Cerita makan

Saya suka makan. Antara sebab saya keluar berlari, adalah kerana kadang-kadang, saya makan banyak. Sebab rasa badan sudah mulai berat, jadi saya pun lari lah lama-lama. Saya check handphone saya, ada beberapa gambar makanan dari aktiviti jalan-jalan cari makan, yang saya lupa untuk share. Marilah kita tengok. Hehe... sori la, kalau ada pembaca yang sedang berpuasa hari ni, puasa sunat hari Isnin atau sedang ganti puasa. 

Nasi Kandar Saddam

Kedai ni, ofismate suami yang rekomen untuk pergi. Sedap, katanya. Suami saya pula memang penggemar nasi kandar. Jadi, kami pun pergilah check-it-out pada 30 Julai yang lepas. Tengok, berapa lama punya cerita la, peram dalam handphone. Kedai terletak berdekatan dengan Aeon Station 18, Ipoh.

Nasi kandaq kuah campoq satu!

Saya ambil ayam goreng, nasi kuah campur, sayur kobis dan telur masin.

Tapi betullah orang kata, sedap itu subjektif. Mungkin sedap bagi orang, tapi tak berapa sedap bagi kita. Pada pendapat saya, biasa-biasa je la nasi kandar Saddam ni. 

Yang orang kata nasi ganja di Jalan Yang Kalsom Ipoh tu pun, yang orang beratur untuk makan tu, yang itu pun, saya tak faham apa yang orang ketagih sangat tu. Pada saya, biasa-biasa je. Sudah la kita kena makan cepat, sebab ada orang lain sedang beratur untuk duduk. Tak kan kita nak makan berjam-jam sambil menyembang kot.

Nasi kandar beratur Pantai Remis ada lain sikit, kuah dia. Tak sama macam nasi kandar yang saya pernah cuba. Kalau makan sini, cubalah pesan ayam kandar dia. Tapi sini, tempat duduk pulak terhad. Kadang kita kena duduk meja panjang dan share dengan orang yang kita tak kenal. 

Bagi saya, Nasi Kandar Beratur 786 Kampar juga yang terbaik. Walau pun kena beratur, servisnya cepat. Tempat makan banyak. Ada tempat terbuka, juga tempat ber-aircond. Jadi, kalau nak rasa sedapnya nasi kandar sambil makan dengan selesa, sinilah tempatnya.

Sekian cerita nasi kandar. Cerita makan tempat lain pula.

Saya dan suami ada pergi makan di Kluang Kopi, pada 29 September lepas.

Lontong kering

Memang gendut makan lontong kering di Kluang Kopi ni. Kena share 2 orang. Sambal jawa dia terbaik! 😋

Lain hari pula, pada 14 Oktober, kami singgah makan di Capati Kari Kambing Bota.

Dah cubit capati sikit baru teringat nak ambil gambar.

Kakak yang ambil pesan tu akan tanya, nak berapa keping, kalau pesan capati. Saya dengan yakinnya cakap, sekeping, kak. 10 minit kemudian, saya pergi balik pada kakak uli capati tu, pesan lagi sekeping. Hehe... tak cukup sekeping, wei. Kari kambing tu pekat. Lembut pulak tu, daging kambing. Saya suka! 😋 Kalau anda datang ke Perak, singgah lah ke Bota, cuba capati ni. Tak tau nak cakap la. Dap, dap!

Cerita hari lain pula, sarapan di mamak Biriyani Kampung Acheh, dekat Lumut Port.

Tosei, satu!


Kami pi ni pada 17 Oktober yang lepas. Saya pesan tosei. Suami ambil bihun goreng mamak, dengan sambal. Juga beberapa ketul ayam goreng. Jarang-jarang dah la pi mamak sekarang ni. 

Keesokan hari pula, kami pi sarapan di Pasar Komuniti dan Karavan Manjung. Meh tengok kami makan apa, di sana, pada 18 Oktober.

Mi rebus daging

Ubi goreng dengan serdaknya sekali, dan karipap.

Suami ambil bihun goreng dengan sambal paru

Lempeng pisang


Ada satu hari, kami jalan jauh sikit, ke Seri Iskandar, pada 29 Oktober lepas. Suami tanya, nak jalan-jalan cari makan di mana, sebab dia tak kerja. Kami pi Mee Mamak Royale. 

Mee mamak, sambal sotong letak asing

Pernah tengok di Penang, orang makan mee goreng, atas dia ada sambal sotong. Habis merah jadinya mee goreng dia. Tapi suami masa pesan tu, dia minta asing. Perut orang tua. Takut pedas ke, apa ke, pertama kali cuba. Not bad la. Sambal dia boleh diterima, tak pedas sangat pun. Lembut juga sotong dalam sambal tu. Mee goreng ok sesangat. 

Mee Mamak Royale
Lokasi: Berhadapan Masjid Bandar U, Seri Iskandar, Perak.
Masa operasi: 10 pagi hingga 6.30 petang. Jumaat tutup.

Bukan setakat mee goreng saja, dia ada mee kuah daging, kuetiau kerang, mihun daging, maggi goreng, cendol, laksa, mee sup daging, mee sup perut, macam-macam la. 

Alhamdulillah.. Rezeki, dapat makan sedap-sedap belaka. Saja, nak clearkan gambar makanan dalam handphone saya. Tu buat dalam satu entri je. 

Sekarang ni, musim orang memboikot. Saya pun tak tau nak boikot apa. Sebab saya pun tak makan di mekdi, di setarbak, di kedai-kedai yang orang dok sebut-sebut tu la. Saya ada makan mi segera, tapi jenama yang saya beli, Indomie dan bihun Pama. Hehe. Meelo pun saya tak minum. Saya dan suami biasanya makan di kedai-kedai macam ni la. Kedai tempatan, orang kita. Ada makan mekdi, tapi dalam setahun 3-4 kali je la, itu pun beli aiskrim dia tu je. Tapi saya rasa kesian pula bila terbaca baru-baru ni, pihak pengurusan mekdi bagitahu yang ramai kakitangannya, orang kita, sudah terjejas pendapatan. Keuntungan mereka digunakan untuk rolling bisnes, bukan salur pada 'si laknatullah' tu. Nampaknya, memang berkesan tindakan boikot ni, sebab pendapatan mereka sudah terjejas. Tapi kesian juga pada orang-orang kita yang bekerja di sana. Kalau nak boikot, cuba jangan guna mukabuku atau gugel. Mereka terang-terang cakap pendirian mereka belah rejim zionis tu. Korang rasa, camana?

Orait, jumpa lagi, ye. Rezeki jangan ditolak. Makan je. Bersenam jangan lupa. 😊

Cuti

 Hari ni, saya dah ok. Tidak sedih lagi. Tentang hal semalam, saya terima ketentuan dariNya. Dalam ramai anak kita, mesti ada sorang yang akan duduk dekat kita, jaga kita di hari tua, kan. Kalau dia kerja pun, dia tak jauh dari kita. Saya rasa, anak nombor dua ni kot, orangnya. Sudah tentu semua ibubapa nak yang terbaik untuk masa depan anak masing-masing. Jika dia lulus cemerlang dalam periksa dan dapat kerja yang bagus, bonus untuk dia, dan yang hidup senang, dia juga. Bagi saya, saya cuma nak anak-anak saya taat pada perintah Allah. Bila saya dah tak ada, ada yang selalu kirim cahaya pada saya dalam kubur, menerusi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Itu je yang saya nak.

Petang semalam, suami saya sudah balik rumah, dari kursus di KL, sejak hari Isnin lepas. Dia lalu jalan Tanjung Karang, jadi dia singgah di restoran Sate Hut. Saya pernah makan dengan suami dulu, sekali. Sate dia memang besar! Saya memang sejak kecil, feveret saya adalah sate. Saya boleh habiskan 20 cucuk sate, sorang-sorang je. Hehe.. Dah tua ni, kalau saiz sate normal, 10 cucuk pun boleh habiskan sorang. Tapi, sate di Sate Hut ni, saya cuma boleh makan 5-6 cucuk je. Kenyang, sebab saiznya yang besar. Meh tengok gambar sate, suami bawa balik...

Kuah kacang, sate daging dan ayam dan timun.

Bawang takde. Nasi himpit, tak perlu. Kuah kacang dia, pedas juga, tau. Cuba tengok perbezaan saiz antara sate daging (atas) dan sate ayam, di bawah, dalam gambar close-up sate di bawah...

Besarnya sate ayam dia! 😍😋

 

Alhamdulillah. Sedap! Tak habis. Perangat balik hari ni, buat sarapan.

Hari ni, negeri Perak cuti umum, sempena hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, yang ke-61. 

Saya keluar lari awal pagi sikit, banding biasa. Suami pun ikut sekali. Tapi dia tak berapa sihat pulak, balik dari kursus semalam, batuk-batuk. Jadi, dia jalan-jalan je.

Larian 10 kilometer pagi tadi.

Kelihatan anak bulu, Ros di belakang. Ros tu, short form untuk kurus. Sebab masa kecik, budak bulu ni halus benor badan dia. Bila dah besor, semangat! 

Saya rasa best pula, minggu ni, saya dapat update blog setiap hari. Jumlah entri di blog setakat ini, adalah sebanyak 158 post, lebih banyak dari tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 137 post sahaja. Terima kasih kepada anda semua, yang sudi singgah di blog saya ni. 

Selamat bekerja pada yang bekerja, dan selamat beristirehat pada yang bercuti.

Jumpa lagi, ye. 😊