Pindah

 Korang pernah dengar tak orang cakap, rumah, kalau kita tak duduk, makin lama, rumah tu jadi semakin buruk atau uzur? Lain punya ayat, baik sewakan, dari dibiar kosong. Kalau lama-lama kosong, takut 'benda lain' masuk pulak. Macam-macam la, kan. Bukan rumah saja. Sesuatu tempat atau bilik pun, boleh jadi macam tu, kalau lama tidak digunakan. Itulah yang saya rasa tentang bilik atas. 

Sebenarnya, rumah peninggalan arwah mak saya ni, 1 setengah tingkat. Ha ah. Ada tingkat atas, terdiri dari bilik dan bilik air. Dalam geran rumah, dia tak sebut pula rumah ni, 2 tingkat. Tapi 1 setengah tingkat. Saya rasa, sebab ia tidak memenuhi ketinggian tingkat yang penuh, kot, mungkin. Sebab siling dia, agak rendah. Bagi saya, ok. Bagi orang tinggi macam suami saya, dia angkat tangan atas, sambil jengket kaki, boleh sentuh siling. Itu pasal, bilik atas tiada kipas siling. Tapi arwah mama ada pasang aircond dan built-in cabinet. 

Asalnya, bilik atas adalah kepunyaan kakak tengah. Tapi dia sudah pun berkeluarga dan pindah ke Kuching. Sebelum dia pindah dari KL ke Kuching, dia ada singgah rumah ini, dan hantar harta karun dia, beberapa kotak. So, bilik atas lebih kurang berfungsi seperti stor. Saya jarang-jarang sekali naik ke atas. Last sekali, anak sulung saya yang pernah tinggal di atas, waktu dia sekolah menengah. Itu pun waktu dia naik tingkatan 5, dia turun bawah, tidur bawah je, sebab dia komplen, bila duduk atas, line Wifi rumah putus-putus. Budak laki kan, main game online putus-putus mana tahan. Sejak itu la, bilik atas tiada penghuni. 

Saya selalu galakkan anak kedua saya berkongsi bilik dengan anak bongsu. Eleh, saya pun ok je share bilik dengan kakak tengah masa zaman remaja. Tapi lain budak, lain perangai. Setengah budak macam saya dulu, suka privasi. Tapi anak kedua saya, dia lebih suka tidur di tengah rumah. Ruang tamu, tau. Meja komputer dia pun situ. Tempat belajar dia pun situ. 

Macam rasa kurang best bila kita tak fully utilize ruang yang ada dalam rumah. So satu hari, suami saya cadangkan, kami pindah bilik tidur, dari bilik bawah belakang ke tingkat atas. Manakala anak kedua akan pindah masuk bilik tidur kami. Anak kedua pun setuju. Tiber je, kan. Ingatkan, dia tak suka duduk dalam bilik. Agaknya, dah tiba masa dia, nak privasi. Siap tanya kami lagi, "Bila mama nak pindah atas?" Hahaha... ok la. Anak-anak pun ada tolong angkat barang-barang kami ke atas. Sikit-sikit. Bilik atas pula, kami pindahkan barang-barang harta karun kakak kedua ke tingkat bawah, bahagian belakang rumah. Susun cantik-cantik. 

Barulah nampak hidup sikit, bilik atas tu. Kalau tak, saya tengok, makin buruk je. Celah plaster ceiling, ada macam bulu ke, sarang burung terkeluar di celahan yang tidak rapat. Ada dinding merekah. Sejak bila dinding merekah, entah, tak perasan. Memang sini ada kuari. Bila ada kuari, mesti ada sesi letupan bukit. Ha ah. Memang bukan rumah kami je ada dinding merekah. Saya perhatikan bila saya lalu taman perumahan saya ni, rumah orang lain pun ada rekahan juga. 

Alhamdulillah. sudah lebih 10 hari saya dan suami tidur bilik atas. Aman damai. Sunyi je rasa. Walaupun tak ada katil. Atas tilam je. Sebab saya selalu turun naik, turun naik, kalau saya pakai jam, memang boleh cukup 10 ribu langkah sehari. Tangga spiral tau. Bukan tangga biasa. Suami saya memang suka duduk tempat tinggi-tinggi ni. Dia dari bujang berangan nak beli rumah atas shopping complex. Nak shopping pun senang, turun bawah je. Sebab masa bujang, dia menyewa bilik atas rumah kedai. Eh, saya pun! Macam tu la kami kenal. Saya jiran dia. Rumah kedai punya style dulu, belakang dia terbuka. Asal pergi bilik air je, orang sebelah boleh nampak. Dia pula selalu mengorat saya. Saya pula selalu kutuk dia, hee... tak berkenan langsung saya, dah la telinga capang. Orang Kelantan pulak tu. 😝 Last-last padan muka, terus kawin dengan dia. Jodoh. Itu ler, korang jangan kutuk-kutuk atau benci orang, tau. Nanti mesti melekat. 😁 Ni apasal pula cerita pasal kisah saya dan suami, tadi saya cerita pasal rumah. 

Ok, ok. Agaknya sebab dah bertahun-tahun saya dan suami punya bilik, masa duduk bawah, tak nampak langit, sebab buka tingkap, ada awning. Satu benda baru, bila kami pindah atas, boleh nampak langit. Dapat cahaya matahari. Bilik bawah tu, bila siang pun, kena buka lampu sebab gelap. Bilik atas, ada cahaya semulajadi masuk melalui pintu balkoni. Seolah-olah macam bila Superman kena kryptonite, dia jadi lemah, terawangan di angkasa lepas, sampai muka jadi cengkung tak sedar diri, tapi bila dia terkena cahaya matahari, kuasa Superman terus kembali, haaa... gitulah lebih kurang (huh, apa benda aku cakap ni? Pening kot minum banyak kopi, abaikan je la, ye). 

Rasa hidup macam lebih lengkap pula. Walaupun lutut ada kalanya rasa sakit, sebab dah lari jauh waktu pagi sampai lebih 10 kilometer, balik rumah kena turun naik, turun naik tangga pula. Tapi slow-slow la. One step at a time. Sampai anak kedua cakap, dia rasa bersalah sebab biar mama dan We (panggilan anak-anak untuk suami. Slang kelantan, means bapa atau abah) duduk atas. Patutnya, dia yang muda yang duduk atas. 

Tapi kami ok je. Rasa tenang. Lagi pun, berapa lama lah sangat saya dan keluarga akan duduk rumah ni. Kakak sulung sudah pun menyuarakan keinginannya untuk tinggal sini, rumah arwah Mama ni, nanti bila dia dah pencen, lagi 5 tahun. Sebelum tu, dia cakap, nak renovate rumah, repair apa patut dulu. Jadi, maknanya, kurang lagi 5 tahun la, kami kena keluar dari rumah ni. Rumah ini di bawah nama 3 beradik saya. Tak boleh jual. Kalau jual, kena dapat persetujuan 3 beradik. Biarlah. Giliran kakak sulung pula untuk jaga rumah peninggalan orang tua kami ni. 

So, begitulah ceritanya kali ni. Anak-anak kami sekarang seorang satu bilik di bawah. Satu bilik kecil bawah, bilik jahit merangkap bilik kerja saya. Bilik atas, kami duduk. 😍 Hati saya rasa sungguh tenang waktu saya tulis entri ni. Bila hari saya tak keluar berlari, saya buka pintu balkoni, sambil duduk di kerusi malas sambil mengaji. Bila kering tekak, minum air, tengok langit, rasa sayu (sebab rindu kat arwah Mama) dan bersyukur atas segala nikmat Tuhan bagi. 

Saya akhiri entri kali ni, dengan berkongsi pemandangan bila buka pintu bilik atas, dari balkoni. Masa pagi, bilik redup. Masa petang, cahaya matahari bersinar masuk bilik.

Pemandangan dari balkoni tingkat atas.

Rumah lama. Dah duduk selama 11 tahun di Lumut. Hanya perlu pindah bilik, seperti dapat semangat baru. Macam pindah tempat baru. View baru. Tapi lokasi sama je. Hehe...

Orait. Jumpa lagi, ye. 😊

27 April hingga 3 Mei 2024

 Ada ni ha, sibuk sikit. Sudah potong talian Maxis Fiber. Sedang tunggu pemasangan Unifi broadband pula untuk Wifi di rumah. Tumpang talian Unifi mobile suami. Kadang ok, kadang tak ok. Sebab bilik saya di belakang, line pun tak sampai. Pakai data handphone sendiri jadikan hotspot, kadang ok, kadang hilang juga. Ini, saya bawa keluar komputer, buat kerja di tengah rumah, dekat sikit dengan modem. Boleh la nak update blog kejap.

Takde apa yang menarik pun. Rutin biasa, masak dan lari. Hmmm... meh tengok...

Sabtu, 27 April 2024

Nasi goreng masak awal pagi.

Anak kedua ajak pi tengok wayang. Tajuk movie, the Fall Guy.

The Fall Guy, lakonan Ryan Gosling dan Emily Blunt

Cerita pasal stuntman. Banyak aksi, stunt sana, stunt sini, lompat sana, lompat sini, tumbuk sana, tumbuk sini, meletup sana sini.

Ahad, 28 April 2024

Kucing comel di Esplanade Lumut.

Saya lari 10 kilometer. Slow-slow. 

Isnin, 29 April 2024

OOTD Isnin.

Pun lari di Esplanade juga, 8 kilometer.

Balik dari jogging, pergi kedai, beli ayam seekor.

Masak ayam goreng pedas.

Selasa, 30 April 2024

Goreng hash brown dan buat scrambled egg

Eh, saya goreng 3 keping hash brown. Sekejap je, mama pergi ambil telefon nak ambil gambar, sudah hilang 1.

Pergi lari di Esplanade lagi, lepas hantar anak bongsu ke sekolah.

8 kilometer, hari Selasa.

Rabu, 1 Mei 2024

Cuti Hari Pekerja. Jadi, saya pergi lari lama sikit, di tempat jauh sikit.

Larian Labour Day, 11.11 kilometer.

Balik tu, singgah Family Mart. Beli makanan untuk anak-anak, sebab cuti, jadi saya malas masak. Saya sarapan situ terus la. Sorang-sorang je, suami kerja.

Blueberry cream cheese bagel dan kopi americano.

Simpan perut hari tu. Sebab bila suami balik kerja pukul 8 malam, dia bawa pergi jamuan raya ofis.

Cermin mata kelabu asap lagi dia dah amik gambor.

Gambar masa baru sampai. Dalam kereta, aircond sejuk. Cermin mata pun berkabus lagi. Hahahadoiii...

Jamuan raya, ada pelbagai hidangan raya. Ada yang pesan dari katerer, iaitu nasi minyak dan lauk pauk. Ada juga, kakitangan bawa sendiri, potluck.

Lauk ayam goreng, acar, dan buah dari katerer. Dalam bekas tu, staff bawa, ada ketupas palas, nasi impit, rendang ayam, kuetiau goreng, sambal ikan bilis.

Ada laksa, rendang daging, sate, kuah kacang.

Agar-agar, kuah lontong dalam bekas biru, dan pelbagai jenis kek.

Patut ada sambal ikan bilis tadi. Kuah masak lemak, nasi impit, letak sambal, jadi lontong. Tapi saya tak ambil pulak. Saya makan nasi je, dengan sate. Sate of course kena ambil, my feveret. 😋

Sebab tempat luar dah penuh, kami makan atas tikar je. Lagi senang duduk dalam, jadi tak jauh nak ambil makanan.

Boleh kenal saya mana satu, dari belakang? 😁

Suami saya kejap je perut dia naik, lepas raya. Hari tu bulan puasa dah kempis. Jamuan Hari Raya Aidilfitri GS Perak Zon D 2024. GS singkatan untuk Group Security. Ye, suami saya kerja security, a.k.a. pok guard. Syukur Alhamdulillah.

Khamis, 2 Mei 2024

Suami off kerja. Pergi jogging luar daerah, iaitu di Universiti Teknologi Petronas, UTP.

Lebih sikit dari 5 kilometer.

Balik tu, singgah Seri Iskandar, sarapan di Little Ipoh. Pertama kali kami cuba sarapan sini. Lokasi cafe di tepi jalan utama sahaja, on the way nak balik Lumut.

Little Ipoh Cafe.

Selesa, ada aircond. Orang agak ramai, tapi ada tempat kosong. Order dan ambil makanan di kaunter.

Suamiku. 

Luas juga cafe ni. Dia bagi buzzer. Bila buzzer bunyi, boleh ambil makanan di kaunter depan.

Roti titab, suami pesan. Air kopi o dan kopi hazelnut latte.

Saya pesan English Breakfast

Bapakkk, dia punya English Breakfast. Ada kepingan daging, croissant yang dalamnya ada salad, baked beans, mashed potato, dan scrambled egg bersama grilled tomato. Memang makan kongsi dengan suami. 

Jumaat, 3 Mei 2024

Pergi lari di Esplanade semula, lepas hantar anak bongsu pergi sekolah.

Peta larian Jumaat.

Bukan hari-hari kita rajin selfie atau ambil gambar. Hari tu pula, jam boleh 'hang'. Jam sangkut, tak gerak-gerak. Off dan on jam semula. Dapat simpan 4 kilometer sahaja. 

Lepas lari, pergi makan di Pasar Komuniti dan Karavan Manjung. Pergi dengan suami. Dia baru balik kerja.

Saya makan nasi lemak bungkus, RM1.50

Roti jala cicah kari, saya juga makan.

Suami makan nasi dagang ikan tongkol.

Kami share makan goreng pisang cicah sambal kicap.

Syukur Alhamdulillah, atas nikmat sihat dan rejeki makanan serta banyak nikmat Allah berikan.

Beberapa hari tak update blog, hari ni saya tulis laporan seminggu terus. Sorry ler, banyak sangat gambar. Saja, nak keluarkan gambar dari handphone. Juga, boleh buat kenangan dan rujukan di masa hadapan, apa aktiviti buat untuk minggu tersebut.

Masih dalam usaha untuk melawan rasa malas berlari. Mood ada naik, ada turun. Pace tolak ke tepi. Tapi memang dari dulu, saya tak laju pun. Saya akan cuba lari lebih lama. Kena biasakan buat endurance, tahan panas. 

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca semua. Terima kasih, kerana membaca.

Jumpa lagi, ye. 😊