Cerita 26 April

Jumaat, 26 April 2024 - Saya dan suami pergi sarapan di mamak. Tak banyak pilihan tempat nak pergi sarapan awal pagi di sini. Maksud saya, seawal pukul 7 pagi, hari Jumaat. Jadi, ke mamak Briyani Kampung Acheh kami hari tu. 

Ayam masala

Ambil ayam masala. Ayam dia kecil-kecil. Ambil 3 ketul. 

Saya pesan tosei.

Tosei garing.


Suami pula ambil bihun campur nasi goreng bersama ayam goreng.

Saya masih belum pergi jogging lagi waktu ni. Masih mood jalan-jalan cari makan. 

Untuk tengahari pula, kami pergi bungkus nasi kerabu kelapa sawit.


Saya pilih lauk ayam bakar, dan ada telur masin.

Syukur Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi, makan sedap-sedap.

Pada hari yang sama, saya telah daftar satu acara larian di Ipoh. Sebab lepas raya, rasa macam malas lari sangat. Mood ke laut dalam.


Merujuk kepada kalendar di atas, ada 2 acara larian saya sudah daftar di bulan September. Larian Tanjung Karang santai-santai saja 7 kilometer, sebab cut-off time 3 jam. Saya masuk dengan suami. 

Lagi satu, Ipoh 7 Bridges, saya masuk marathon, 42.195 kilometer. Dah lama saya tak masuk jarak jauh. Berdebar-debar campur excited. First time penganjur buat kategori marathon. Tahun lepas-lepas, saya masuk half marathon. 

So, ok. Bila sudah daftar acara lari, nak tak nak kenalah training. Malas tu, kita bungkus elok-elok, buang jauh-jauh. Marilah kita berusaha! 🏃💪💪

Jumpa lagi, ye. 😊

Kenapa saya tak kurus-kurus

 Sudah masuk bulan Mei. Tapi gambar yang saya ambil masa bulan April belum habis lagi, nak cerita. Mari tengok...

Sambal telur rebus.

Lauk paling simple dan sedap juga. Rebus telur, dan buat sambal. Saya gunakan cili kering semata, tanpa bawang. Saya masak lauk ini, pada awal pagi, 25 April lepas.

Tak pergi jogging pun. pada hari tersebut. Lepas hantar anak ke sekolah, pergi sarapan dengan suami, di Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan. Jom tengok kami makan apa.

Popia Sira

Sedap, popia sira sini. Kulitnya rangup dan nipis. Ada sesetengah popia sira, kulitnya tebal, dan bila makan, agak liat. Tapi popia sira sini memang terbaik! 😋 Kalau tak, takde la suami saya ambil sampai membukit. 

Nasi lemak dan roti canai.

Nama pun kedai roti canai. Mestilah pesan roti canai. Kuah dia, kari ada ikan kecil seketul.

Close-up nasi lemak.

Nasi lemak bilis. Sedap. Macam nasi lemak masa zaman sekolah. Pedas sikit. Tapi best!

Masa perjalanan balik rumah, singgah Family Mart. Ada anak sudah kirim mahu mac and cheese dan onigiri. Tak kan beli untuk anak je, kot. Kita pun nak jugak.

Onion Cream Cheese Bagel

Share makan dengan suami, dalam kereta. Pertama kali cuba ni. Sedap juga! 😋 Harga RM7.90

Sebelum balik rumah, suami suka tawaf pekan Lumut dulu. Singgahlah 989 Kopi Lumut. Pagi tadi masa makan roti canai, minum air suam saja. Mana boleh, tak mengopi satu hari. Jadi, singgahlah beli kopi. Sini boleh minta, hazelnut latte tu, tak mahu manis, ye. 

Pemandangan sambil tunggu kopi siap.

Cuaca sudah mulai panas. Kita take away, minum di rumah saja.

Kek coklat, 1 slice.

Tak kan minum je. Bungkus chocolate cake, 1 slice. Harga, RM13.

Edited pada 4 Mei 2024, untuk menjawap soalan Carneyz.

Agak-agak berapa kalori setakat makan pagi dan brunch, belum lagi tengahari dan malam? Saya kira, lebih kurang 1,900 kalori sudah masuk. Berdasarkan gaya hidup saya, keperluan kalori harian untuk saya lebih kurang 1,840. Sudah terlebih. Mustahil la boleh kurus, kalau makan macam ni, setiap hari. Tapi saya tidaklah makan begini hari-hari. (ye ke? 🙈)

Saya guna MyFitness Pal, untuk kira kalori yang masuk. App ini sangat bagus untuk pembaca yang sedang usaha untuk kurangkan berat. Kita boleh masukkan makanan yang kita ambil, dan aplikasi ini yang kirakan. Kita juga boleh connect dengan aplikasi lain. Contoh, saya connect dengan aplikasi Garmin Connect, iaitu app jam lari saya. Jadi, dia tolak kalori yang saya bakar dari aktiviti saya bersenam. Selain itu, aplikasi ini tak galakkan sangat pengguna yang tak makan langsung, maksud saya, jumlah kalori intake sangat rendah, dia terima tetapi tidak akan keluar pada newsfeed pada hari tersebut. Maknanya, dia nak kita kurang berat badan secara sihat, ok. Tak mau la obses sangat dengan kiraan kalori sampai tak makan langsung. Jangan skip meal. Ada baik buruknya sesuatu aplikasi itu. Keburukannya, saya bertahan paling lama 2 minggu je, kira kalori ini. Saya rasa murung. Itu yang saya cakap, untuk orang nak betul-betul kurangkan berat, sangat berguna. Tapi bagi saya yang happy happy nak enjoy life dan suka makan, kita jadi murung bila tengok kalori kita hari-hari ter-over je, kan. Terima, hakikat kuat makan tu. Sebagai panduan boleh. So, kita tahu lah mana silap kita, sampai ter-over makan tu. Ada orang kata, applikasi ini kurang tepat. Pada pendapat saya, memang lah tak de yang tepat pun. Kecuali awak timbang makanan yang awak makan, berapa gram, sebelum awak makan. Baru awak boleh enter, makan nasi goreng kampung, berapa gram, baru dia boleh kirakan dengan tepat. Kalau awak tak timbang, agak-agak la kan, kita makan separuh pinggan ke, semangkuk kecil ke. Gitu. Boleh la download aplikasi myFitness Pal di google play store atau mana saluran yang betul. Sangat berguna. 

Untuk info pembaca, ada tengok journey Khairul Aming turun berat badan tak? Kalau tak, sila google. Dia timbang, ok. Makanan yang masuk berapa gram, masa dia mula usaha nak turun berat tu. Selain bersenam di gym dengan weight lifting. Selepas beberapa lama, dia stop timbang makanan yang masuk dan kira kalori. Dia pun guna kaedah ini sebagai panduan saja. Sebab in time, kita sendiri boleh agak makanan ini too much, sebab sudah sekian lama kira kalori. Gitu.

Untuk mild weight loss (hilang 0.25 kg seminggu), saya perlu makan sehari 1530 saja.

Untuk weight lost 0.5 kg seminggu, perlu makan 1,200 kalori.

Sumber: Optifast Malaysia, Calori Calculator

Logik, kan. Untuk hilang berat, perlu makan kurang dari jumlah kalori yang badan kita perlukan.

Atau kita bakar lebih banyak daripada kalori yang kita ambil (kalori defisit). Saya, pada hari tersebut, pergi jogging pun tidak. Bila badan dalam keadaan kalori defisit, badan akan mula menggunakan lemak yang tersimpan sebagai tenaga, dan ini boleh membantu kita untuk turunkan berat badan.

Setakat ini, saya takdelah fikir nak kurus sangat. Saya tidak buat intermitten fasting. Saya cuma cut sugar sahaja (kepala otak, cut sugar, tapi makan chocolate cake!) 😅. Saya sedar akan tabiat makan saya yang terlebih ni. Apa benda saya nak makan, saya makan je. Esok, saya lari ler. Hehe... Lain kali saya share tentang aktiviti larian pula ye. Banyak gambar makanan je ni. 😁

Ok. Jumpa lagi, ye.