Pertama kali masak guna pressure cooker

 Isnin, 12 Ramadan 1444 Hijrah.

Dah lama dah nak beli. Tapi fikir banyak kali juga la. Tahun lepas, ada kawan saya bagi semangkuk sup tulang, masa raya haji. Dia masak guna pressure cooker. Bila kita makan sup tulang tu, penuh rasa. Daging terlerai dari tulang. Makin menguat rasa nak beli masa tu. Tapi tangguh dulu bila fikir, bukannya masak daging selalu pun. Kalau dia banyak fungsi, best juga. Lepas tu, ada tengok youtube, dia ada masak kek guna pressure cooker, dan tumis-tumis biasa pun boleh juga, selain masak nasi, bubur kacang, dan banyak lagi. 

Harga asal dia, kat shopee, RM399. Sekarang ada offer, jadi RM199. Suami suruh saya beli. Saya pun apa lagi...

Tadaa... Pressure cooker Russell Taylors

Kome jangan gelak, tau. Saya ni jakun sikit. Tak reti guna. Baca manual dulu. Hehe.


Suka, suka. Barang dah sampai, esok lusanya, saya pergilah beli daging di pasor. Harga sekilo daging, RM38. Campur-campur bahagian. Bukan batang pinang semata.

Saya masak rendang daging. 



Saya tumis-tumis dulu seperti biasa, lepas tu, masuk semua bahan sekali. Saya terletak air banyak. Saya ingat ke, air tu nanti surut, macam masak atas api dapur. Rupanya tidak, tak perlu air banyak pun.


Seronoknya rasa, masak rendang, tak perlu kacau selalu. Boleh biar je, buat kerja lain. 


Saya siap ambik video lagi masa release pressure keluar tu. Oh, sukanya tengok! Siapalah yang cipta alat pressure cooker ni ye. Pandai bebenor.

Tak sabornya nak tunggu waktu berbuka puasa, untuk makan. Hehe.


Hasilnya, bila sudah masak. Daging sangat lembut! Tapi kuah terlebih. Rendang berkuah hari tu. Saya transfer periuk, masak atas dapur, sampai kuah kering sikit. Ok, lain kali saya tak letak air banyak.

Hehe.. suka, suka. Sekian cerita pertama kali saya rasmikan pressure cooker saya. Yay! Alhamdulillah.

Jumpa lagi, ye. 😊

Makan apa tu...

 Sabtu, 10 Ramadan 1444 Hijrah.

anda yang sering baca blog ni tentu tahu yang saya suka lari. Tapi, yang anda tak tahu, adalah, saya dah gemuk! Hahaha.. eh, betul la ni. Saya tak tipu. BMI saya dah overweight, tau, sebelum masuk bulan puasa hari tu. Iman turun naik. Saya pula suka makan banyak, tak kawal langsung, pantang tengok makanan sedap. 

BMI saya sebelum tu, sudah borderline. Sekejap dia overweight, sekejap dia normal. Ada satu ketika, saya terleka, hingga saya terlebih jauh dari borderline tu, ke dalam jurang overweight. 

Tak mau la macam tu. Sekarang saya sedang kuatkan azam, untuk kembali dapatkan BMI normal. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, orang kata, masa yang tepat untuk kurangkan berat badan. 

Masalah saya ialah, saya suka kopi. Tiap-tiap hari waktu berbuka, saya akan buat kopi 3 in 1. Tak silap saya, sampai 5 ramadan, saya mula kena cirit birit. Ingat ke, keracunan makanan. Tapi, saya sorang je dalam keluarga yang kena. Makan pil chi-kit teck aun pun tak jalan, minum teh pekat tanpa gula pun tak jalan. Saya mula fikir, yang mungkin badan saya cuba bagitahu saya sesuatu. 

Saya pun berhentilah minum kopi 3 in 1. Bila sudah berbuka, saya minum air suam je. Terbukti lepas tu, saya sudah tak cirit birit dah. Yay! Alhamdulillah. Hingga entri ini ditulis, sudah 4-5 hari saya tak minum minuman manis dan kopi 3 in 1. Satu rekod dalam hidup saya, seorang yang suka kopi.

Saya suka bila tengok complexion wajah saya di cermin, lebih smooth dan lembut, berbanding sebelum ni. Tapi dalam kepala saya, Tuhan je yang tahu betapa rindunya saya dengan kopi. 😭 Tapi saya nekad, tak larat la nak cirit birit sentiasa. 

Makanan berbuka Khamis

Masa berbuka Khamis, saya tak makan nasi, tak pergi pasar ramadan. Saya tumis je apa sayur yang ada dalam peti ais, kemudian letak atas pinggan yang disusun dengan salad. Saya tahu, tak healthy sangat ni, sebab fishball dan ubi kentang dalam hidangan tu, saya goreng dulu. 🙈

Saya tak makan nasi waktu berbuka hari Khamis, sebab rancang untuk masak nasi goreng masa bersahur hari esoknya.


Tersedap pulak nasi goreng sahur Jumaat. Lepas semua orang sudah ambil dalam kuali, tinggal sikit lagi, saya juga habiskan. Jadi, makan nasi goreng tambah la saya. Haaa.... tu pasal saya lari, walaupun di bulan puasa. Kalau saya tak lari, memang saya akan gemuk, tau. Keluarga belah arwah mak saya, semua badan besar-besar, it's in the genes. Jadi, saya memang kena kerja keras untuk dapatkan berat badan yang diingini. Jeles tengok orang yang makan banyak pun, badan kekal kecik je. Huuuu....

Hari Jumaat petang pun saya tak ke pasar ramadan juga. Saya masak ayam merah.


Letak sekali kacang panjang dalam lauk ayam merah.


Waktu berbuka, saya makan cara suku-suku-separuh. Alhamdulillah, kenyang juga. Terseksa nak habiskan sayur yang separuh pinggan tu.

Hari ni, 1 April. Saya timbang berat badan.


Alhamdulillah, turun 1 kg. Walaupun BMI saya masih overweight, lagi, semakin menghampiri borderline, untuk masuk kategori normal, iaitu cuma perlu kurangkan lagi 0.4 kg berat.

Last sekali timbang, BMI 25.6. 

Hari ni, timbang, BMI 25.2

Kalau BMI turun bawah 25, dah masuk BMI normal.

Saya harap saya cukup kuat untuk jadikan amalam minum air masak dan tidak makan banyak ni sebagai satu cara hidup. Insya-Allah. Saya cuba. Berusaha! Takpe, turun slow-slow. Kena nekad! Baik! I can do this!

Hari ni, ada cabaran sikit. Suami off kerja, dia ajak pergi pasar ramadan petang ni. Harap dapat tahan keinginan beli banyak. Beli 1 je ok!  Hahaha... help me! Saya nak kopi!!!

Jumpa lagi. 😊