Balik kampung

 Saya balik kampung suami di Kelantan pada hari Jumaat lepas. Semalam, hari Ahad, saya balik semula Manjung. Macam kartun pun ada. Paling sekejap balik kali ni. Tengok rumah kampung, yang masih belum siap sepenuhnya. Dalam 80 peratus dah siap. Rumah lama yang bahagian kayu, dirobohkan sebab kayu semua dah reput. Dinding pun dah berlubang. Ganti rumah batu, simple je. Rumah 4 segi je, cuma tambah bilik air. Belum siap. Laluan masuk kereta ke bahagian garaj pun belum siap. Lepas tu, bumbung dapur, bocor pula, beberapa tempat. Kena repair bumbung dan suami nak renovate dapur sikit. Rumah yang kami bakal duduk bila suami dah pencen, lagi 9 tahun, kalau umur panjang. 

Masa hari Sabtu di kampung, sempat jogging sat. Jalan-jalan, tengok kawasan kampung. Kawasan di mana suami saya mandi masa budak-budak dulu, kat tali air tepi sawah padi.


Sempat jogging lebih kurang 7 km bersama suami. 


Ok la. Boleh bayangkan nanti dah tua, pi jogging sama-sama. Kawasan jogging aman damai. Tengok sawah padi. Tengok rumah orang. Ada sesetengah kawasan, air kat tali air tu, tinggi. Masa kami lalu hari sebelumnya tepi sungai Golok pun, air tinggi di sesetengah kawasan. Memang hujan lebat dan banjir tak dijangka, bulan Mac ni, sebelum ni. Sampai bumbung dapur pun bocor. Jadi bahagian dapur tu, basah. 


Lembu kat sana, besar-besar saiz dia. Spesies lembu siam. Bila kita lalu, dia tengok je. 
Alhamdulillah, dapat balik jumpa mak mertua dan adik beradik suami sebelum puasa. Raya ni, suami tak dapat balik kampung dah, sebab kena kerja. 

Ok la. 

Jumpa lagi, ye.

4 comments:

  1. Dah ada blog balik ya. Alhamdulillah.
    Sama rumah Uwan saya bahagian kayu dah dimakan anai-anai.
    Kerap balik lepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Na. Alhamdulillah.
      Gitulah kalau rumah kampung lama. Kena repair tu. Nanti lama-lama, boleh reput sana-sini.

      Delete
  2. Alhamdulillah..ada peluang balik kampung walau sekejap. Seronok jogging kawasan kampung ni. Lebih tenang suasananya. Baru tahu lembu sana besar besar. Nanti bila balik lagi mesti rumah dah siap sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Fizah. Jogging di kampung, kurang trafik. Aminn, harap gitu la. Rumah dah siap lain kali balik.

      Delete