Kembali lari

 Setelah 3 hari tak jogging, hari ni saya kembali beriadah di waktu pagi. Ada buat swab test lepas balik dari Kelantan. Alhamdulillah, negatif.


Dapat jogging 7 km pagi tadi. Alhamdulillah. Santai-santai, pace 10 je. 

Gambar adalah secawan white coffee, minum di Hirup Piring Kopitiam, Manjung. Tak sah kalau tak pekena kopi dalam sehari. 

Balik dari jogging, singgah kedai, beli ayam seekor. Pergi kedai runcit, beli air kotak, biskut dan aiskrim. Balik rumah, basuh dan sidai baju. Lipat baju. Pukul 10 pagi lebih baru saya sarapan. Suami dah tapau nasi berlauk ayam bakar, sebelum dia pergi kerja shif pagi.

Anak-anak pdpr. Hari ni, dah 30 Mac. Cepat betul kan, masa tu. 

Ok la. Jumpa lagi, ye.

4 comments:

  1. Aktiviti-aktiviti berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, NA. Harap hari NA juga berjalan dengan lancar.

      Delete
  2. Coffee is a must! Baru celik mata dan bertenaga sikit buat kerja. Best sangat tu kalau makanan dah siap tapau. Tak terkejar nak memasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. dapat kopi baru segar, rasanya. Alhamdulillah.

      Delete