Taman Paya Bakau Lumut

 Khamis, 13 Julai 2023 - Saya dan suami pergi jalan-jalan ke Taman Paya Bakau, Lumut. Taman ini letaknya berhadapan taman perumahan saya je. Hehe. Ada hari, saya memang rasa nak masuk dalam hutan. Rasa aman tenteram bila dapat duduk bawah pokok besar. Macam ni la kami, jalan berdua kemana-mana. Anak-anak sekolah. Jadi, bolehlah dating berdua selalu. Kalau anak-anak tak sekolah pun, bukan dia orang nak ikut kita jalan-jalan. Jenuh mengajak. Deme lagi suka duduk rumah, main game. Hmmm... meh la kita jalan-jalan, tengok pokok.

Parking kereta dalam kawasan berpagar. Ada tandas awam disediakan di kawasan parking kereta. Sebelum masuk, kena beli tiket dulu. Harga bayaran masuk untuk seorang adalah RM3.

Tiket masuk.

Jangan bawa makanan bila datang sini. Plastik beg pun jangan bawak. Kalau bawa, takut kera-kera di sini ingat, anda bawa makanan, nanti dia rampas dari tangan anda. 

Masa kami mula masuk, kelihatan seekor, dua ekor kera. Agaknya, semua kera-kera dan keluarga mereka yang besar, sudah pun masuk ke taman perumahan, cari makan. Jadi, di taman paya bakau ni, memang tak ada binatang liar kelihatan, kecuali bunyi burung, sekali-sekala, atau pun bunyi pekerja kebersihan, yang buat kerja di kawasan sekitar.

Masuk sahaja, ikut laluan belah kanan, ada nampak menara tinjau.

Menara tinjau

Sudah banyak perubahan taman paya bakau ni. Dulu, masa pertama kali saya datang, masa baru berpindah ke Lumut, kira-kira 10 tahun lepas, laluan dalam kawasan paya ini, dibuat dari kayu. Banyak yang sudah reput. Kini, ia digantikan dengan laluan batu bersimen. Lebih tahan lasak. 

Ada ruang tempat duduk.

Seronok pula. Kami datang waktu pagi, lepas sarapan. Sejuk suasana. Pokok-pokok besar, melindungi kami dari cahaya matahari. Kalau la boleh buat rumah dalam hutan macam ni, jauh dari orang ramai. 😊 

Mula-mula, saya sorang je naik menara tinjau tu. Meh kita tengok, ada apa di atas.

Ada jambatan gantung

Kalau tak mahu naik, ada je laluan bawah disediakan untuk yang tak suka naik tangga tinggi-tinggi.

Suami ikut laluan bawah, ambil gambar saya di atas

Pemandangan dari atas

Waktu tu, air surut. Boleh la nampak akar-akar pokok bakau ni. Bila saya cakap, view dari atas cantik, suami pun naik sekali. Bukannya ada orang pun waktu tu. Jambatan gantung tu, cuma boleh dilalui 5 orang, pada satu masa.

Suami atas jambatan gantung

Saya, atas jambatan gantung.

Di merata-rata tempat, ada disediakan papan info, maklumat tentang paya bakau, hidupan dan nama pokok-pokok di sini, dan macam-macam lagi. Boleh la baca, sambil jalan-jalan ye.

Contoh papan tanda informasi

Bila jalan sampai ke hujung, dapat la lihat muara sungai.

Cantik langit waktu kami pergi.


Rasa sunyi je. Tak ada kedengaran apa-apa bunyi pun. Jauh dari hiruk pikuk lalu lintas. Sesekali boleh nampak ikan belacak (ikan dua alam). Besar-besar saiz kat sini, saya kira, ada sebesar tapak tangan orang dewasa. 

Di sepanjang perjalanan, ada banyak disediakan bangku dan pondok istirehat, bolehlah melepaskan lelah seketika. 

Laluan di sepanjang taman paya bakau.

Tempat duduk di tepi sungai

Tenang je di sini. Boleh la datang sini jika fikiran sedang berserabut. Mana tahu, dapat ilham selesai masalah. 

Selfie satu!

Ada kala, tengok akar pokok bakau yang tinggi dan panjang-panjang ni, agak mengerikan juga. Macam dalam cerita hantu je.

Contoh yang ini..

Tingginya akar pokok, sampai kita boleh berdiri bawahnya..

Selfie lagi, sebagai kenangan.

Laluan di sepanjang taman

Laluan yang disediakan cantik, dan kukuh. Jika ada bawa kanak-kanak, selamat, janganlah pula panjat keluar palang keselamatan yang disediakan tu. Redup dan tenang. Boleh release tension.

Berjalan di Taman Paya Bakau.

Bolehlah dapat lebih 1 kilometer, berjalan-jalan di sini. Alhamdulillah. Dapat menikmati keindahanan alam. 

Salah satu tarikan jika anda berkunjung ke Lumut, selain pergi ke Pulau Pangkor. 

Sekian perkongsian saya. Jumpa lagi. 😊

Taman Paya Bakau Lumut.

Masa operasi: 8.30 pagi hingga 5 petang (Setiap hari)

Jalan-jalan Bagan Datuk

 Sabtu, 8 Julai 2023 - Suami tak kerja. Dia ajak jalan-jalan ke Bagan Datuk, boleh cuba lalu jambatan yang baru siap tu. Ok je. Bab jalan-jalan, saya tak pernah tolak. Hehe.

Nak kata jambatan baru dibuka, tak juga. Tapi kami je baru nak cuba lalu. Jarang-jarang pergi ke Bagan Datuk. Kali terakhir kami pergi, lalu ikut Hutan Melintang. Agak jauh juga, untuk pergi ke Taman Bunga Matahari, tahun lepas. Entrinya, ada di sini.

Jambatan ke Bagan Datuk, terletak di laluan dari daerah Manjung ke Perak Tengah.

Cuaca baik. Langit mendung. Tidaklah panas sangat.

Jambatan ini merentasi Sungai Perak. Walaupun sudah lintas sungai, jalanraya yang kita lalui, tinggi dari paras tanah. Saya rasa, memang ia dibina sedemikian rupa, sebab situ memang kawasan rendah. Tak lama pun, tup-tup terus sampai ke Bagan Datuk. Memang dekat, ikut jambatan baru ni. 

Pastu, saya teringat, rakan blogger kita, Puan Ujie, pernah tulis mengenai Bagan Datuk di entri beliau di sini

Sampai saja di pekannya, saya dan suami pun berjalan-jalan di kawasan Esplanade Bagan Datuk. Ada satu replika kapal di situ, selain ada banyak peniaga yang menjual macam-macam makanan, seperti laksa, cendol, makanan ringan, dan macam-macam la.

Replika kapal tu, sebenarnya play area untuk kanak-kanak, sebab ada slide. Kena bayar, kalau nak naik atas kapal tu. Tapi waktu kami pergi, macam tutup je.

Ler, orang tua ni, nak juga ambik gambar depan kapal, jadi lanun pendek. 😂

Di kawasan esplanade tu, ada banyak budak-budak, main scooter, kereta mainan, motor, yang disewa tu. 

Ambil gambar, background Masjid Terapung.

Cuaca sudah panas. Jalan-jalan, jumpa orang jual aiskrim.

Makan aiskrim di jeti Bagan Datuk

Aiskrim single scoop ni, masa saya sekolah rendah, harga dia 20 sen je. Sekarang, harga dia dah seringgit. 😋

Ada ramai orang di hujung jeti, jadi kami tidaklah pergi sampai ke hujung. 

Memang banyak la orang berniaga makanan situ. Tandas awam ada. Taman permainan kanak-kanak pun ada.

Pekan Bagan Datuk

Nampak ceria, pekan dia. Sebab bangunan kedai dicat berwarna-warni, walaupun bangunan lama. Kami pun jalan-jalan menyusuri kedai, satu persatu. Suami kata, kalau jumpa kedai gunting rambut, dia nak cukur kepala. Malangnya bila jumpa, kedai pula ditutup. 

Jalan lagi, nampak la pam isi minyak zaman dulu, di depan satu kedai.

Klasik sungguh, pam minyak zaman dulu

Rupanya, hari Sabtu, ada pasar malam. Kebetulan masa kami jalan-jalan tu, sudah ramai peniaga pasar malam yang sudah mula berniaga.

Saya beli popia goreng dan basah. Satu popia harga seringgit. 2 biji popia basah, 3 biji popia goreng. Harga RM5. Lepas jalan-jalan lagi, nampak kedai lain, jual popia harga 60 sen je sebiji, saiz lebih kurang sama. Hahahadoi.... bila balik, makan di rumah, tak sedap pun, tau. Tak de rasa, kedua-dua jenis popia tu.

Lagi satu, ada beli pau kukus. Pau inti rendang ayam. Beli sebiji je. Makcik tu kata, "Beli la 4, RM10 je." Sebab saya beli sebiji, dia caj saya RM3. Ok, harga diskaun untuk beli 4 biji je. Bila makan di rumah, ya Allah, intinya ciput jer. Adalah 2-3 kali gigit je, dapat inti rendang ayam. Keseluruhannya, rasa pau kosong je. Sedap lagi pau saya beli di Petronas UTP Seri Iskandar, penuh dengan inti rendang ayam. 

Gambar depan jeti

Aktiviti jalan-jalan di Esplanade dan pasar malam Bagan Datuk adalah sejauh 1.3 kilometer. Lepas tu, kami terus balik. 

Ok la. Sekian cerita melawat Bagan Datuk. 

Jumpa lagi, ye.😊