Kita belasah saje...

 15 Zulhijjah 1443 Hijrah.

Salam Jumaat yang mulia.

Sekejap je dah Jumaat. Besok dah Sabtu. Bulan mengambang penuh masa jogging pagi tadi.


Sempat lari sejauh 10.13 km. Alhamdulillah.

Gambar saya masa bulan lepas yang saya pergi jalan ke Bagan Datuk tu. Entrinya ada di sini.

Saja letak gambar masa tengah sihat dan kuat. 

Sepanjang saya tidak update blog selama lebih 2 minggu baru-baru ni, selain dari terbongkang tengok Netflix, saya demam sebenarnya. 

Asal kejadian, lepas makan buah mata kucing dengan banyaknya, saya mula sakit tekak. Lama tak makan, teringin. Keesokannya, saya demam. Eh, ini terjadi sebelum hari raya haji lepas, ye. Hari kedua, makan panadol saja, sakit-sakit badan. Hari ketiga, sakit dah naik ke kepala, baru pergi klinik. Suhu badan masa tu, 39 darjah celcius. Doktor kata, boleh tahan tinggi. Musim influenza. Tapi Alhamdulillah, walaupun demam dan sakit badan tu, saya boleh lagi buat kerja seharian sebagai surirumah, hantar dan ambil anak sekolah, memasak dan sebagainya. Cuma, saya tak pergi berlari. Bagi badan rehat. Masa raya haji balik Kelantan, saya tak berapa sihat lagi. Eh, lupa nak cakap. Ketiga-tiga anak saya pun jangkit demam dari saya. Kesian. Start dengan yang bongsu, sebab saya selalu tolong dia buat homework, duduk dekat-dekat. Pastu pass ke anak kedua. Last sekali kena, anak sulung. Suami saya sorang sihat, dia kerja overtime banyak, kurang ada di rumah. Kadang rasa tak best jugak, effect dia, sampai sekarang ada hari, badan saya rasa panas lagi. Saya batuk masih berkahak. Suara saya masih belum kembali asal. Ambil masa hanya sekejap je, sakit tu, tapi badan belum recover semula ke asal. Tapi, inilah ujian, ye tak. Ujian sakit. Terima ujian dengan lapang dada. Berdoa padaNya, supaya diberi kekuatan untuk hadapi ujianNya. Dan belasah saja. Pagi masa bersiap tengok cermin, senyum, dan ucap kata perangsang pada diri sendiri, "You got this! You can do this! I am strong! I am healthy! Syukur Alhamdulillah." Apa lagi yang kita nak. Ada rumah, ada kereta, boleh berlari, boleh buat kerja, ada suami penyayang, ada anak bijak-bijak. Fikir dan cakap benda baik-baik sahaja. Semuanya sementara. Sakit sementara. It will pass. Insya-Allah. Kita hadap je. You are what you think, ok. Berusaha! Semangat! Yihaaa....

Stranger Things

 Masa ketiadaan saya selama 2 minggu lebih, iaitu masa blog ni tidak di-update, salah satu aktiviti saya adalah tengok siri ni la, on Netflix, Stranger Things.


Anda sudah tonton siri ini kah? Sudah? Ok. Belum? Tak payah la tengok. Hehe.

Bukan apa, kalau tengok, melekat terus, tak boleh stop. Bila saya tengok si Nohas tu, rajin layan siri di Netflix, saya jadi musykil. Ish, rajin dia tengok benda bersiri-siri ni. 

Untuk pengetahuan anda, ini pertama kali saya layan cerita bersiri. Masa dok scroll Netflix, cari movie apa best, anak saya la sorang cakap, tengok la mama. Best citer ni. Huh... anak saya ni memang, tak payah ajar, pandai je dia. 

Siri Stranger Things ni, dari 10 bintang, saya bagi 9! 😁

Tidak la saya tengok sekaligus. Ko giler? Sambung-sambung juga, banyak hari. Asal free je, layan. Saya paling suka musim pertama. Ada 4 musim dah di Netflix. Dari pelakon dia kanak-kanak, sampai Season 4, dah meningkat remaja deme ni.

Cerita dia, tak la menakutkan pun, pada saya. Kalau ada speaker connect to tv tu, pasangla kuat-kuat. Bior terkejut beruk sikit, lagi-lagi masa Season 1. 

Saya takkan ceritakan la tentang siri ni. Nanti spoil pulak, bagi yang belum tengok. Tapi jangan tengok, ok. Tak payah tengok. Nanti tak boleh stop. 

Sekian. 

P/S: Tak sabor nak tunggu Season 5 keluar. Astaghfirullahalazim... 🙈