17 Disember 2023 - Awal pagi, sudah bangun mandi dan bersiap. Berjalan dari tapak perkhemahan ke tempat bermula larian. Tak jauh pun. Orang sudah ramai. Jumpa runners dari Manjung. Jumpa kawan-kawan Malaysia Women Runners. Pukul 7 pagi, larian bermula.
Lalu kawasan kelapa sawit. Keluar ke jalan kampung Sahom. Saya mula-mula, perlahan je. Tak mahu push sangat. Simpan tenaga.
Kredit foto: Jurugambar Sahom Trail Run 2023 |
Saya pakai baju ungu. Baju Malaysia Women Runners (MWR). Itu yang ada pelari dari group MWR tegur tu. Baik dan peramah, dia orang.
Pemandangan cantik, bila lalu bukit batu kapur. Yang macam di Gua Tempurung tu. Cuaca masih sejuk. Hijau pemandangan. Rasa sangat gembira dapat sertai larian denai ni.
Saya tak keluarkan handphone dari bag. Saya fokus lari je. Kaki tak mahu berhenti. Lain macam bila masuk kampung dan denai ni. Tak macam event lari di bandar. Rasa nyaman.
Saya lari slow je. |
Seawal kilometer 1, saya sudah buka energy gel. Makan sikit-sikit. Ada water station setiap 5 kilometer. Ada air mineral dan 100 Plus. Pelari bawa cawan sendiri, salah satu barang dalam mandatory items. Selain running cup, mandatory items yang lain ialah hidration bag, air lebih 500 ml, wisel dan handphone.
Ada jalan kampung, bukit tinggi. Masa tu, barulah saya berjalan. Lalu kawasan kampung orang asli. Tengok rumah mereka. Masa saya lalu, ada peniaga ikan datang naik motor, jadi ibu-ibu keluar membeli. Yang ibu, mengendong bayi tak pakai seluar pun. Masih ada orang asli begini di negeri Perak.
Masa lalu kawasan hutan, rumput tinggi. Ada kawasan lopak air. Tenggelam kasut saya dalam lumpur. Sampai ke seluar kotor. Hahaha... gelak sendiri. Selamat kasut aku! Tapi rasa sangat seronok!
Kilometer ke-9, sampai ke kawasan sungai. Beratur masa ni. Untuk lintas sungai. Di tepi, sudah ada JPAM, standby in case of emergency. Ada tali merentasi sungai, untuk pelari berpaut. Juga, crew-crew yang menjaga semasa pelari sedang merentasi sungai.
Air sungai agak deras. Di sesetengah tempat kita pijak, dalam juga.
Beratur melintas sungai. |
Saya baca bismillah dalam hati banyak kali. I is takut juga. Campur-campur la, perasaan.
Berpaut kuat pada tali. |
Alhamdulillah, selamat lintas sungai. Sambung berlari. Tapi bila kita keluar air, kasut rasa berat. Kaki rasa berat. Pakaian basah, kan.
Minum air elektrolite yang saya bawa. Saya mula slowjog slow-slow. Cuaca sudah mulai panas. Ada ketika, lalu jambatan yang merentasi lebuhraya utara selatan. Nice! Saya tak ambil gambar la. Dalam kepala otak je, ingat. Malas nak keluarkan handphone.
Akhirnya, saya sampai ke garisan penamat. Ada crew menunggu, untuk bagi medal dan finisher T. Lepas tu, jumpa kakak. Dia memang lari laju, macam jebon! 😂 Ambil bubur gandum, kuih donut dan karipap. Rasa sedap, dapat makan makanan panas selepas berlari.
Alhamdulillah. Selamat sampai garisan penamat. Selfie depan khemah. Tudung pun udah rupa ombak rindu. |
Saya rasa sangat best. Lain lari di denai ni. Saya pula dah lama tak masuk trail events. Alhamdulillah, walaupun cuma 15 kilometer. Penganjur yang bagus.
Masa on the way nak pergi sarapan, suami saya tiba dari Lumut. Kami pun sarapan sekali, nasi lemak dan kuih karipap, kuih cucur keria. Minum teh tarik, ok. Sedap! Nikmat bila lama tak minum teh tarik panas.
Lepas makan, mandi, packing barang. Bungkus dan bersihkan semua peralatan perkhemahan. Tapi tak sempat tolong kakak sampai habis. Balik dulu.
Baju event, baju finisher, medal dan bib larian. |
Alhamdulillah. Dapat sertai event trail run ni, bersama kakak saya. Dapat berkhemah. Bersama alam. Bersama sungai. Bersyukur atas nikmat lari yang Tuhan pinjamkan.
Baiklah. Sekian laporan Sahom Trail Run 2023.
Jumpa lagi, ye. 😊
Seru banget sih kegiatannya,biasanya berlari di jalan, sekarang berlari di medan yang berbeda, sampai lewat sungai segala, pasti lebih berat yaa...
ReplyDeleteIya, Mreneyoo. Berlari di trail lebih ambil masa lama berbanding road run, walaupun mileage yang sama.
DeleteTahniah dapat melarikan diri 15 km
ReplyDeleteTerima kasih, Wak.
DeleteWah, adventurous betul larian kali ni, siap merentas hutan, kampung orang asli dan sungai. Tahniah Nur, berjaya tamatkan larian!
ReplyDeleteTerima kasih, Carneyz. Ya, memang lebih mencabar masuk hutan ni. Tapi best! :D
DeleteSalut saya. Lari itu seru dan menyenangkan. Sepertinya saya harus banyak mencontoh semangatnya...
ReplyDeleteAyuh kita berlari! :D
DeleteOoo saya sangkakan lebih 20KM. rupanya 15KM. okey sangat tu… lari ‘’bersama alam”… btw cantik t-shirt nya… kalau dapat long sleeve boleh pakai buat jalan-jalan 😉
ReplyDeleteSelalu baju event, saya pakai lari je. Pakai inner decathlon di dalam.
DeleteFuhhh redah Sungai tu besttttt…faham sangat laa kalau kasut dan baju basah then nak kena lari lepas tu… memang mencabar
ReplyDeleteRasa nak celup je satu badan dalam sungai. Tapi mengingatkan ada handphone dalam bag, tak jadi. :D
Deleteapa laa henpon niiii.... kacau daun hahahahah
DeleteSaya kagum ! Tahniah ! saya sudah tidak mampu berlari, lutut tidak mengizinkan
ReplyDeleteTerima kasih, Ju.
DeleteKalau Ju free, boleh buat carian slowjogging by Prof Dr. Tanaka di youtube. Saya pun sakit lutut juga, kadang. Tapi dengan kasut yang sesuai (kasut cushion tebal) dan slowjogging, sudah kurang. Dan makan glucosamine chondroitin juga.
lain dari yg lain ni kak..seronoknya dapat tgk perkampungan org asli
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang seronok. :D
DeleteTahniah tahniah.. Allahu hebat nya.. terbaikk lah :D
ReplyDeleteTerima kasih, encik. Alhamdulillah.
Deletetahniah kerana berjaya dalam trai sahom...mesti happy dan healing kan
ReplyDeleteTerima kasih, encik Hanafi. Ya, happy dapat masuk hutan. Alhamdulillah.
Deletewah seru sekali ya kak...kalau bisa nyemplung ke air juga habis itu lari lagi...hidup sehat badan bugar
ReplyDeleteBetul, Mbul.
DeleteHehe tidak baik tinggal seorang.
ReplyDeleteBagus suami datang ambil. Rindulah itu.
Julung kali Puan Nur sertai larian dalam sungai.
Ye, NA. Memang jarang masuk larian denai ni. Ini pun, kakak yang ajak. Kalau saya seorang masuk, memang malas sikit.
DeleteMenarik sekali nih Mbak lari melintasi alam terbuka. Lari lintas alam, demikian istilahnya disini.
ReplyDelete15 km jaraknya ya Mbak? Hebat Mbak tetap kuat dan sampai garis finish.
Salam,
Terima kasih, Pak Asa. Alhamdulillah. Memang menarik, saya sangat suka sertai larian denai begini.
DeleteKalo medannya seperti itu saya pun tak berani kluarkan hp. Takut terjatuh pula dalam sungai atau lumpur 😂. Memang lebih aman simpan lah.
ReplyDeleteHebat kak, medannya lumayan juga yaa, sampai melewati sungai 😄👍jauh juga jarak dia.
Kan, Fanny. Takut jatuh dalam air, naya juga.
DeleteBanyak entri Nur sy terlepas. Puncanya,blog list tak update bila ada post baru. Dia cuma keluar title blog aje.
ReplyDeleteBest baca kisah lari yg ni, lain dr yg lain. Tiba² sy teringat abang yg hilang kat Gua Tempurung tu.
Oh, gitu. Sama kes dengan saya. Solusinya, saya tengok di blogger punya dashboard je, di bahagian Reading List. Situ akan keluar blog kita follow yang ada entri baru.
DeleteHa ah, SK. Acap kan, nama dia. Sampai sekarang tak jumpa.
ayat "walaupun 15km" tu buat ammi rasa malu. ammi walking 4km pun hongeh
ReplyDeleteAla, tak yah la malu. Progress takes time, and believe in the process. Chewah... hehe..
Delete