Cuti sekolah, yay!

 Entah pagi tadi, saya susah nak bangun. Biasa, pukul 4 pagi, saya dah celik. Suami take over tugas sediakan makanan. Dia goreng hashbrown dan fries. Kemudian, dia masak nasi goreng tomyam. 😁 Rajinnya suami saya. Dia masuk kerja pukul 6 pagi, OT. 

Lepas hantar anak kedua ke sekolah, saya pergi jogging.

Alamak, besornya jerawat kat dahi

Pukul 7.25 baru saya jogging pagi tadi. Biasa la anak tengah saya ni, kalau loceng sekolah pukul 7.20, pukul 7.19 baru dia nak tiba di sekolah. Tak macam abang dia dulu, PRS. Sebelum pukul 7 dia dah nak ada di sekolah. Lain anak, lain peel nya.

Lari 10 km hari ni. Alhamdulillah.

Anak bongsu cakap, dia kurang suka rasa tomyam pada nasi goreng. Cerewet, kan. Jadi balik jogging, singgah makcik nasi lemak indah water, beli nasi lemak sebungkus untuk dia. Makcik tu jual sekali air. RM2 je satu. Beli air sekali la. Pemalas punya mak. Nak bancuh ayor minum kat rumah pun maleh. 😅 Beli sekali karipap giant 3 biji dan roti sosej. 

Sape macam saya? Walaupun kita dah tak perlu pakai facemask bila di luar bangunan, tapi saya dah biasa pakai, dan masih pakai. Contoh macam beli nasi lemak tepi jalan kan, kita ada jumpa orang juga. Entah orang yang beratur belakang kita tu, ada covid ke, sedor atau tanpa dia sedor dia ada, dia terbersin ke kat kita. Ha...

Sampai rumah, siram pokok dulu, bagi kucing makan dan mandi. Pastu, goreng telor mata sebutir.


Sarapan saya pagi tadi adalah nasi goreng tomyam dimasak oleh suamiku tercinta, dan telor mata di sisi. 😋 Sedap je, saya rasa. Entah nape anak bongsu takmo makan. Rugi, rugi, bukan selalu bapaknya masuk dapur, masak.

Hari ni, dapat sijil untuk virtual run dari aplikasi Bookdoc.


#BeatNCD Virtual Run Challenge berakhir pada 31 May lepas, dengan milestone saya sebanyak 882,672 langkah. Durasi cabaran ni, 2 bulan. Dari 1 April hingga 31 Mei. Dia kira langkah sebenarnya, bukan berapa mileage kita lari. Ok ler tu. 

Ok la ye. Selamat sudah. Esok sekolah start cuti, selama seminggu. Ada yang nak pergi holiday mana-mana ke? Selamat, ye. Selamat pergi makan kenduri juga. Jaga diri dan keluarga kita.

Jumpa lagi.

Larian tak cukup tido

 Bangun awal, walaupun semalam tidor lambat. Sementara tunggu suami balik dari habis kerja sebagai AJK Kebersihan jamuan raya ofis dia semalam, saya tengok cerita Exorcist di Netflix.


Saya pernah tengok cerita ni, masa saya kecik-kecik dulu, belum sekolah, belum tadika, rasanya. Dia punya tahap takut tu, sampai kena tidor dengan mak 3 hari la, sebab terbayang-bayang. Semalam tengok, ok la. Bila dah tua, takde la rasa takut sangat. Tapi rasa kagum, camana orang dulu, zaman takde komputer, takde CGI, boleh buat cerita camni. 

Pagi tadi, saya goreng fries. Saya buat le' cucuq ladoq.

Cucur ikan bilis

Semalam, suami saya bawa balik lauk dari jamuan, yang tak habis. Rejeki jangan ditolak. Dia bawa balik ayam masak merah, daging kerutuk dan acar jelatah. Jadi, saya masak nasi pagi tadi.

Lepas Subuh, saya keluar jogging. Lambat sikit keluar rumah. Sembang wasap dengan kakak-kakak saya. 


Saya jogging sejauh 7.38 km pagi tadi. Malas nak buat 10 keyem. Sambil jogging, sambil sembang dengan kakak-kakak saya lagi, tak habis-habis.

Gambar di atas menunjukkan makanan kami makan semalam masa jamuan. Saya makan nasi tomato lauk kerutuk daging, dan ambil kuetiau goreng dengan papadom. Anak sulung ambil nasi, lauk yang sama, dan sate. Ambil extra sate dan kuah untuk maknya. Hehe. Selain tu, ada lemang dan ketupat, rendang ayam, laksa, kek, bubur dan buah-buahan.


Jamuan raya semalam dibuat di ofis saja. Ada kerusi meja di luar. Kami datang agak lewat. Kami duduk dalam je la, makan atas tikar. Lagi senang nak ambil makanan. 😁 Boleh locate saya di mana dalam gambar di atas? Hehe... Saya duduk di balik budak chubby chubby tu la, yang pakai baju melayu kaler hijo tu. Itu anak bongsu saya. Suka saya, dapat jumpa kawan lama sangattttttt tak jumpa. Dok sembang dengan dia, lepas makan. Awat kurus sangat? Deme tanya saya. Ye la, last sekali jumpa saya, time saya masih kembang, setahun dua sebelum covid lagi. Alhamdulillah. Suaminya lagi la, masa covid, dia kena teruk, sampai masuk ICU, sampai peringkat ditidurkan. Allah masih panjangkan umur suami dia, boleh sedar. Tapi effect covid tu, muka pun jadi lain. Takpe la tu, asal sekarang sihat, boleh kerja, boleh sama-sama satu family. 

Suami saya hantar saya dan anak-anak balik dulu. Pastu, dia pi balik, sebab ada kerja sebagai AJK Kebersihan. 

Jamuan raya di bulan Zulkaedah dah, semalam. Lewat ofis suami buat. Kita-kita je, ajak family masing-masing, jamuan raya merangkap family day, kata bos suami. Bosnya selalu nampak saya jogging. Saya pula bila potong dia masa jogging, selalu bagi salam kat dia. Semalam dia kata, ha, makan, makan. Esok boleh lari balik. Hehehe.. I is maluuu....

Ok la ye.

Jumpa lagi.


Rumusan Mei

 Sudah masuk bulan Jun.

Pagi tadi, goreng hashbrown. Goreng ayam gunting sekeping. Masak mee goreng.


Lepas Subuh, pergi jogging.


Jogging pagi tadi, sejauh 10.37 km. Alhamdulillah.

Gambar menunjukkan sarapan saya hari ni. Suami gorengkan telor mata sementara saya pergi mandi balik beriadah. 

Dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Ooo... 1 Jun adalah global running day. Ada jugak Hari Lari Sedunia, ye. Ate, kome dah lari ke belum, hari ni? 😁

Eh, saya lupa cerita. Balik jogging, sampai di rumah, saya jump rope dulu sat.


Buat 1000 lompatan. Pastu sambung free style. Saya sangkut lagi buat criss cross. Tapi lulus buat side straddle dan high knee. 

Saya takde la lompat tali setiap hari. Tapi saya suka jump rope sebab dia bagi rentak masa saya lari. Perbaiki cadence (jumlah langkah dalam seminit) saya, dan posture semasa berlari. Juga, betulkan posisi kaki masa lari (landing di bahagian depan tapak kaki, bukan di bahagian tumit). 

Baiklah. Mari kita tengok rumusan larian saya, di bulan Mei.


Purata jarak lari dalam sehari: 7.5 km

Jumlah jarak lari di bulan Mei: 232.2 km

Purata jarak lari dalam seminggu: 58.1 km

Jumlah kalori terbakor: 12, 085

Dah lama sangat saya tak mencapai mileage sampai 200 km ni.

Ada 5 hari saya cuti rehat. Alhamdulillah, atas nikmat sihat Allah pinjamkan. Badan sihat, hati gumbira! 😁

Pagi tadi, sebaik sahaja saya bangun tidor, saya naik atas mesin timbang dulu. Nak tahu berat saya berapa? 59 kg! Hahahaha... naik 1 kilo. Bulan lepas, saya 58 kg.

Bila balik jogging, saya timbang lagi. 57 kg. 2 kg tu, hilang air bila lari dan jump rope. Memang lenjun baju saya pagi tadi. Peluh masuk mata, pedih, macam mandi laut.

Tapi, saya ambil kiraan yang baru bangun tu la, iaitu 59 kg. 


Ini kira borderline la ye. BMI 24.6. Kalau BMI lebih 25, saya dah jadi overweight semula. Hahaha... hadoi... malam ni ada jamuan raya ofis suami. Ate, cer bagitau, camne teman nak kuruih. Lari 10 km setiap hari pun, tak bermakna berat kita akan turun, kalau kita tak control makan kita. We are what we eat.

Itu saja la ye.

Takmo la pikio pasal berat. Asal sihat boleh lari, Alhamdulillah. Kaki ok, badan ok, boleh buat kerja rumah, masak, Alhamdulillah.

Jumpa lagi. 😊

Tak tau nak tulis tajuk apa

Selasa, hari terakhir di bulan Mei.

Bangun awal pagi. Goreng popcorn chicken. Perangat lauk ayam pedas dalam peti ais. Perangat ayam KFC, semalam tak habis. Masak nasi. Lepas Subuh, pi jogging. Suami ada, dia hantar anak kedua ke sekolah. Saya boleh jogging awal.


Hari ni, lari sampai bateri jam mati. Dapat 10.56 km. Saya pakai jam tangan kanan. Ye, tangan saya hitam. Kalau Alif Shukri tu tengok, dia cakap, "Eee.. tangan hitam, muka putih!" 🙈

Kawan jogging saya cerita, kawan sekolahnya meninggal semalam. Whatsapp tak jawap, pergi rumah, bagi salam, tak buka pintu. Arwah seorang ibu tunggal, anak-anak ada yang duduk Johor dan Penang. Umur 56. Bila tak jumpa 2 hari, kawannya telefon polis, suruh pecah masuk rumah. Arwah ditemui sudah meninggal atas katil. Ada sakit kencing manis. Meninggal sorang-sorang. Bagus juga ada kejiranan dan kawan yang prihatin, datang cari bila senyap. Itu akhir dia. Entah akhir kita, camana agaknya. Allahuakbar... Alfatihah untuk arwah.

Semoga segala urusan anda hari ni dipermudahkan.

Jumpa lagi, ye.

Minggu baru, hari baru

 Isnin, 29 Syawal 1443 Hijrah.

Semalam, hari Ahad, saya cuti dari berlari. Saja, berehat. Pergi keluar sarapan di luar dengan suami dan anak-anak.

Pagi tadi, minggu baru. Bangun awal pagi, goreng popcorn chicken, wantan dan masak nasi goreng. Pergi jogging semula, macam biasa.


Buat 10 km. Panas cuaca hari ni. Alhamdulillah.

Sarapan di rumah sahaja. Suami ada, dia kerja masuk shif petang. Dia bawa anak bongsu pergi gunting rambut. Anak bongsu sekolah sesi petang. 

Lepas tu, saya dan suami pergi keluar berdua ke pasaraya TF, beli barang dapur. Banyak barang rumah dah habis.

Suami tapau KFC. Jadi, tak perlu masak hari ni. 😁 🠈🠈🠈 ni muka saya sepanjang hari bila tak perlu masak untuk tengahari dan malam.

Lepas zohor, tengok rancangan ulangan anugerah meletop yang disiarkan semalam secara langsung. Semalam saya tidor.

Suami masuk kerja. Sebelum pi kerja, dia kata, tak perlu ambil anak bongsu balik sekolah, sebab anak kata, nak balik jalan kaki. 🤯 🠈🠈🠈 ni muka saya bila suami kata anak nak balik jalan kaki.

Anak bongsu saya ni, saya selalu ajak jogging dengan saya, tapi tak pernah nak ikut, bila hari tak sekolah. Dia punya badan semangat sikit. Bukan sikit, tapi agak banyak juga, BMI obese. Ok, ni mesti ada awek cakap dia gemuk, suruh dia kuruskan badan sikit. Marilah kita tengok ye. Berapa hari dia larat nak jalan kaki balik rumah. Jarak antara sekolah dan rumah, kurang dari 1 km. 😝

Semoga hari anda pada hari ini berjalan dengan lancar.

Jumpa lagi, ye.

Kasut baru

 Sabtu, 27 Syawal 1443 Hijrah.

Semalam, saya tak sempat nak update blog.


Semalam punya riadah adalah lebih kurang 10 km. 
Gambar di atas adalah masa saya ngopi kat rumah, depan tv, dok bersila atas lantai. Cicah biskut hup seng dengan kopiko. 

Melalui larian semalam, saya dah melebihi mileage sejauh 200 km di bulan Mei.



Lepas solat jumaat semalam, saya *nyongket ke Ipoh, dengan suami dan anak sulung. Anak sulung dah habis matriks. Dia punya kursus, 2 semester je. Selamat balik rumah hari Khamis. Semalam dia nak ikut, sebab lama tak berjalan. 2 orang lagi anak tak mau ikut nyongket, sebab letih, lari merentas desa. 😁

*nyongket : jalan-jalan, lorat Perak

Saya pergi Sports Direct, beli kasut lari baru. Satu kasut saya dah kena let go, sebab dah makan kaki. Sudah over mileage, dan menyakitkan bahagian tapak kaki bila pakai berlari.


Test pakai kasut baru masa beriadah pagi tadi. Buat 10 km.

Pada suatu masa dahulu, masa saya mula berlari, tahun 2014, saya pernah pakai kasut Puma. Semalam, saya beli kasut ni, Puma Electrify Nitro, sebab rasa macam sedap je, masa test kat kedai. 

Bila test lari pagi tadi, kaki saya cakap, kasut New Balance lebih sedap dari kasut Puma. 😁

Tu je nak cakap. Tapi benda ni subjektif. Kaki kita lain-lain. Ada orang suka Asics, ada orang suka Adidas, Nike, Hoka, atau lain-lain. 

Saya berpendapat, sepanjang penglibatan saya dalam dunia larian ni, saya paling suka Nike. Nike Pegasus tu, sedap sangat pakai. Lepas Nike, kasut New Balance. Kasut yang paling tahan lama, saya pernah lanyak sampai lebih 1500 km, kasut Kalenji, beli kat Decathlon. Elok, takde koyak-koyak. 

Saya suka rotate kasut. Maknanya, saya ada beberapa pasang kasut untuk pakai masa lari. Jadi, saya tak guna sepasang je. Untuk road run. Kasut trail, saya takde, saya cuma pakai kasut potong getah, bila saya naik bukit. Itu pun, dah lama tak naik bukit.

Ok la. Hari ni hari Sabtu, salam hujung minggu. 

Selamat beristirehat bersama keluarga.

Jumpa lagi, ye.

Tengok laut

 Khamis, 25 Syawal 1443 Hijrah.

Suami saya off kerja hari ni. Ajak dia pi jogging, lepas hantar anak kedua ke sekolah.


Kami pi Esplanade, Lumut. Sini sangat aman damai. Tempat nyonya-nyonya beriadah pagi-pagi. Tak ramai orang. Kalau datang awal pagi masa matahari belum keluar, ada banyak lampu spotlight dipasang. Jadi, tak gelap. Boleh tengok pokok, tengok laut.


Cantik kan, tengok matahari naik. Datang sini, takde la lari sangat pun. Amik gambar je banyak. 😁


Sepasang kucing yang tengah dating. Bila tengok kita ambil gambar dia, dia datang dekat. Hari ni tak bawa catfood. Tapi, ada je orang yang tinggal catfood, kat tepi-tepi laluan pejalan kaki. 


Kita boleh jogging dari hujung sana ke hujung sinun, sampai tempat nak masuk navy base. Boleh la cukup target 10 ribu langkah riadah kat sini.


Kucing tengah lepak. 


Dapat lebih kurang 5 km jogging pagi tadi. Cukup 1 jam beriadah. Alhamdulillah.

Lepas jogging buat apa? Ngopi laa, cari nasi lemak. Kikiki...

Ok la ye. 

Semoga segala urusan anda pada hari ini dipermudahkan.

Jumpa lagi.

Movie yang ending dia tak dijangka

 Rabu, 24 Syawal 1443 Hijrah.


Mula-mula jogging, panas. Tiba-tiba awan mendung berarak kelabu datang. Hujan turun sikit. Alhamdulillah. Lama sangat tak hujan, kan. Sejuk sikit suasana. Kawan-kawan saya dah balik jogging. Saya sambung jogging sorang, sampai 10 km. 

Gambar menunjukkan pink guava, blended, beli kat tealive. Dah lama sangat tak beli kopi di Tealive. Last sekali saya minum signature coffee panas Tealive, saya sakit kepala campur mual sepanjang hari. Terus tak beli dah. Kopi tu sedap, tapi saya yang dah tak boleh terima kot. Suami saya minum, ok, signature coffee tu. Itu yang saya cuba pink guava. Sedap, pada tekak saya ni. Yang merah-merah tu, campuran roselle. Sedap! 😋

Semalam, saya ada tengok satu movie ni, tajuk dia, All the Bright Places.


Lepas habis movie, termenung kejap. 
Aritu, pun ada tengok satu movie jugak, pun buat saya termenung macam tu jugak.



Bukan apa, dua-dua movie ni, ada satu persamaan. Dia cerita pasal A, semua pasal A. Tapi endingnya, Z. Langsung kita tak jangka akhir dia macam tu. Selalu kalau kita tengok cerita, kan kita boleh ramal apa berlaku, kan. Lagi-lagi cerita melayu. Ok, dah agak dah, jadi camtu. Tapi 2 movie ni, lain sikit.

Tapi sebenornya, hidup kita pun macam tu jugak, kan. 
Kita tak tahu pengakhiran kita camana. 
Tapi tak mau la tengok cerita sedih-sedih camni. Orang nak happy happy. 
Kalau pembaca rasa nak layan jiwang, makan popcorn sambil mengalir ayor mata, boleh la kot tengok 2 movie di atas. All the Bright Places dan Remember Me. 

Ok. Jumpa lagi, ye.