dalam rumah kecuali yg untuk belanja kebutuhan hari2. Kalo uang raya, better langsung masukkan tabungan. Bisa hilang dalam sekejap 🤣. Nasi kandar nya sama seperti saya, tak terlalu suka kuah tuang banyak 🤣. Secukupnya sajaaa.

    Tapi terkadang mamak tuh suka cepat sangat tuang kuah. Blm sempat cakap tuang sedikit, dan penuh dituang dia 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, bahaya simpan duit raya lama-lama di rumah. Takut terpakai shopping.
      Mamak memang, laju saja dia ceduk kuah.

      Delete