Wifi hilang

 Isnin, 5 Ramadan 1444 Hijrah.

Pagi Sabtu lepas, perasan yang talian internet di rumah sangat teruk. Anak-anak yang main game bagitahu, tak boleh connect langsung. Ada lampu merah lip lap, lip lap di modem. Lepas tu, perasan macam ada sesuatu yang tak betul je dekat kabel luar rumah.


Suami call Maxis. Kami pakai Maxis Home Fiber di rumah. Buat laporan. Jadi, hari Sabtu dan Ahad, tiada internet. 

Kera meniti kabel fiber atas bumbung rumah, pagi Ahad.

Pagi ni, Isnin, baru ada technician TM datang. Ha ah, Maxis tumpang line TM juga. Cadangnya, nanti kami nak tutup akaun Maxis Home Fiber ni, nak guna Unifi terus. 

Technician tu cakap, kabel dah reput. Tambahan pula, kawasan sini kera-kera memang selalu meniti dan bergayut di talian kabel. Dulu saya ingat, tiang depan rumah tu, talian telefon. Rupanya, sini tak ada dah kabel telefon tetap yang dalam dia, tembaga tu. Sebab kabel tu, selalu kena curi. Rupa dia sama je macam kabel talian tetap, tapi sekarang dalam dia, gentian kaca, atau fiber optic. Kabel fiber lebih mudah rosak daripada kabel tembaga. Gentian kaca dalam kabel fiber optik adalah fragile. Jadi, tak heran lah kalau hari-hari kera melintas dan bergayut, apa boleh berlaku, kan.

Technician sedang ganti kabel baru.

Alhamdulillah. Line internet sudah pulih semula. Yay! 

Sebenarnya, semasa ketiadaan Wifi, saya boleh je update blog guna hotspot dari data henpon. Pernah buat dulu. Tapi saya pun tak duduk rumah. Hujung minggu, nyongket ke sana, ke sini. Hehe..

Baiklah ye. Lain kali saya sambung cerita nyongket mana, ye. Jumpa lagi. 😊

12 comments:

  1. Nasib baik masalah dapat diselesaikan cepat.
    Amboi menyongket manalah itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Alhamdulillah.
      Nyongket Ipoh, NA, cari baju raya. :D

      Delete
  2. Wah, macam banyak tempat nyongketnya ni.
    Kera tu ada-ada jew dibuatnya, tak tau duduk diam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, takde lah, Amie. Tapi satu hari juga la berjalan, cari baju raya. :)
      Ye la. Tak leh nak buat apa. Dah memang laluan kera-kera tu.

      Delete
  3. Kera tu sama rajin menyongket tu, sampai hilang wifi orang, hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kera tu hari-hari nyongket, SK. Kikiki...

      Delete
  4. Baru tau Maxis tumpang kabel TM. Ingatkan pakai kabel sendiri. Rajin Nur nyongket di bulan Ramadhan ye 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, Carneyz. Kalau kita teliti, pakej dia, TM murah 10 ringgit. Hehe..
      Oooo, rajin tu, idok ler. Tapi bab nak cari baju raya, cergas selalu! Kikiki....

      Delete
  5. Mujur kabel kat luar yang bermasalah, tak perlu bayar.

    Rajin jugak Nur ke sana sini bulan puasa ya 😁. Tapi Nur memang banyak tenaga pun, itu yang boleh bersenam walaupun puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya, masalah kat luar la, Ujie. Benda kita tak boleh nak kawal.
      Hehe.. bab shopping, saya memang rajin berjalan. Kalau la Ujie tengok saya makan banyak mana waktu buka posa. Huhu. Tapi saya dah insaf. Sebab ada baju dah ketat.

      Delete
  6. jahat sunggu kera2 itu kann., hehe

    ReplyDelete