Semasa hari terakhir di Kelantan, sebelum saya dan suami bertolak balik ke Perak, kami singgah ke rumah kakak ipar paling bongsu. Masa ni, merasalah main air banjir, sebab rumahnya sudah dinaiki air sampai ke tangga rumah.
Saya tinggal bag yang mengandungi handphone dalam kereta. Jadi, tak dapat ambil gambar banjir. Sejuk airnya. Seronok pula rasa meranduk air banjir. Kasut kena angkat masuk rumah, kalau biar di tangga rumah, hanyutlah kasut entah ke mana.
Kakak ipar jamu dengan air zam-zam dan pelbagai jenis kekacang yang dibeli di Mekah. Dia dan suaminya baru pulang dari umrah. Sebelum balik, kakak ipar bagi hadiah, yang dibeli di sana.
Bag, pelbagai jenis kacang dan tasbih dari Mekah. |
Bag tu, bawahnya bentuk bulat. Jadi, agak besar dan boleh dibawa travel. Alhamdulillah. Dapat hadiah dari Mekah.
Lepas tu, kami pun mulakan perjalanan balik ke Perak. Cuaca agak baik, tak hujan. Tapi bila tiba di jalanraya timur-barat, ada kawasan dilitupi kabus tebal. Kena perlahan, sebab jarak penglihatan agak terhad. Siang takpa. Bolehla nampak, kalau perlu brek. Esoknya, saya terbaca, terjadi kemalangan, ada kereta terlanggar anak gajah. Lepas tu, mak gajah tu pijak kereta yang langgar anaknya. Ceritanya, saya share di sini. Jalanraya pula baru diturap. Segala lubang-lubang atas jalanraya semua dah takde, jadi orang layan lap la, bawa laju. Kabus pula. Memang kena hati-hati semasa memandu di jalan raya timur barat, terutama masa hari hujan atau travel di waktu malam.
Kami berhenti rehat di R&R Titiwangsa. Orang tak ramai lagi. Nak masuk time lunch.
Saya dan suami berhenti makan kejap. |
Saya pesan nasi ayam. |
Kena minum kopi panas. Bagi mata cerah, tak mengantuk nak memandu. Perjalanan ke Perak jauh lagi.
Suami pesan nasi kerabu |
Jarang-jarang orang tak ramai di R&R Titiwangsa ni. Kami pun ambil kesempatan lepas makan, untuk ambil gambar dekat hentian rehat ini.
Selfie, sebagai kenangan. |
rezeki singah rumah adik ipar ye kak dapat ole-ole dari mekah, cantiknya gambar di terakhir tu kak... hijau je
ReplyDeleteAtas bukit tu memang cantik, Dana.
DeleteAlhamdulillah dapat jengok keluarga di Tumpat. Sekarang musim hujan, memang kena ambil langkah berjaga-jaga takut lalu kawasan banjir pula.
ReplyDeleteBetul tu, Amie. Kena buat research dulu, ikut laluan mana.
DeleteAlhamdullilah bisa balik kampung tengok kluarga, syukurnya banjirnya enggk sampai ke rumah ya...gak kebayang repotnya....rezeki juga dapat buah tangan dari balik umroh.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Mreneyoo.
DeleteSeronok habiskan masa balik kampung, bukan selalu dapat balik.
ReplyDeleteBanyak juga nasi kerabu.
Ye, NA. Setahun sekali gitu, balik Kelantan.
DeleteHa ah, agak besar portion nasi kerabu.
time cuti sekolah kompem penuh R&R ni...part plg x suka kn beratur lama nak buang air.... seksa oiiii🤣
ReplyDeleteHahaha... betul, betul.
Deletelapo pulak ternampak nasi ayam tu hehehe
ReplyDeleteHehe, sila, sila, Anies.
DeleteAlhamdulillah ya Mbak, pulang kampung banyak bertemu saudara dan dapat hadiah pula bag dari umrah.
ReplyDeleteSelamat pulang lagi Mbak. Moga lancar dan selamat perjalanannya.
Salam,
Sudah selamat, Pak Asa. Alhamdulillah.
DeleteAlhamdulillah..dapat hadiah daripada Mekah...paling untung kerana dapat minum air zam-zam
ReplyDeleteYe, Encik Hanafi, Alhamdulillah, dapat merasa air zam-zam.
DeleteAlhamdulillah, dpt hadiah dari Mekah..cantik beg nya...gajah naik minyak, panggil gang...
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteItu la, mesti cuak, family yang kereta dia kena pijak gajah tu.
ohh masa hantar anak belajar di Jeli, dua kali lalu jalan lebuhraya timur-barat tu....masa tu jalannya teruk lagi.....sekarang anak dah tukar Uni tak tau pulak bila nak ke sana lagi..
ReplyDeleteUniversiti Malaysia Kelantan, ye. Boleh la jalan-jalan bercuti, banyak tempat menarik di sana. Makan pun sedap-sedap. :)
DeleteSedih baca anak gajah terlanggar. Tapi semoga lah dia okay yaaa, karena saya baca dia sempat bangun juga ❤️. Gajah ini binatang paling pintar dan setia kawan.
ReplyDeleteDah musim hujan, memang harus hati2 tiap kali bawa kendaraan. Saya pun sering khawatir kalo suami dah pergi kantor tapi hujan lebat turun saat jam dia balik rumah. Krn pasti banyak genangan air dan macet 😔
Anak gajah tu, ok, Fanny.
DeleteKita doa-doakan semoga suami selamat pergi dan selamat pulang mencari rejeki untuk keluarga kita, ye, Fanny.
Hentian rehat di royal belum... Mcm cantik tu.. Pernah ke royal belum tahun 2013 kalau tak silap.. Mesti dh byk perubahan skrg
ReplyDeleteSama je, Encik Time Traveller. Cuma ada Royal Belum Resort. Stesen minyak Petronas di Pulau Banding sudah tak ada. Tapi di jeti di Pulau Banding, ada R&R besar dan selesa, boleh berhenti rehat.
Delete