Showing posts with label Weigh-In. Show all posts
Showing posts with label Weigh-In. Show all posts

Rumusan Mei

 Sudah masuk bulan Jun.

Pagi tadi, goreng hashbrown. Goreng ayam gunting sekeping. Masak mee goreng.


Lepas Subuh, pergi jogging.


Jogging pagi tadi, sejauh 10.37 km. Alhamdulillah.

Gambar menunjukkan sarapan saya hari ni. Suami gorengkan telor mata sementara saya pergi mandi balik beriadah. 

Dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Ooo... 1 Jun adalah global running day. Ada jugak Hari Lari Sedunia, ye. Ate, kome dah lari ke belum, hari ni? 😁

Eh, saya lupa cerita. Balik jogging, sampai di rumah, saya jump rope dulu sat.


Buat 1000 lompatan. Pastu sambung free style. Saya sangkut lagi buat criss cross. Tapi lulus buat side straddle dan high knee. 

Saya takde la lompat tali setiap hari. Tapi saya suka jump rope sebab dia bagi rentak masa saya lari. Perbaiki cadence (jumlah langkah dalam seminit) saya, dan posture semasa berlari. Juga, betulkan posisi kaki masa lari (landing di bahagian depan tapak kaki, bukan di bahagian tumit). 

Baiklah. Mari kita tengok rumusan larian saya, di bulan Mei.


Purata jarak lari dalam sehari: 7.5 km

Jumlah jarak lari di bulan Mei: 232.2 km

Purata jarak lari dalam seminggu: 58.1 km

Jumlah kalori terbakor: 12, 085

Dah lama sangat saya tak mencapai mileage sampai 200 km ni.

Ada 5 hari saya cuti rehat. Alhamdulillah, atas nikmat sihat Allah pinjamkan. Badan sihat, hati gumbira! 😁

Pagi tadi, sebaik sahaja saya bangun tidor, saya naik atas mesin timbang dulu. Nak tahu berat saya berapa? 59 kg! Hahahaha... naik 1 kilo. Bulan lepas, saya 58 kg.

Bila balik jogging, saya timbang lagi. 57 kg. 2 kg tu, hilang air bila lari dan jump rope. Memang lenjun baju saya pagi tadi. Peluh masuk mata, pedih, macam mandi laut.

Tapi, saya ambil kiraan yang baru bangun tu la, iaitu 59 kg. 


Ini kira borderline la ye. BMI 24.6. Kalau BMI lebih 25, saya dah jadi overweight semula. Hahaha... hadoi... malam ni ada jamuan raya ofis suami. Ate, cer bagitau, camne teman nak kuruih. Lari 10 km setiap hari pun, tak bermakna berat kita akan turun, kalau kita tak control makan kita. We are what we eat.

Itu saja la ye.

Takmo la pikio pasal berat. Asal sihat boleh lari, Alhamdulillah. Kaki ok, badan ok, boleh buat kerja rumah, masak, Alhamdulillah.

Jumpa lagi. 😊

Larian untuk 3 hari dan Rumusan April

 29 Ramadan 1443 Hijrah. 

Semenjak dua menjak ni, saya sibuk sikit. Tak sempat nak update blog.

Mari kita tengok, aktiviti jogging yang saya tak sempat share, ye.

Larian Jumaat


Pada hari Jumaat lepas, bersamaan 29 April, saya sempat jogging sejauh 7.1 km. Alhamdulillah.

Gambar di atas menunjukkan kaki saya, sebelah. Memang, rasa malas menguasai diri. Tapi kita cuma perlu, put one foot in front of the other, and repeat. Tu je. Berusaha!

Larian Sabtu


Pada hari Sabtu, iaitu semalam, bersamaan 30 April, saya telah jogging sejauh 7.74 km. Alhamdulillah.

Gambar di atas menunjukkan blender, yang saya menang, cabutan bertuah, beli tudung. Butik Koleksi Hannah, Manjung, beri peluang pelanggan yang berbelanja lebih RM60 di kedainya masuk cabutan bertuah. Saya pergi dalam minggu lepas, beli tudung raya. Baju raya, saya pakai tahun lepas-lepas punya. Tudung raya je beli baru. Dia orang buat cabutan bertuah masa FB Live, dan nama saya naik, menang tempat kedua, blender jenama Hanabishi. Alhamdulillah. Rezeki tak disangka. Saya ni, jarang-jarang menang cabutan bertuah. Manjang tak bertuah. Huhu.. tak sempat balik rumah, dalam kereta dah ambil gambar blender, pergi ambil di ofis Koleksi Hannah. 😁

Larian Ahad


Pagi tadi, Ahad, 1 May, saya telah jogging sejauh 7.51 km. Alhamdulillah.

Gambar adalah secawan teh panas, yang saya nikmati, masa hari Jumaat lepas. Saya dan suami bawa anak sulung pergi beli baju raya. Dapat baju dia. Petang Jumaat tu, kami pi ambil anak sulung di kolej matrikulasi Gopeng. Dia je tak de baju raya lagi. Ramai betul manusia di Aeon Manjung. Penat. Duduk lah ngeteh kejap. Lega sikit dapat minum ayor panas.

Larian hari ni membolehkan saya dapat lencana berikut dari aplikasi Garmin Connect.


Berlari di hari pekerja. Tak ramai orang lari pagi tadi. Saya dan sorang kawan. Dia memang kampung sini je. Saya pula, tak balik beraya di kampung suami tahun ni, sebab dia bekerja di hari raya. Selain kami, adalah 2-3 orang lagi yang jogging. Semua orang luar. Kalau kita biasa jogging di satu tempat, kita boleh kenal muka biasa nampak, muka tak biasa nampak. 

Rumusan Larian April 2022

Bulan April telah melabuhkan tirainya semalam. Mari kita tengok berapa jauh saya berlari di bulan April.


Purata larian dalam sehari: 6.3 km

Jumlah jarak lari di bulan April: 188.3 km

Purata larian seminggu:47.1 km

Jumlah kalori terbakar: 10,275

Alhamdulillah. Saya melebihi sikit je larian di bulan sebelumnya, iaitu Mac. Jarak larian bulan Mac adalah 186.9 km. Boleh rujuk entri rumusan bulan Mac di sini. Tak banyak beza pun. Tapi sebab bulan ni bulan puasa. Saya ingat, saya tak mampu lari. Mula-mula saya ingat satu hari saya mampu buat 5 km je di bulan puasa. Tapi Alhamdulillah, ada kederat buat lebih.

Macamana dengan berat pula?


Berat 1 May 2022: 58 kg

Berat 1 April 2022: 61 kg

Alhamdulillah, saya turun 3 kg. Dapat berat ideal semula, bulan lepas masa berat 61 kg, BMI saya jadi overweight. Nanti kita tengok lepas raya, BMI kekal normal atau jadi overweight semula. Hahaha... makan lemang bagai. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

Hari timbang berat

 Saya timbang berat badan, sebulan sekali. Setiap 1 haribulan. Mari kita tengok...


Hambik! Tak control makan, kan.. padan muka ku! Dah BMI jadi overweight dah. Berat saya naik 2 kilo, jadi 61 kg. Bulan lepas, berat saya 59 kg. 

Pengajarannya di sini, tak guna jogging hari-hari kalau makan tak control. Nafsu makan, ya Allah, macam kuda. Astaghfirullahalzim... marilah kita kembali ke pangkal jalan.

Pagi tadi, saya pergi jogging, seperti biasa.


10 km hari ni. Insaf. Bakar kalori lebih sikit. Saya tak boleh lebih laju. Tapi saya boleh pergi lebih jauh. Insya-Allah.

Dalam gambar di atas, kucing tu, manja dengan anak sulung saya. Anak saya tu, kat kolej sekarang. Julung-julung kalinya puasa di perantauan. Perantauan la sangat. Tak jauh pun, satu Perak juga. Tapi dah tak duduk rumah. Semoga rajin bangun sahur, anakku.

Baiklah.

Jumpa lagi, ye.