Larian Khamis

 Semalam saya tak jogging, sebab hujan. Pagi ni pun hampir-hampir saya tak pergi jogging. Malas sangat rasanya. Saya ikut suami saya, pergi beli sarapan dulu. Balik rumah, hantar makan dulu. Barulah saya keluar jogging.


5 km je hari ni. Itu pun hujung-hujung larian, hujan turun. Alhamdulillah, sempat juga sampai 10 ribu langkah.
Cuaca hari ni pun baik. Mendung saja. Kalau saya yang dulu, mesti saya dah buat half marathon. Tapi saya sekarang, dah malas. Huuu... tak tau bila angin rajin lari macam dulu akan datang balik.

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

Larian Selasa

 Pergi jogging pagi ni, seperti biasa.


Jarak dan pace jogging sama, 10. Hehe..

Gambar di atas, masa pergi makan roti canai di Kampung Permatang. Ada burung singgah situ. Comei je. Perkampungan nelayan kawasan tu.

Balik jogging, basuh dan sidai kain. Sarapan bijirin cornflakes dan susu segar.

Lepas tu, masuk dapur, masak nasi, lauk sambal tumis ikan bilis, dan goreng ikan kembung.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat sihat yang Allah berikan.

Jumpa lagi, ye.

Larian Isnin

 Hari ni, pergi jogging seperti biasa.


11 km, jogging pagi tadi. Syukur Alhamdulillah. Heart rate pun berada dalam zone hijau dan biru. Pace 10 je, santai-santai.

Balik jogging, singgah kedai runcit. Beli susu dan cereal. 

Balik rumah, masak nasi goreng kampung for lunch. Belum tutup periuk, anak bongsu masuk dapur, tanya mama masak apa tu? Dia bau. Hehe.. 

Gambar di atas adalah pemandangan waktu pagi, di kampung Sitiawan. Kampung nelayan. Sini ada warung roti canai sedap. Saya dan suami suka juga lepak situ.

Baiklah. Jumpa lagi, ye.

Larian Ahad

 Semalam saya tak pergi jogging. Saya pergi jalan-jalan dengan suami, pergi pasar pagi Bota. Suka pergi sana, cari makan. 

Pagi ni, saya jogging dengan suami dan anak bongsu.


Syukur Alhamdulillah. Pagi ni, jogging 6 km. Semalam, saya sakit belakang. Salah tidur agaknya. Lepas jogging, rasa kurang sikit sakit.
Gambar atas tu, sejenis serangga yang namanya, riang riang. Benda ni, bila bunyi bising, semua perempuan menjerit. Dulu la, masa zaman belajar. Takut menatang ni hinggap kat kita. Hehe, kenangan betul. Takut bila ada kelas malam, menatang ni pun ada. 

Baiklah.

Jumpa lagi, ye.

Larian Jumaat

 Semalam tak pergi jogging. Hujan. Semalam pergi dating dengan suami, sarapan sama-sama. Hari ni, pergi jogging.


Pagi tadi, jogging sejauh 10 km. Syukur Alhamdulillah. Saya macam struggle sikit masa 3 km pertama. Dulu saya boleh rasa rileks-rileks, tak letih sangat. Sekarang saya macam kena put extra effort masa mula jogging tu. Faktor usia kot. 

Gambar di atas adalah pulut kuning yang saya order, masa sarapan dengan suami, semalam. Sedap. Saya suka pulut kuning. Sebab nak masak sendiri, malas. Arwah mak saya selalu masak pulut kuning masa hari raya. 

Saya bersyukur atas segala nikmat dan rezeki Allah bagi. Syukur Alhamdulillah. Saya akan terus berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Bila kita letak diri kita sebagai hamba, kita tak kan besar kepala. Kita takkan riak, sombong, meninggi diri, sebab ada Kuasa Lebih Besar dari kita. Saya cuma nak cari redha Allah. Tengah usaha sikit-sikit. Walaupun saya tak kuat, dan saya jahil, banyak benda saya tak tahu. Saya akan terus berusaha. Insya-Allah.

Terima kasih kerana membaca. 

Jumpa lagi, ye.

Larian Rabu

 Setelah 2 hari cuti berlari, pagi ni saya berjaya lawan perasaan malas dan pergi lari.


Slow-slow je, slowjog, 11 km. Majoriti heart rate berada dalam zone hijau. Semalam ada minum kopi. 

Share kat sini, e-certificate virtual run, dapat melalui aplikasi Bookdoc.


Untuk larian di bulan Februari.

Syukur Alhamdulillah.

Jumpa lagi, ye.

Family time

 Semalam petang, saya, suami dan anak-anak pergi tengok wayang. Cerita Batman.


Patut orang pilih dia jadi batman. Pada pendapat saya, Robert Pattinson ni, in between antara Christian Bale dan Ben Affleck. Plus, dia ada strong jawline. Nampak sharp je look dia sebagai batman. Saya suka dia sejak dia berlakon Twilight lagi. Walaupun storyline dia saya rasa agak slow, tapi ni adalah cerita batman paling real. Sebab bila kena tembak, dia sakit. Memang dia takde power pun, macam superhero yang lain.

Rasa seronok sebab dapat habiskan masa dengan keluarga. Anak-anak semua pun ada, berkumpul. Anak sulung tengah cuti kolej. Sekarang anda tahu yang saya ni, dah tua. 

Pagi ni pun, saya tak jogging juga. Jadi, dah 2 hari berturut-turut saya tak jogging. Saya pergi sarapan dengan suami di Kluang Coffee. Pertama kali saya merasa makan kacang pool.


Kopi tu, nama dia, kopi mantul. Lebih kepada rasa coklat dari kopi, dan rasa manis. Saya kena tambah air masak. Kekok makan kacang pool, sebab roti bakar dia tebal. Comot rasanya. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi makan di sini.

Suami pula, order sarapan besar, atau big breakfast.


Sedap. Syukur Alhamdulillah. 

Ok.

Jumpa lagi ye.

Cuti jogging

 Hari ni hari Isnin. Terbangun lambat. Semalam tengok Juara Lagu. Saya tak tahu pun lagu yang menang tu. Underground band ye, wow. 

Suami saya pula tak kerja hari ni, off, jadi kami pi dating. Sarapan dekat makcik bawah pokok.


Saya dan suami makan nasi lemak, dan ada order cucuq juga, cicah kuah kacang. Sedap. Alhamdulillah.

Saya dah 2 hari tak minum nescafe. Biasanya, saya minum 2 cawan nescafe, pagi dan petang. Bila jogging, heart rate saya dalam zone hijau.

Semalam, heart rate saya masa jogging, dalam zone merah.


Kegilaan apakah ini...? Tapi saya ok. Takde rasa termengah-mengah ke, atau nak pengsan ke. Dasar badan orang gila kopi. Bila tak dapat kopi, dia hell wire.

Hari ni tak tau la heart rate saya macamana. Sebab saya tak pergi jogging. Tapi saya rasa sihat, cuma nak berehat. Semalam saya sakit kepala, tak dapat nescafe. Hari ni, kepala saya dah ok.

Alhamdulillah. Saya cuma nak tengok, saya boleh hidup atau tak, tanpa air manis. Saya cuma minum air masak je. 

Ok, jumpa lagi, ye.